Anwar Ibrahim sudah cukup mempunyai pengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri dan bekerja dibawah Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah dia dipecat dan meringkuk di Sungai Buloh.
Ketika itu Anwar bersikap melawan dan menentang arus pimpinan Dr Mahathir. Anwar akhirnya gagal mengatasi sepak terajang politik mentor dan pemimpin yang pernah dianggap sebagai bapanya.
Kini mereka kembali bertaut. Dan sanggup melupakan sejarah yang berlaku antara mereka.
Dan Tun sudah sering mengulangi bahawa Anwar adalah penggantinya.
Namun dalam politik serba mungkin ditambah lagi sikap Dr Mahathir yang kadang-kadang membuat kenyataan agak umum dan memberikan berbagai tafsiran mengenai calon penggantinya sebagai PM ke 8.
Sudah tentu ini meresahkan terutamanya para penyokong hard core Anwar Ibrahim. Mereka tidak ingin melihat pisang berbuah dua kali dengan Anwar dinafikan jawatan PM sebagaimana dijanjikan.
Tetapi Anwar yang kini lebih matang dan bersedia berbanding 20 tahun dahulu tidak cepat latah dengan segala mainan politik dan spekulasi terhadap masa depan politiknya.
Memang benar Tun acapkali nyatakan bahawa Anwar adalah PM selepasnya. Namun dalam suasana itu ada sekali sekala sepak, siku dan tendang dirusuk yang sekiranya tidak terkawal boleh mencetuskan "perang" secara bersemuka dengan boss dan mentornya.
Ibarat kata,Tun cuba mengajak Anwar masuk ke tengah gelanggang untuk bertinju. Tetapi Anwar tidak memberi reaksi balas. Malah cuba lari dan mengelak.
Tun semahunya Anwar bertindak balas dan melawan. Tetapi itu tidak berlaku.
Sekiranya Anwar bertindak balas dan melawan bererti Anwar telah terkena perangkap. Bukan mustahil peristiwa 1998 bakal berulang.
Jadi Anwar kini mengikut arus. Tidak melatah dan tidak menentang. Sebab itu setiap kenyataan Anwar adalah sehaluan dan senada dengan Tun dalam semua isu.
Kalau ada pun berlainan sikap dan pendirian, Anwar mengambil sikap terbuka dan jalan tengah serta lebih berdiplomasi sehingga tidak berkonfrontasi dengan Tun secara terbuka.
Ini adalah sikap dan pendirian Anwar sekarang. Kerana dia tidak mahu lagi terlepas peluang sebagai PM ke 8.
Anwar tahu dan percaya, Tun tidak mudah melanggar janjinya seperti sering diucapkan bahawa dia (Anwar) adalah penggantinya.
Tun Mahathir juga tidak mahu sejarah mencatatnya sebagai pemimpin yang melanggar janjinya.
Justeru itu jawatan PM ke 8 masih tetap dalam jangkauan Anwar Ibrahim !!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan