Sabtu, 31 Disember 2011

Khir Johari tokoh liberal

TAN SRI KHIR JOHARI adalah antara pemimpin seangkatan dengan Tunku Abdul Rahman. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2006 iaitu tahun yang sama pemergian seorang lagi veteran UMNO, Tun Ghaffar Baba. Ghaffar Baba pergi dulu kemudian diikuti Khir Johari.

Selepas merdeka semasa Tunku menjadi Perdana Menteri dan Tun Razak sebagai Timbalannya, Khir Johari adalah tokoh yang dianggap sebagai orang yang penting selepas Tun Razak selain dari Tun Dr.Ismail Abdul Rahman.

Ramai menganggap Tunku lebih rapat dengan Khir Johari, lebih-lebih lagi keduanya membawa imej sebagai pemimpin yang berfikiran liberal dan disukai oleh kaum Cina.

Manakala Tun Razak kelihatan menonjol sebagai pemimpin berimej nasionalis melayu.

Semasa Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran beliau telah melaksanakan satu dasar pelajaran kebangsaan yang telah memberi kesan yang amat besar terhadap penggunaan tulisan jawi. Ekoran dasar tersebut penggunaan tulisan jawi telah mengalami hakisan sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun, nasib tulisan jawi bukan diletakkan di atas bahu Khir Johari seorang, malah ia adalah dasar dan keputusan kabinet pada masa itu.

Jawatan terakhirnya dengan kerajaan ialah sebagai Duta di Washington. Selepas bersara beliau telah mengasaskan sebuah akhbar Mingguan tabloid, Watan pada awal 80an dengan melantik Subky Latiff sebagai Ketua Pengarangnya yang pertama. Watan terbit sebagai sebuah akhbar bebas tanpa dikongkong oleh parti dan kerajaan.

Menurut Subky, Khir Johari walaupun sebagai bekas orang kerajaan beliau kuat berpegang pada konsep kebebasan akhbar. Keyakinan pada konsep tersebut dan sikap liberalnya itu telah diterjemahkan menerusi Watan - akhbar yang diasaskannya.



Khamis, 29 Disember 2011

Mourinho calon pengganti Ferguson

JOSE MOURINHO melahirkan hasratnya untuk kembali ke England bagi menyertai kembali dalam kancah EPL yang ditinggalkannya dahulu bersama Chelsea.

Kontraknya bersama kelab Real Madrid akan tamat pada 2014. Dia gembira bersama Madrid sekarang namun tetap menyimpan hasrat untuk memimpin sebuah kelab Inggeris di sana.

"Berikan saya sebuah kelab yang bagus," katanya.

Ada ramalan mengatakan beliau akan ke Old Trafford menggantikan Sir Alex Ferguson yang sedang bersiap mencari penggantinya yang mampu meneruskan kejayaan Manchester United.

Ferguson adalah antara pengurus kelab paling lama di dunia. Dia berjaya meletakkan kedudukan United sebagai sebuah kelab terbaik di dunia selepas Barcelona dan Real Madrid.

Kejayaan dan legasi Manchester United perlu dikekal dan diteruskan. Dengan ura-ura Ferguson akan bersara sebagai pengurus beberapa tahun lagi kini calon penggantinya sedang dicari.

Tidak dinafikan Ferguson mempunyai pengaruh yang kuat di kelab itu bagi menentukan siapa calon penggantinya. Mourinho pula mengkagumi dan menghormati reputasi Alex Ferguson sepanjang ia mengurus kelab The Red Devils itu.

Memang kalau dikira tiada orang yang paling layak dan sesuai selain dari Jose Mourinho yang mendapat gelaran "The Special One" bagi meneruskan kecemerlangan United dalam EPL malah di Eropah.

Soalnya apakah Ferguson akan memberi laluan pada Mourinho ?

Hello Boss ...

BILA mendapatkan akhbar Utusan Malaysia setiap hari, satu halaman 'Senyum Pagi' tentu tidak akan terlepas pandang kartun Hello Boss oleh Dee yang sering mencuit hati dengan telatah Rosli dan bossnya.

Kartun ini akan terbit setiap hari kecuali hari Sabtu. Apa yang menarik tentang kartun ini ialah ia berkisar tentang kehidupan kita setiap hari. Seringkali sindiran dalam karikatur ini memberi kesan yang mendalam pada pembacanya.

Istimewanya ia lebih banyak berkisar pada isu-isu semasa dihidangkan dalam bentuk lucu dan bersahaja. Kartunisnya Dee tentulah seorang yang cukup tajam pemerhatian dan pengamatannya tentang isu-isu semasa yang berlaku.

Dan yang pasti beliau seorang yang tekun membaca apa sahaja bagi mengisi ruang Hello Boss setiap hari tanpa henti.

Bagi setengah pembaca akhbar tanpa Hello Boss tentu ada yang tidak lengkap dan kekurangannya.

UMNO Rantau Panjang Juara Rakyat

DALAM Sinar Harian, 28 Disember 2011 dilaporkan UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kelantan telah memenangi Anugerah Juara Rakyat pada Perhimpunan UMNO baru-baru ini.

Anugerah ini tentunya adalah satu pengiktirafan pada kepimpinan Datuk Abdullah Mat Yassin(gambar) sebagai Ketua UMNO Bahagian yang telah berjaya mengadakan berbagai aktiviti mendekati semua lapisan rakyat di kawasan tersebut.

Sebelum ini UMNO Bahagian Rantau Panjang merupakan antara yang bermasalah dan berpecah di antara dua kumpulan. Satu dipimpin oleh Datuk Abdullah dan satu lagi dikepalai bekas Ketua Bahagian Datuk Mohd Zin Ismail dan Tuan Hj. Ghazali Ismail.

Kes mereka ini telah berlarutan hingga ke Majlis Tertinggi UMNO.

Namun di atas kebijaksanan dan sikap tolak ansur Datuk Abdullah Mat Yassin sebagai Ketua Bahagian
segala permasalahan dalaman itu dapat dileraikan. Kini mereka telah pun bersatu di bawah satu kepimpinan dan sedang bergerak diakar umbi bagi merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Rantau Panjang dari tangan PAS.

Selain kawasan parlimen Rantau Panjang, ada tiga DUN yang menjadi tumpuan; DUN Meranti, Bukit Tuku dan Gual Periok.

Apakah kali ini dalam PRU 13 UMNO Rantau Panjang mampu sapu bersih ? Berdasarkan perpaduan dan kesepakatan antara kumpulan yang bersengketa sebelum ini diterjemahkan di kalangan ahli akar umbi ianya bukanlah mustahil.

Kekalahan UMNO di semua DUN dan Parlimen sebelum ini disebabkan faktor mereka berpecah belah dan penyakit "cah keting" sesama sendiri.

Tetapi kali ini dengan semua pemimpin dan bekas pemimpin kembali bersatu harapan untuk menang dalam pilihanraya akan datang adalah cerah.

Selain Datuk Abdullah Mat Yassin, UMNO Bahagian Rantau Panjang mempunyai ramai pemimpin yang berpotensi dan rekod yang bersih serta mempunyai hubungan yang baik dengan ahli parti. Mereka ini dikatakan antara yang layak menjadi calon dalam PRU 13 ini.

Antara mereka ialah; En. Zahri Omar, Pengerusi Pertubuhan Peladang Alor Mas.
                                  En. Hisham Yusof, Setiausaha UMNO Bahagian.
                                  Tuan Hj. Mohd. Affendi Jaafar, AJK UMNO Bahagian.

Mereka ini semua mempunyai hubungan yang baik dengan semua pemimpin dan bekas pemimpin bahagian termasuk Tan Sri Dato Hj. Hussein Ahmad dan Datuk Mohd Zin Ismail.

Selasa, 27 Disember 2011

Kepentingan majoriti dua pertiga

ADA pandangan mengatakan bahawa kerajaan hari ini tidak perlu terlalu fokus pada kelebihan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 ini.

Apa yang penting ialah kemenangan dan seterusnya mampu membentuk kerajaan pusat dengan kelebihan kerusi yang selesa.

Apa pun pendapat, kelebihan majoriti dua pertiga amat penting bagi sesebuah kerajaan bagi melicinkan dan memudahkan ia mentadbir dan mengurus negara.

Sesebuah kerajaan dengan mempunyai majoriti kecil akan menghadapi berbagai halangan dan masalah. Ini termasuklah kemungkinan ugutan ada ahli yang akan melompat keluar parti dan sebagainya.

Sekiranya ini berlaku maka kerajaan tidak akan ada kerja lain selain dari menumpu kemungkinan itu berlaku. Dan kalau kerajaan yang sedia ada itu mempunyai kerusi lebih sedikit dari pembangkang, maka ia akan tumbang bila-bila masa.

Dengan majoriti yang besar kerajaan dapat melaksanakan apa sahaja tanpa perlu bimbang dengan ugutan ahli yang berpaling tadah dan ia boleh fokus pada perancangan membangunkan negara. Apa yang lebih penting kerajaan yang lemah adalah tidak baik bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

Dalam konteks ini bukan bermakna kita tidak memerlukan pembangkang sama sekali. Dalam sistem demokrasi kehadiran pembangkang adalah penting dan diperlukan. Kerana dengan adanya sejumlah pembangkang yang sewajarnya perlu sebagai "check and balance" pada segala tindakan kerajaan dalam mentadbir negara.

Masalahnya ialah bila pembangkang terlalu kuat dan kerajaan pula dalam kedudukan yang lemah adalah tidak baik buat rakyat dan negara keseluruhannya. Akan berlaku banyak politiking yang tidak kesudahan yang akhirnya segala program dan kemudahan untuk rakyat terjejas dan terabai.

Jadi sebuah kerajaan yang dibentuk mesti kuat dan teguh dan dalam masa yang sama mempunyai barisan pembangkang yang mampu memain peranan sebagai "watch dog" memantau segala tindakan kerajaan.

Tidak ada pembangkang langsung pun tidak baik kerana kemungkinan kerajaan terlalu berkuasa dan ini membuka ruang berlakunya penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam semua sektor.

 

Isnin, 26 Disember 2011

Antara Cik gu Pa dan Dr. Hasan

SETIAUSAHA AGUNG PAS, Datuk Mustafa Ali telah menuduh Datuk Dr. Hasan Ali telah masuk perangkap UMNO dalam isu melibatkan Dr. Hasan dan parti.

Dr. Hasan telah mengkritik parti PAS yang diwakilinya secara terbuka dan menganggap parti tersebut telah tergelincir dari landasan perjuangannya yang sebenar.

Sedangkan keduanya adalah antara pemimpin PAS yang dikaitkan dengan usaha bekerjasama dengan UMNO tidak berapa lama dulu. Mereka berdua juga menjadi sasaran kecaman dari Mursyidul Am, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam isu yang dikatakan kerajaan perpaduan.

Dengan nada yang lebih keras, Tok Guru Nik Aziz telah memberi kata dua kepada mereka yang terlibat untuk bekerjasama dengan UMNO agar keluar parti.

Kini mereka berdua saling membuat kenyataan balas. Dr. Hasan menuduh Mustafa Ali terlibat dalam usaha bekerjasama dengan UMNO. Mustafa pula menganggap Dr. Hasan telah masuk perangkap UMNO dengan sikapnya mengkritik parti secara terbuka dan menggunakan media perdana.

Kedua tokoh ini mempunyai latarbelakang yang berbeza. Dr. Hasan ialah seorang kelulusan tinggi dan bertaraf ulamak. Mustafa Ali pula adalah orang lama dalam PAS sejak zaman Datuk Asri Muda lagi. Pernah menjadi Timbalan Menteri dalam kabinet pusat.

Dalam perkembangan terbaru Mustafa Ali telah menyatakan beliau akan berdiam diri dan tidak akan lagi menjawab segala kenyataan Dr. Hasan bersabit dengan parti.

Rabu, 21 Disember 2011

Kelantan lawan Persebaya Indonesia



BAHANG panas final bola sepak antara Malaysia dan Indonesia di Sukan SEA, Jakarta baru lalu belum lagi reda dan kini pertemuan dua Juara Liga dua negara akan bertembung Jumaat ini di Kota Bharu dalam perlawanan persahabatan secara timbal balik.

Kelantan sebagai Juara Liga M 2011 akan menentang Juara Liga Indonesia, Kelab Persebaya. Perlawanan tahunan ini yang julung kali diadakan adalah hasil ilham Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Dr. Andi Alifian Mallarangeng.

Selain untuk menjalin persahabatan kedua negara ia juga sebagai medan ujian dan pendedahan pada kedua pasukan bagi meningkatkan mutu persembahan mereka agar dapat bersaing ke peringkat lebih tinggi.

Dalam perlawanan ini juga diharap para penyokong The Red Warriors akan mempamerkan sikap dan semangat kesukanan yang tinggi dan berdisiplin sepanjang perlawanan berlangsung.

Bagi jurulatih Kelantan, Peter Butler, perlawanan ini adalah penting sebagai persiapan menghadapi musim baru untuk mempertahankan kejuaraan Liga dan merampas kembali Piala Malaysia.

Perlawanan kedua akan diadakan di Surabaya pada 28 Disember depan. Kedua-dua perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro 801.

Selasa, 20 Disember 2011

Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas

PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusinya di Parlimen Pasir Mas pada PRU 13 ini.

Ibrahim Ali menang di Pasir Mas pada 2008 sebagai calon Bebas, tetapi masuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS.

PAS memberi laluan pada Ibrahim Ali bertanding melawan calon BN kerana pada masa itu Ibrahim mempunyai masalah dengan UMNO.

Dengan tidak meletakkan calon PAS di Pasir Mas yang merupakan kubu kuat parti itu telah memungkinkan Ibrahim Ali menewaskan calon BN. Sedangkan sebelum ini dalam pilihanraya kecil atau
pilihanraya umum memang amat payah untuk Presiden Perkasa itu memenanginya. Tetapi bagi Ibrahim Ali, kawasan Pasir Mas adalah kubu kuatnya.

PAS sudah membuat keputusan akan merampas kembali Pasir Mas dalam PRU 13 nanti yang seolah telah dikhianati Ibrahim Ali. Dalam parlimen, walaupun beliau calon Bebas dan menang atas tiket PAS,
Ibrahim terus menyerang PAS dan memberi sokongan pada kerajaan.

Dalam PRU 13 nanti apakah Ibrahim Ali mampu mempertahankan kerusi Pasir Mas ? Sebenarnya beliau tidak mempunyai banyak pilihan untuk mencari satu kawasan yang boleh ditandinginya, melainkan Pasir Mas.

Tetapi persoalannya apakah UMNO akan memberi laluan pada Ibrahim dengan tidak meletakkan calon
di situ ? Kalau UMNO membuat keputusan tidak meletakkan calon bertanding di Pasir Mas sudah tentu
ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti di Bahagian tersebut. Dan kalau UMNO
tetap masuk bertanding akan berlaku pertandingan tiga penjuru. Sekiranya ini berlaku maka kelebihan
akan berpihak pada calon PAS.

Ibrahim Ali tentu tidak akan berganjak dengan pendiriannya mahu mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu. Ahli-ahli UMNO Pasir Mas pula tentu merasakan mereka berhak meletakkan calon mereka. Mereka juga ada maruah dan air muka.


Isnin, 19 Disember 2011

Najib lebih bersedia

TAN SRI ABDULLAH AHMAD menulis dalam kolumnya, Sinar Harian, beberapa minggu lalu memberi pandangan bahawa Datuk Seri
Najib Razak lebih bersedia menghadapi PRU 13 berbanding Pak Lah
Badawi semasa bekas PM itu mengetuai kerajaan melalui PRU 12 pada
2008.

Menurutnya, sepandir-pandir Pak Lah, BN mampu menang dan menubuhkan kerajaan, walaupun kehilangan majoriti dua pertiga. Inikan
Najib setelah mengambilalih menerajui negara telah berjaya melakukan
perubahan dan pemulihan pada parti dan negara.

Ternyata Najib lebih popular dan lebih berkesan berbanding semasa
kepimpinan Pak Lah. Kekalahan teruk BN pada 2008 merupakan satu
sejarah dan tidak pernah berlaku sejak zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah ke era Dr. Mahathir Mohamad.

Kelemahan Pak Lah ialah beliau merasakan beliau popular sedangkan ramai pemimpin komponen dan ahli parti mulai bosan dan muak dengan stail kepimpinan beliau. Sebagai pemimpin Pak Lah telah menerima isyarat dan mesej yang salah dari akar umbi.

Walaupun keputusan PRU 12 pada 2008 memberi tamparan pada BN dan UMNO khususnya, namun Pak Lah masih berhasrat meneruskan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dia seolah
memekakkan telinganya dengan isyarat rakyat pada PRU 2008.

Dalam pilihanraya tersebut terdapat lebih 300 ribu undi rosak - undi protes dari kalangan ahli parti sendiri dan kebanyakannya telah mengundi parti pembangkang. Jumlah undi rosak adalah besar dan mengejutkan.

Justeru itu mantan Presiden parti, Dr. Mahathir dengan sokongan Tan Sri Mahyuddin Yassin telah memulakan langkah memberi tekanan agar Pak Lah mengundur diri bagi menyelamatkan UMNO dan BN yang telah terjejas teruk.

Keputusan Dr. Mahathir keluar dari UMNO telah memberi kesan dan impak yang besar terhadap kepimpinan Pak Lah keseluruhannya. Akhirnya beliau terpaksa akur dan memberi laluan pada Najib.

Seterusnya tugas Najib bukan mudah kerana banyak kerosakkan telah berlaku dalam UMNO dan BN.
Namun setakat ini beliau telah berjaya dalam proses pemulihannya. Seperti kata Tan Sri Abdullah Ahmad, Najib lebih bersedia menghadapi PRU 13 yang semakin hampir berbanding semasa Pak Lah
pada 2008.

Ahad, 18 Disember 2011

Mahathir cabar Anwar bersumpah

KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat tuduhan bahawa semasa krisis
kewangan pada tahun 1999, Dr. Mahathir Mohamad telah meminta bantuan dari Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi menyelesaikan kemelut ekonomi pada masa itu.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir telah menyangkal kenyataan itu sambil mencabar Anwar agar bersumpah
bersamanya bagi membuktikan kebenaran tuduhannya itu.

Inilah kali pertama tuduhan seumpamanya dilemparkan terhadap Dr. Mahathir berkaitan dengan IMF dan krisis kewangan tahun 1999. Sedangkan semua maklum semasa krisis kewangan melanda Asia hanya Malaysia terselamat dan tidak tunduk pada IMF.

Negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Korea Selatan terpaksa dan tidak mempunyai pilihan menerima bantuan dan syarat-syarat IMF bagi mengatasi krisis ekonomi yang mengancam mereka.

Dr. Mahathir, walaupun dikecam hebat negara barat, telah menggunakan acuan dan kaedah sendiri dalam mengatasi krisis tersebut dan seterusnya menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan IMF.

Salah satu langkahnya ialah menambatkan ringgit 3.50 bersamaan dengan satu US Dollar. Langkah ini
adalah untuk menyelamatkan ringgit dari terus jatuh dan memberi kesan pada ekonomi negara.

Manakala Anwar pula pada masa itu sebagai Menteri Kewangan telah mengambil langkah yang telah
memburukkan lagi keadaan bila beliau telah memendekkan Non Performing Loan (NPL) dari enam bulan pada tiga bulan.

Langkah tersebut telah memberi tekanan pada syarikat-syarikat dan para peniaga serta mengakibatkan
banyak di kalangan peniaga dan syarikat hampir muflis ekoran tekanan dari pihak bank.

Seluruh rakyat tahu orang yang menyelamatkan ekonomi negara pada masa itu ialah Dr. Mahathir bukan
Anwar. Terbukti formula Dr. Mahathir dalam menanggani kemelut ekonomi masa itu telah berhasil dan
berkesan dan seterusnya menyelamatkan ekonomi negara hingga kini.

Sabtu, 17 Disember 2011

Putrajaya menjadi idaman

PUTRAJAYA akan menjadi idaman semua parti politik dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang semakin hampir.

Nama asal kawasan Putrajaya ialah Perang Besar. Orang yang mengilhamkan dan mengasaskannya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Putrajaya adalah bandar pintar dan bersifat futuristik. Kini ia merupakan lambang kemegahan pusat pentadbiran negara yang dikagumi oleh negara-negara lain di dunia.

Semasa pembinaannya ia dikecam hebat oleh parti pembangkang sebagai satu projek pembaziran wang rakyat. Bekas Ketua Pembangkang dan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, pernah menyuarakan akan melelong Putrajaya sekiranya parti pembangkang dapat menguasai tampuk pemerintahan negara.

Tetapi kini setelah beliau kembali ke rahmatullah, para penggantinya menjadikan Putrajaya sebagai matlamat dan sasaran. Tidak ada lagi ungkapan agar Putrajaya yang dianggap satu projek membazir wang rakyat mahu dilelongkan.

Anwar Ibrahim juga tidak terkecuali kerana ia menganggap Mahathir membina Putrajaya untuk kepentingan bekas mentornya itu. Ternyata semua itu tidak benar kerana sesudah Putrajaya siap dibina
Mahathir telah mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri.

Kini Najib Razak telah berikrar akan mempertahankan Putrajaya sedaya upaya dari jatuh ke tangan pembangkang yang suatu masa mahu melelongnya !

Rabu, 14 Disember 2011

Cheney bidas Obama

DICK CHENEY, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat semasa era George W. Bush, telah membidas Barrack Obama kerana tidak mengambil
tindakan cepat memusnahkan pesawat Drone yang ditembak jatuh tentera Iran.

Cheney berkata, Obama mempunyai peluang untuk
melakukan serangan balas dengan melancarkan serangan tepat ke sasaran Drone dan memusnahkannya sebelum ianya ditawan tentera Iran.

Sebaliknya, Obama menolak pilihan tersebut dan memilih saluran diplomatik dengan meminta Iran memulangkannya.

Tehran pula memberi respon bahawa pesawat tersebut sekarang adalah milik Iran. Tambahan pula menurut
pemerintah Iran, Amerika telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan mencerobohi ruang udaranya.

Iran menegaskan bahawa mereka sekarang sedang membuat kajian tentang pesawat Drone dan kemungkinan akan mencontohi dan membina pesawat seumpamanya untuk pertahanan Iran di masa depan.

Selasa, 13 Disember 2011

Saari Sungib cetus kontroversi





SAARI SUNGIB adalah bekas pemimpin Jemaah Islam Malaysia (JIM) dan kini ADUN Hulu Kelang,
Selangor. Beliau juga Ketua Penerangan PAS, peringkat negeri. Seorang intelektual dan pemidato yang baik. Saari juga telah menghasilkan beberapa buah buku ilmiah.

Beliau adalah salah seorang pengasas parti Keadilan dan penyokong kuat Anwar Ibrahim semasa era reformasi. Namun begitu beliau dan seorang lagi bekas orang kuat Anwar iaitu Anuar Tahir yang juga bekas
Setiausaha Agung parti Keadilan telah keluar parti dan menyertai PAS.

Tidak pasti apakah faktor kedua tokoh muda ini meninggalkan Anwar Ibrahim dan masuk parti PAS.
Bagaimanapun, Saari Sungib pernah mengkritik Anwar Ibrahim secara terbuka pada 2004 selepas Anwar
dibebaskan dari penjara.

Setelah dibebaskan Anwar terus ke Jerman untuk menerima rawatan sakit pinggangnya. Dalam tempoh rawatan hinggalah beliau sembuh dan pulang ke tanahair, Anwar banyak membisu dan mengambil sikap
berdiam diri dalam isu-isu politik nasional.

Saari telah membidas sikap Anwar itu yang baginya adalah satu kesilapan dan memberi petunjuk yang salah
kepada para penyokong. Kerana sewaktu di dalam penjara Anwar begitu agresif menyerang kerajaan.

Sebenarnya pada masa itu ada percubaan dari Anwar untuk kembali pada UMNO. Kerana Anwar pernah
mengatakan bahawa beliau tidak memusuhi  UMNO, tetapi hanya para pemimipin tertentu sahaja.

Tetapi setelah pintunya tertutup untuk kembali ke pangkuan UMNO, barulah beliau kembali agresif menyerang dan mengkritik UMNO dan kerajaan.

Barangkali inilah puncanya Saari hilang keyakinan pada Anwar dan terus meninggalkan parti Keadilan.
Dalam sehari dua ini pula, Saari Sungib sekali lagi membuat kenyataan terbuka dengan menyatakan bahawa
Dr. Hasan Ali, exco PAS negeri Selangor, tidak akan dipilih bertanding dalam PRU 13.

Kenyataan beliau itu telah meletus kontroversi dan masih panas hingga saat ini.

Isnin, 12 Disember 2011

Iran tawan pesawat drone Amerika

 IRAN berjaya menembak jatuh pesawat Amerika di kawasan sempadan Afghanistan beberapa hari lalu.
Pesawat pengintip itu yang diberi nama Drone ialah sebuah pesawat kawalan jauh yang tidak mempunyai
juruterbang dipercayai sedang melakukan pengintipan terhadap Iran.

Pemerintah tentera Iran menegaskan bahawa mereka tidak akan menyerahkan kembali pesawat itu pada
Amerika. Drone yang ditembak jatuh itu masih dalam keadaan baik dan tidak berlaku kerosakkan yang
teruk.

Amerika tentunya khuatir pesawat canggihnya itu akan menjadi bahan kajian dan terdedahnya rahsia ketenteraan jatuh ke tangan Iran yang sememangnya menjadi seteru utama sekutu kuatnya, Israel.

Iran adalah antara negara Islam yang mampu mereka dan mencipta senjata-senjata moden bagi keperluan
pertahanan negaranya. Amerika dan Israel menuduh Iran kini sedang membina senjata nuklear yang boleh
mengancam dunia.

Pesawat Drone yang kini dalam tawanan Iran, memberi sedikit kemenangan moral padanya.

Tok Guru masih bersemangat

DATUK Nik Aziz Nik Mat telah menjadi wakil rakyat hampir 40 tahun dan sebagai Menteri Besar Kelantan pula sudah mencecah lebih 20 tahun. Tidak ada bayang yang beliau akan mengundurkan diri buat masa ini. Lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 yang semakin hampir dan bakal menjadi medan penentu politik PAS dan UMNO sebagai wadah orang melayu dan Islam di negara ini.

PAS masih perlu khidmat dan penglibatannya dalam politik parti itu. Tanpa orang tua ini, PAS ibarat layang-layang putus tali. Lihat saja pengaruhnya sebagai Mursyidul Am, beliau boleh putuskan apa sahaja berkait dengan parti secara berani dan terus terang tanpa berselindung pada Presiden, Timbalan serta Naib-Naib Presiden parti.

Isu kerjasama dengan UMNO satu kenyataan jelas yang diusahakan oleh Hadi, Nasaruddin, Mustafa Ali dan Dr.Hasan dikecam keras oleh orang tua ini sehingga beliau memberi kata dua kepada mereka yang terlibat agar keluar parti.

Datuk Nik Aziz adalah orang yang telah berjaya menggagalkan kerjasama kedua parti ini yang disebut sebagai Kerajaan Perpaduan. Kini tiada lagi yang berani menimbulkan isu ini lagi. Kalau pun ada yang menyuarakannya semula, tentu akan dilibas oleh orang tua itu.

Nampaknya, Presiden parti pun terpaksa mengalah dan bertolak ansur dalam banyak hal. Sedangkan jawatan Presiden dipilih para ahli dan jawatan Mursyidul pula adalah dilantik.

Begitulah hebatnya Tok Guru Nik Aziz, walaupun agak uzur masih ingin terus bertanding dan tidak akan bersara sementara waktu ini. Dia masih bersemangat dan 'gedebe'.

Ahad, 11 Disember 2011

Dr Hassan Ali tersingkir

DATUK Dr.Hassan Ali, exco PAS negeri Selangor, diberitakan tidak akan disenaraikan sebagai calon di dalam PRU 13 nanti. Dr. Hassan ialah tokoh kontroversi dalam kerajaan negeri Selangor dan kepimpinan
tertinggi PAS.

Sebelum ini beliau adalah Pesuruhjaya Tinggi PAS Selangor, tetapi dilucut jawatannya dan diganti oleh Dr.Rani. Ekoran terlucutnya jawatan itu banyak orang melihat ada yang tidak kena dalam PAS Selangor.
Lebih-lebih lagi pendirian Dr. Hassan dalam isu-isu agama tidak sehaluan dengan pendirian parti.

Beliau juga pernah diberi amaran oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, agar keluar parti di atas peranannya ingin bekerjasama dengan UMNO. Dr. Hassan pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS
selama sepenggal, tetapi tidak mempertahankannya pada penggal kedua kerana beliau merasakan sudah
tidak popular lagi dalam parti. Justeru beliau hanya bertanding bagi jawatan dalam Majlis Tertinggi Pusat dan memenanginya.

Dr.Hassan sebelum menceburi politik adalah seorang penceramah motivasi yang popular. Dia sering
muncul di kaca tv dalam pelbagai program.

Krisis pemecatan Anwar Ibrahim dari parti dan kabinet telah mendorongnya terlibat aktif dalam politik.
Dan beliau telah memilih PAS sebagai parti pilihannya. Dengan ertikata lain, faktor Anwarlah beliau telah menjerumuskan dirinya dalam politik.

Namun akhirnya terbukti beliau dan Anwar tidak berada dalam radar yang sama dalam banyak isu politik negara. Kini nampaknya beliau tidak disenangi ramai pemimpin tertinggi parti di atas sikapnya yang dikira tidak sealiran dengan pendirian rasmi parti.

Bagi sesetengahnya pula menganggap Dr. Hassan cuba meraih populariti peribadi dalam setiap tindakannya.
Dan inilah yang menyebabkan  beliau tersingkir dari arus pucuk pimpinan.

Dengan perkembangan mutakhir ini apakah Dr. Hassan akan terus berjuang sebagai orang politik atau
beliau akan kembali sebagai seorang penceramah dan motivasi yang pernah beliau ceburinya dahulu ?

Tetapi jelas bidang politik bukan profesion yang sesuai bagi Dr. Hassan. Ketokohan beliau lebih terserlah sebagai penceramah bebas dan pakar motivasi sebagaimana beliau lakukan sebelum aktif dalam politik kepartian.

Lagipun, faktor besar mendorongnya masuk politik ialah Anwar Ibrahim bukan lainnya.



























































































Khamis, 8 Disember 2011

Pak Lah bertanding lagi ?

TUN Abdullah Ahmad Badawi menyatakan beliau belum buat keputusan sama ada akan bertanding lagi atau tidak di kawasannya,  Kepala Batas.

Kalau beliau dipilih sekali lagi untuk mempertahankan Parlimen Kepala Batas dalam PRU 13 ini, apakah beliau akan menerimanya ?

Belum ada lagi dalam sejarah negara bekas PM terdahulu yang berhenti masih terus berada di Parlimen.

Kesemua bekas PM yang telah bersara biasanya akan melepaskan semua jawatannya yang berkaitan dengan parti dan politik. Mereka hanya aktif dan bersuara dari luar.

Pak Lah seharusnya berundur sepenuhnya dan memberi peluang kepada tokoh yang lebih muda bagi mewakili kawasan parlimennya. Lagipun, Pak Lah sudah tidak sesuai untuk berbahas dan berhujah berhadapan dengan wakil pembangkang di dewan.

Adalah lebih terhormat sebagai bekas PM beliau hanya menumpukan tugas dan peranannya di IKIM dan badan-badan kerajaan yang lain.

Selasa, 6 Disember 2011

Anwar yakin tawan Putra Jaya


 DATUK SERI ANWAR IBRAHIM yakin dalam PRU 13 ini Pakatan Rakyat akan terus menguasai Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Malah beliau percaya Putra Jaya dapat ditawan pembangkang.

Apakah ini satu kenyataan perang psikologi dan cakap politik sahaja ?

Buat masa ini pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan kelihatan tidak sunyi dari masalah yang membangkitkan kemarahan rakyat, lebih-lebih lagi di Selangor.

Masalah banyak berkaitan dengan perumahan, tapak dan sewa premis perniagaan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat yang berpendapatan sederhana. Di Selangor, PKNS yang dulunya banyak membantu kini kelihatan agensi itu lebih mirip pada keuntungan.

Hinggakan surau dan padang bola terpaksa menjadi korban untuk memberi laluan pada projek kondo dan
sebagainya. Kebetulan pula Penasihat Ekonomi negeri Selangor ialah Datuk Seri Anwar yang menerima
elaun sebanyak RM 1.

Dan jika ditakdirnya pula Putra Jaya dapat ditawan pembangkang, maka Anwarlah yang akan mengisi
jawatan Perdana Menteri dengan dikelilingi penasihat-penasihatnya yang terdiri dari tokoh DAP seperti
Karpal Singh, P.Paramcumaraswamy dan lain-lain. Rahsia Anwar di tangan mereka.




Putin bertanding Presiden



PILIHANRAYA parlimen di Russia yang berlangsung Ahad lalu menunjukkan
parti pemerintah, United Russia, telah hilang majoriti dua pertiga yang telah dimenanginya
pada 2007.

Kali ini ia hanya memperolehi 50 peratus undi berbanding lebih 60 peratus diperolehinya
pada pilihanraya lalu. Setakat ini parti kerajaan itu hanya mempunyai kelebihan 13 kerusi
di DUMA.

Begitu pun banyak pemerhati menyatakan pilihanraya kali ini penuh dengan penyelewengan
dan ketidakadilan berlaku termasuklah peras ugut dan sebagainya.

Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin merancang untuk bertanding kerusi Presiden pada
March 2012. Putin telah pun memegang jawatan Presiden pada 2001 selama dua penggal.
Oleh kerana perlembagaan Russia hanya menghadkan setakat dua penggal beliau telah
memberi laluan pada sekutunya, Dimitri Medyedev sebagai penggantinya.

Kini percaturannya ialah Dimitri akan memegang jawatan Perdana Menteri dan dia akan
kembali sebagai Presiden. Satu pakatan dan pergiliran antara dua tokoh yang mempunyai
hubungan akrab.

Namun dengan perkembangan keputusan pilihanraya yang baru berlangsung menunjukkan
Putin tidak begitu popular di kalangan rakyatnya. Apakah beliau boleh memenangi kerusi
Presiden dengan selesa pada Mac 2012 ?

Apa pun persoalannya hingga kini belum ada satu calon pun yang dikira berwibawa dan
berkarisma setanding Vladimir Putin. Justeru itu peluang Putin kembali sebagai Presiden
tidak akan terjejas, walaupun keputusan pilihanraya parlimen menunjukkan undi kerajaan
sedikit menurun.


Ahad, 4 Disember 2011

Cabaran menanti K. Rajagopal

SETELAH berjaya membawa Harimau Malaya
menjadi juara di Sukan SEA 2009 dan Piala AFF
Suzuki pada 2010 kini K.Rajagopal memikul tugas
menghadapi Piala Asia dan mempertahankan kejuaraan Piala AFF tahun depan.

Rekod Rajagopal sedikit tercalar bila pasukan negara tersingkir di Kelayakan Piala Dunia setelah
tewas ditangan Singapura.

Dalam beberapa perlawanan persahabatan selepas
itu pun tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Harimau tewas dengan pasukan Australia 0-5 dan seri 1-1 dan tewas 2-3 pada pasukan India.

Rajagopal perlu membuat persiapan rapi  dari sekarang bagi menghadapi dua kejohanan  penting tahun depan. Beliau tidak boleh terlalu banyak bereksperimen dengan mencuba pemain-pemain baru. Malah beliau  harus memperkemaskan skuad yang ada.

Prestasi  Rajagopal dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF dan Piala  Asia adalah penting kerana ia akan menentukan nasib masa depannya sebagai  jurulatih negara.

Sekiranya beliau gagal membawa pasukan Harimau mencapai kejayaan sudah tentu kontraknya dengan FAM tidak akan disambung. Misinya tahun depan bakal menentukan nasibnya sebagai jurulatih negara.

Sabtu, 3 Disember 2011

Najib: Saya sudah bersumpah lima kali


PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan
penutupnya di Perhimpunan parti itu menegaskan bahawa beliau telah
bersumpah sebanyak lima kali di luar dan dalam masjid terhadap segala
tuduhan dan fitnah terhadapnya adalah tidak benar belaka.

Dengan nada sinis beliau bertanya kepada para perwakilan, berapakalikah Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah bagi
membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap beliau adalah fitnah
dan konspirasi.

Najib dengan tegas menyatakan, Anwar bukan sahaja tidak sanggup
bersumpah di luar dan dalam masjid, malah dia juga tidak mahu bersumpah di mahkamah.

Cabaran Najib terhadap Anwar ini adalah sesuatu yang cukup mudah.
Namun yang pasti Anwar tidak akan berani menyahut cabaran ini.
Seperti biasa Anwar akan memberi berbagai alasan dengan tidak mahu
bersumpah bagi membuktikan bahawa segala tuduhan terhadapnya adalah satu fitnah.

Bekas Mufti Perlis, Dr.MAZA pernah meminta pada Anwar agar melakukan sumpah bagi mengelakkan
kekeliruan masyarakat terhadap peribadinya. Ia perlu dilakukan kerana beliau dituduh.

Apa pun Najib telah lakukannya. Dia buktikan dia berani dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan.


Khamis, 1 Disember 2011

' Lionel Messi' Malaysia

NAZMI FAIZ MANSOR baru berusia 17 tahun telah menunjukkan potensi besar menjadi pemain bola sepak harapan negara.

Dipanggil oleh Ong Kim Swee disaat akhir untuk disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Sukan SEA di Jakarta.

Prestasinya sepanjang kejohanan mengejutkan banyak pihak. Bermain di bahagian tengah dan berkebolehan
menjaringkan gol.

Jaringannya semasa pertemuan dengan Bahrain dalam Kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur dianggap paling cantik di luar kawasan kotak
penalti.

Jika Nazmi diberi peluang dan pendedahan lebih banyak diperingkat antarabangsa beliau mampu menjadi seorang pemain yang berkualiti dan harapan negara pada masa hadapan.

Tidak keterlaluan sekiranya beliau boleh dianggap sebagai ' Lionel Messi ' Malaysia dalam pembikinan.

UMNO atau DAP parti rasis ?


 DR. MAHATHIR MOHAMAD pernah satu masa berkata bahawa beliau tidak boleh lagi bercakap
tentang orang melayu kerana akan dituduh rasis. Kini DAP pula menuduh UMNO sebagai parti rasis
ekoran ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Persidangan
Pemuda, Wanita dan Puteri baru-baru ini.

Bila pemimpin UMNO bercakap perihal bangsanya ia akan dicap rasis. Tetapi bila pemimpin DAP
memperjuangkan kepentingan kaum Cina ianya adalah demi kepentingan kaum itu.

Walaupun UMNO sebuah parti melayu, namun segala tindakannya akan mengambil kira kepentingan
kaum lain di negara ini. UMNO adalah tunjang dan tulang belakang Barisan Nasional.

Sebelum tsunami politik 2008, UMNO adalah sebuah parti yang kukuh dan kuat. Pada satu ketika
kerusi UMNO di Parlimen mencukupi bagi menubuhkan sebuah kerajaan dengan kelebihan ' simple majority' tanpa perlu bergabung dengan parti-parti komponen lain.

Tetapi UMNO tidak tamak kuasa dan sanggup berkongsi kuasa dengan parti komponen yang lain.
Malah banyak kawasan majoriti melayu telah diberikan pada MCA dan MIC untuk bertanding. Dan ini
telah banyak menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ahli.

Namun UMNO terpaksa berkorban demi menjaga parti kaum lain di dalam Barisan Nasional. Banyak lagi
pengorbanan lain yang terpaksa dilakukan UMNO demi perpaduan dan kestabilan negara.

DAP yang menuduh UMNO rasis itu apa yang telah dilakukan parti itu untuk orang melayu ?
Lihat saja nasib kaum melayu di Pulau Pinang sekarang. Mereka terus dihimpit dengan pelbagai
layanan dan  ketidakadilan.

Sebenarnya DAPlah yang rasis yang hanya memperjuangkan satu kaum sahaja. Dan ini amatlah berbahaya
untuk masa depan negara. Kini jelas DAP telah memperalatkan PAS dan PKR bagi melemahkan kuasa
politik orang melayu.

Betul seperti kata Timbalan Presiden UMNO bahawa bukan PAS akan menggantikan UMNO, sebaliknya
DAP akan ganti PAS.

Dalam PRU 13 ini adalah pertembungan antara UMNO-BN dan DAP. Parti PAS dan PKR akan hanya
berperanan sebagai pengacau bagi mempengaruhi kemenangan antara dua parti itu.


















Mourinho memburu kejayaan


PERTAMA kali dalam dua musim di Liga Sepanyol, Real Madrid kini berada di takhta liga
mengatasi musuh tradisinya Barcelona.

Dengan beza enam mata di depan, Jose Mourinho terus memberi tekanan pada saingannya,
Pep Guardiola.

Mourinho yang diberi gelaran 'The Special One' ingin membuktikan beliau mampu melakar
kejayaan sebagaimana telah beliau lakukan di Porto, Chelsea dan Inter Millan.

Sekiranya, Mourinho berjaya membawa Real Madrid menjuarai di La Liga mengatasi
Barcelona, beliau akan mencatat sejarah menjadi Pengurus yang berjaya di empat buah kelab
berbeza dan empat negara berlainan. Dan ini adalah satu rekod yang belum pernah dicapai
oleh sesiapa.

Gelaran 'The Special One' memang layak untuknya.


Chelsea kini tertekan


BILLIONAIR dan pemilik kelab Chelsea, Roman Abramovich kini
tentu resah dengan prestasi kelab itu yang tidak menentu.

Lima kekalahan dari sembilan perlawanan akhir-akhir ini tidak
memberi gambaran positif  The Blues sebagai sebuah kelab elit
dalam EPL.

Kalah pada Liverpool  0-2 dalam suku akhir Piala Liga telah memberi
tekanan pada Pengurusnya, Andre Villas Boas yang baru dilantik musim
ini.

Villas Boas adalah bekas pembantu Jose Mourinho semasa Jose berada
di Stamford Bridge beberapa tahun dahulu.  Ternyata semasa Chelsea
dibawah kendalian Mourinho - kelab itu lebih berjaya dan mempamirkan
prestasi lebih baik.

Namun tidak pasti apakah puncanya Abramovich memecat Mourinho dari
kelab tersebut. Sehingga kini keputusan Mourinho meninggalkan EPL masih
menjadi tanda tanya. Sedangkan beliau berjaya meletakkan Chelsea sebagai
juara Liga EPL mengatasi  Manchester United.

Tetapi terbukti bila Mourinho tinggalkan England beliau terus menciptakan
kejayaan di Serie A dengan membawa kelab Inter Millan menjuarai Piala Juara-Juara
Eropah. Dan kini dalam laluan melakar sejarah baru di Real Madrid pula.

Sedangkan Chelsea sepeninggalan beliau tidak mencapai apa-apa kejayaan.
Walaupun selepas Mourinho, Abramovich telah melantik Avam Grant, Philip Scholari,
Gus Hiddink, Carlos Ancelotti dan kini Andre Boas; semuanya  gagal menyamai
rekod Mourinho di Stamford Bridge.

Apakah Abramovich telah melakukan kesilapan menolak Mourinho ? Dan adakah
beliau menyesal ?

Jose Mourinho pernah membayangkan bahawa beliau akan kembali ke England
kerana beliau tertarik dengan suasana negara itu dan rindukan EPL. Tetapi apakah
beliau rela kembali ke Chelsea ?

Rabu, 30 November 2011

Antara lawak dan pantun




DALAM setiap kali Perhimpunan UMNO para perwakilan sudah
menjadi satu kemestian menyelitkan unsur jenaka, seloka pantun
dan sebagainya dalam menyampaikan ucapan mereka.

Trend ini sudah menjadi amalan sejak lama dahulu dan ia
bagaikan satu kemestian dalam ucapan dan perbahasan sepanjang
perhimpunan parti itu berlangsung.

Ada yang ketawa mengilai dan terbahak-bahak termasuklah para
pemimpin Majlis Tertinggi yang berada di atas pentas.

Buat lawak, pantun dan seloka memang menjadi budaya orang
melayu yang sememangnya suka bergurau sambil menyerikan
sesuatu majlis.

Tanpa gelak ketawa, sindiran dan sebagainya seolah tidak
lengkap dan sempurna. Begitulah sikap dan amalan orang-orang
melayu.

Tetapi dalam Perhimpunan UMNO kali ini; di mana UMNO sedang
menghadapi cabaran yang cukup getir dan mencabar dalam mengembalikan
kekuatannya yang telah tergugat sejak 2008.

Belum pernah dalam sejarahnya UMNO berada ditahap begitu rendah
sehingga diperleceh oleh lawan. Tugas para ahli parti bagi memulihkan
kekuatannya seperti dahulu begitu mencabar dan bukan mudah.

Ini tentunya memerlukan sikap yang fokus dan serius dalam mengharungi
masa depannya.

Justeru itu dalam perhimpunan parti kali ini para perwakilan seharusnya
tidak terlalu banyak berjenaka, berpantun dan sebagainya bagi menunjukkan
keseriusan mereka bekerja memulihkan parti.

Sekiranya terlalu banyak jenaka dan lawaknya, dikhuatiri akan memberi
petunjuk yang salah kepada ahli akar umbi.

Anwar dan UMNO




KINI sedang berlangsung persidangan UMNO di Kuala Lumpur yang
merupakan perhimpunan terakhir parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya
Umum (PRU)ke 13.

Saya pernah merasai suasana perhimpunan itu sedikit masa dahulu iaitu
semasa Allahyarham Tun Ghaffar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO
dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi sebagai Naib Presiden parti.

Kehadiran saya di PWTC hanyalah sebagai orang luar dan pemerhati
sepanjang perhimpunan berlangsung. Saya mengikuti perjalanan persidangan
itu di Aras 2 dan 3.

Di situ saya dapat lihat Anwar duduk bersebelahan dengan Najib Razak
di atas pentas. Semasa itu Najib adalah Ketua Pemuda. Mereka kelihatan
begitu mesra dan saling berbisik antara satu sama lain sambil ketawa.

Tidak terlintas di fikiran kini mereka menjadi seteru politik yang sengit.
Apatah lagi Najib menjadi Perdana Menteri sedangkan Anwar pula menjadi
Ketua Pembangkang.

Benar seperti kata pepatah, tidak ada musuh kekal dan kawan yang setia
dalam dunia politik.

Anwar Ibrahim tentunya merindui suasana dan kemeriahan perhimpunan UMNO
ini yang pernah dirasainya. Suasana ini tidak mungkin akan dialami lagi beliau
sepanjang hayatnya. Beliau dan UMNO sudah berkerat rotan.

Namun sepanjang pengamatan saya semasa di PWTC itu beliaulah tokoh
paling popular di kalangan wakil dan ahli parti. Ramai yang berebut-rebut
bergambar bersama beliau dan menjadi tumpuan semua orang. Lain-lain
pemimpin tidak sesibuk beliau dan menjadi perhatian.

Saya dapat lihat sementara orang ramai berebut mengambil gambarnya, para
pemimpin lain hanya melihat dan tersenyum saja.

Tetapi ini semua telah berlalu. Apakah masih ada yang mengingatinya ?




Ahad, 27 November 2011

Dari pertahanan menjadi penyerang



DALAM final bola sepak di Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia
baru-baru ini, Ong Kim Swee telah membuat perubahan posisi pemain
yang telah memberi kesan yang positif.

Pemain bek kiri, Asraruddin Omar telah diberi peranan sebagai pemain
sayap kiri menggantikan Fandi Othman. Perubahan dari seorang pemain
pertahanan bergerak ke atas sebagai pemain penyerang adalah satu
percubaan berani dari Kim Swee.

Hasilnya dalam final tersebut sekurang-kurangnya terdapat tiga tandukkan
Asraruddin yang tersasar di depan gol lawan. Namun tandukkan diminit 35
berjaya menghasilkan gol penyamaan setelah Malaysia ketinggalan 0-1.

Selain menghasilkan gol, Asra juga telah banyak memainkan peranan
menyerang disebelah kiri kubu lawan. Perubahan posisi ini memang
berbaloi.

Selepas ini apakah jurulatih Selangor dan kebangsaan akan terus meletakkan
Asra sebagai penyerang atau kembali ke posisi asalnya; bek kiri ?

Apa yang berlaku pada Asraruddin ini hampir sama terjadi kepada bekas
striker kebangsaan Zainal Abidin Hassan semasa era kegemilangannya dulu.

Zainal asalnya adalah seorang pemain bek kanan. Bekas jurulatih negara,
Frank Lord dari England adalah orang yang bertangungjawab menukar posisi
Zainal dari seorang pemain pertahanan pada pemain penyerang.

Alasan Frank Lord pada masa itu ialah beliau kagum melihat Zainal,
sebagai pemain pertahanan boleh mengelecek pemain lawan dalam kawasan
sendiri. Selepas itu semuanya menjadi sejarah. Zainal telah berjaya menjadi
seorang striker utama dan disegani di rantau ini.

Apakah ini akan berlaku sama pada Asraruddin Omar ? Hanya Irfan Bakti,
Ong Kim Swee dan Datuk K.Rajagopal sahaja dapat menentukannya.








Jumaat, 25 November 2011

Terkenang Kevin Keagan bersama Harimau



HAMPIR empat dekad lalu mungkin ramai masih mengingati
dalam Kejohanan Pesta Bola Merdeka di Kuala Lumpur, lagenda
England dan Liverpool, Kevin Keagan, menjadi kesebelasan utama
skuad Harimau Malaysia sebagai pemain jemputan.

Dalam kejohanan tertua di Asia Tenggara itu, Malaysia diwakili
dua pasukan; senior dan skuad Harimau. Pasukan senior diketuai oleh
Soh Chin Aun, manakala hampir semua pemain Harimau terdiri dari
para pemain muda.

Antara pemain muda itu ialah Azlan Johar, bekas pemain Selangor
dan kini menjadi pengulas sukan di stesen media swasta. Azlan telah
bergandingan dengan Kevin Keagan di bahagian serangan dalam skuad
Harimau itu.

Kevin Keagan pula dikhabarkan telah menerima bayaran dari FAM
sebanyak RM 200,000 sebagai ganjaran menjadi pemain jemputan
dalam pasukan Harimau.

Langkah FAM mengundang Keagan pada masa itu ialah antaranya
memberi bimbingan pada skuad muda tersebut dan sebagai tarikan
pada para peminat Pesta Bola Merdeka yang kini telah pun lenyap
dari kalendar bola sepak negara.

Ada beberapa peristiwa menarik sepanjang Keagan bermain untuk
Harimau. Antaranya, pasukan Korea Selatan telah membantah kehadiran
Kevin Keagan bermain untuk pasukan Harimau. Namun bantahan itu
dapat diselesaikan dengan baik di atas faktor Pesta Bola Merdeka
hanyalah satu kejohanan jemputan.

Dan paling melucukan semasa Keagan dalam skuad Harimau ialah
bila saja bola ada dikaki pemain Harimau; semuanya akan berusaha
menghantar bola itu kepada Keagan yang memakai nombor 7 (nombor
kegemarannya). Jenuh juga lagenda itu menerima bertali arus hantaran
dari setiap penjuru. Seolah bila dapat bola ia mesti 'passing' pada Keagan.

Saya tidak berapa ingat lain-lain peristiwa menarik semasa kejohanan
tersebut kerana ia sudah terlalu lama. Tambahan pula saya tidak kuat mengingat.
Barangkali, Azlan Johar yang masih ada boleh banyak menceritakannya.

Rabu, 23 November 2011

Harimau Muda tebus maruah negara



PENGURUS skuad Harimau Muda, Datuk Hamidin Mohd Amin
menyatakan Malaysia akan menghantar bantahan rasmi kepada
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tentang layanan buruk
yang diterima pasukan negara di Sukan SEA yang baru berakhir.

Ini bukan kali pertama layanan seperti ini berlaku bahkan semasa
Piala AFF Suzuki, Disember lalu pasukan negara mengalami
peristiwa yang sama; terpaksa naik Barracuda dan berbagai tindakan
yang keterlaluan dari penyokong fanatik Indonesia.

Tetapi setelah selesai Piala AFF, FAM ada menghantar bantahan
kepada AFC, namun sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan
terhadap Persatuan Bola Sepak Republik itu.

Maka itulah insiden sama berlaku lagi di Sukan SEA baru lalu.
Bukan pasukan bola sepak negara sahaja yang menerima layanan
buruk, malah seluruh kontijen negara dilayan seperti 'musuh' dan
'penjenayah'.

Sikap melampau sebahagian besar rakyat Indonesia yang tidak
menghormati lagu kebangsaan negara dan lain-lain tindakan
yang mencerminkan mereka tidak mempunyai pendidikan sivik
yang sempurna. Bak kata pepatah Inggeris ' It is too much '.

Apa yang lebih mendukacitakan pemerintah Indonesia tidak
pernah mengeluarkan kenyataan kekesalan apa yang berlaku,
apatah lagi memohon maaf.

Sebagai sebuah negara yang bermaruah, Malaysia perlu
mengambil tindakan mengikut saluran dan peraturan yang ada
sebagai pengajaran kepada republik itu agar ia tidak berulang.

Langkah Datuk Hamidin merangkap Naib Presiden FAM,  melaporkan
pada AFC adalah kena pada masanya. Kita berharap ada respon
dan tindakan susulan dari badan itu agar mengenakan tindakan
dan hukuman pada Persatuan Republik itu di atas apa yang berlaku.

Dalam konteks ini, istilah serumpun sebangsa sudah tidak relevan
dan terpakai lagi. Negara dan pemerintah republik itu harus
dipertanggungjawab dan tidak boleh terlepas begitu sahaja.

Namun disebalik provokasi dan layanan buruk serta sikap angkuh
rakyat republik itu terhadap kontinjen negara bagaikan terubat dengan
patahnya sayap Garuda dek dibaham Sang Harimau dalam penentuan
pingat emas dalam acara bola sepak yang dianggap sebagai ' Ibu segala
pingat'. Harimau menang 4-3 dan juga 1-0 diperingkat kumpulan. Dua
pertemuan, dua kemenangan buat pasukan Harimau Muda.

Seperti kata jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, yang telah
membakar semangat para pemainnya sebelum turun padang di final;
antara pesanan azimatnya;

                         " Saya kata kepada para pemain, inilah masanya
                            kita MENGAJAR Indonesia. Tindakan penyokong
                            Indonesia itu membuktikan mereka tidak menghormati
                            raja kita, lagu kebangsaan kita, bendera kita dan ahli
                            keluarga."

Sesungguhnya Harimau Muda telah pun menyempurnakan amanat dan
harapan negara. Mereka cukup membanggakan seluruh bangsa Malaysia.
Semoga Harimau terus mengaum !














































































































Rabu, 16 November 2011

Tengku Razaleigh calon Perdana Menteri ?



TIMBUL cerita bahawa Tengku Razaleigh Hamzah akan menjadi
calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat dapat memenangi
pilihanraya umum ke 13 ini dan menawan Putra Jaya.

Cadangan ini agak pelik juga kerana ianya datang dari parti pembangkang
sedangkan Tengku Razaleigh atau Ku Li adalah ahli UMNO.

Ku Li baru-baru ini menegaskan bahawa dia tetap bersama UMNO
dan tidak akan keluar parti.

Mungkin bagi Pakatan Rakyat, Ku Li masih bersama UMNO tetapi
tidak bersama Najib Razak. Dan kedudukan Ku Li dalam parti UMNO
seolah dipinggirkan.

Banyak isu menjadi perbezaan pendapat antara Ku Li dan pucuk pimpinan
UMNO sekarang. Seperti kes royalti minyak Kelantan, di mana pendirian
Ku Li adalah sama dengan pendirian parti PAS. PAS menuntut agar hak
royalti minyak dikembalikan pada rakyat Kelantan.

Ku Li mengambil pendirian yang sama dan bertentangan dengan sikap
pucuk pimpinan UMNO.

Apakah Pakatan Rakyat memilih Ku Li sebagai calon Perdana Menteri
kerana kemampuannya atau sekadar menjadi alat ?

Umum bersetuju seorang calon Perdana Menteri seharusnya mempunyai
ciri-ciri kepimpinan yang kuat dan berwibawa. Dan beliau semestinya
bukan seorang yang lemah.

Kalau seorang Perdana Menteri itu tidak mempunyai kualiti pimpinan
yang kuat, maka tunggulah pelbagai masalah akan timbul yang sukar
dikawal.

Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah satu contoh mempunyai
kepimpinan yang kuat dan berwibawa. Manakala semasa era Tun Abdullah
Ahmad Badawi memperlihatkan kelemahan dan ketidakupayaannya
mengawal suasana.

Begitu juga di negara jiran, Indonesia melalui pengalaman yang sama.
Bekas Presiden Abdurrahman Wahid dan Megawati Sukarno Puteri
adalah contoh kepimpinan yang lemah dan telah merugikan Indonesia
sebagai sebuah negara besar.

Tetapi kini Susilo Bambang Yudoyono tampil gagah dan berwibawa
menaikkan kembali reputasi republik itu di persada dunia.

Pemimpin dan kepimpinan perlu kuat dan berwibawa. Jauh sekali
mempunyai sifat lemah dan tidak mempunyai ketegasan.

Apakah Ku Li memiliki ciri-ciri kepimpinan ini ?

















Isnin, 14 November 2011

Harimau - Garuda - ujian sebenar




BOLASEPAK SUKAN SEA:


MALAYSIA akan melawan Indonesia pada 17 Nov. bagi menentukan
siapa juara kumpulan setelah keduanya sudah sebelah kaki berada di separuh
akhir.

Setakat ini dalam peringkat kumpulan hanya pasukan Harimau dan Garuda
sahaja yang belum tewas. Singapura, Thailand dan Kemboja yang berada
dalam kumpulan yang sama telah pun mengalami kekalahan masing-masing.

Dari segi kiraannya, Harimau dan Garuda akan mengisi dua slot ke separuh
akhir. Pertemuan Khamis ini bagi menentukan pasukan mana menjuarai
kumpulan bagi pertemuan separuh akhir dengan dua pasukan lagi; Vietnam
dan Myanmar.

Kelmarin pasukan Harimau menewaskan Kemboja 4-1, manakala Indonesia
memusnahkan harapan Thailand dengan menundukkan pasukan gajah putih itu
dengan 3-1.

Kekuatan Indonesia akan diuji sebenarnya bila mereka berhadapan dengan
Harimau Khamis ini kerana dalam perlawanan sebelum ini iaitu menentang
Singapura; pasukan Singa itu bermain 10 orang akibat kad merah. Indonesia
menang 2-0.

Begitu juga semasa menentang Thailand - Indonesia menang 3-1 setelah
Thailand bermain dengan sembilan pemain. Dua pemain gajah putih itu telah
dibuang padang kerana kesalahan dua kad kuning dan kekasaran.

Jadi dalam dua perlawanan tersebut ia tidak memberi gambaran sebenar
kekuatan pasukan Indonesia.

Begitu juga Malaysia semasa mengalahkan Kemboja. Mereka bermain
sambil lewa, terutamanya dalam separuh masa kedua sehingga Kemboja
memperolehi gol tunggal.

Pertemuan Harimau - Garuda Khamis ini tentunya menarik dan banyak
perhitungannya. Garuda sudah tentu ingin melangsai maruahnya yang tercalar
di Piala AFF yang lalu. Harimau pula tidak akan melepaskan kilauan emas
dalam genggamannya dua tahun lalu.

Apa pun diharap tidak ada lagi kad merah dilayang semasa pertemuan
dua 'musuh ketat' ini sebagaimana dalam perlawanan Indonesia melawan
Singapura dan Thailand.

Sekiranya insiden sama berlaku dalam pertemuan Khamis ini tentulah
perlawanan menjadi tidak menarik dan seimbang.

Para pemain Harimau perlu bijak melayani provokasi pemain lawan
dan tidak terperangkap dengannya.














Jumaat, 4 November 2011

Harimau Muda pertahan emas



HARIMAU MUDA akan mula mempertahankan pingat emasnya
dua tahun dahulu bila bertemu Singapura 7 Nov. ini di Jakarta.

Kali ini pasukan negara berada dalam kumpulan 'maut' bersama
Thailand dan tuan rumah Indonesia.

Berdasarkan sebahagian besar para pemain negara adalah terdiri
dari skuad 2009 dulu seperti Muslim, Fadli, Fahmi, Mahali, Badrol dan
beberapa orang lagi, maka tidak ada alasan untuk pasukan negara tidak
melangkah ke final sekurang-kurangnya.

Pasukan negara adalah antara pasukan berpengalaman jika dibandingkan
dengan pasukan negara-negara lain. Ditambah lagi dengan menjalani
latihan berbulan-bulan di Slovakia.

Sekiranya anak buah Ong kim Swee tidak menunjukkan prestasi yang
baik dan gagal mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan tentu
ada sesuatu yang tidak kena.

Kita tidak merendahkan keupayaan Singapura, Thailand dan tuan rumah
Indonesia. Tetapi berdasarkan rekod dan fakta kita mempunyai peluang
untuk ke final dan mempertahankan pingat emas dua tahun dahulu.

Namun seperti biasa kesilapan dan kelalaian para pemainlah yang
akan menjadi 'musuh' utama pada pemain muda kita. Kelemahan sebegini
sentiasa menghantui para peminat tanahair dan boleh memusnahkan
seluruh anggota pasukan.

Para pemain juga harus berhati-hati tentang pemberian kad merah.
Satu kad merah melayang boleh memusnahkan seluruh pasukan.
Apatah lagi ada pemain dikenakan kad merah dalam permainan
yang masih panjang lagi baki perlawanannya. Dan ini tentunya
akan menyusahkan pemain-pemain lain yang terpaksa bekerja
lebih keras akibat kekurangan pemain.

Harimau Muda tidak seharusnya mempunyai banyak masalah
bila berdepan dengan Singapura dalam perlawanan pertamanya.
Begitu juga Thailand dan Indonesia kerana kita memang mempunyai
pasukan mantap dan para pemain muda yang berpotensi.























Selasa, 1 November 2011

Harimau Malaya : Barisan pilihan



Senarai pemain bagi Kejohanan Piala Suzuki AFF tahun depan.





                                                      Khairul Fahmi





Fadli Shas                            Zamani Misbah              Marzuki Yusof                       Aidil






                Safiq Rahim                  Shukur Adan                    Ashaari Shamsuddin





                Safee Sali                    Hai- O                 Norshahrul Idlan





Pemain simpanan :


Farizal Marlias
Assarudin Omar
Muslim Ahmad
S. Kunalan
Amar Rohidan
Mahali Jasuli
Abdul Manaf Mamat
Abdul Hadi Yahaya
Joseph Kalang Tie



Apa macam senarai di atas Datuk Raja ? Boleh pakai eh ?

















            

Ahad, 30 Oktober 2011

Musim kenduri gol



ENTAH apa yang terjadi dalam Liga EPL yang melibatkan
empat pasukan pilihan berkesudahan dalam perlawanan yang
menghasilkan jumlah gol yang besar minggu ini.

Sir Alex Fergurson menerima aib yang besar dalam sejarah
kariernya sebagai Pengurus Manchester United bila ditewaskan
oleh Manchester City dengan 6-1. Satu jumlah jaringan yang
tidak terlintas difikiran semua peminat bolasepak.

Kekalahan tersebut telah mencalar sedikit rekod pertemuan
United dan City sejak 50 tahun lalu. Rekod lalu menunjukkan
Man. U sering mengatasi Man.City dalam banyak perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan yang mengejutkan ialah pertemuan
Chelsea dan Arsenal yang berkesudahan The Gunners menumpaskan
The Blues di Stamford Bridge - 5-3.

Kekalahan Chelsea ini adalah sesuatu yang perit bagi Pengurus barunya,
Andre Villa Baos. Apatah lagi tewas dilaman sendiri dan jumlah gol
yang besar pula.

Bagi Arsene Wenger pula kemenangan ini sedikit sebanyak menaikkan
semangat pasukannya yang agak merudum prestasinya di awal musim.

Jumlah jaringan 6-1 dan 5-3 adalah besar bagi pasukan elit seperti
Man.U, City, Chelsea dan Arsenal. Namun jangan lupa pada musim
lepas dalam La Liga, Real Madrid telah dibelasah oleh Barcelona 5-0.
Kekalahan Real itu juga telah mencalar rekod Jose Mourinho sejak
beliau menjadi seorang pengurus.

Tetapi itulah bolasepak. Bukankah sasarannya untuk menghasilkan
seberapa banyak gol ?

Tidak seperti di Serie A di Itali; perlawanan kebanyakan berkesudahan
dengan 0-0 atau 1-0. Paling banyak gol yang dihasilkan dalam sesuatu
perlawanan ialah dua gol. Orang kata di Serie A kebanyakan pasukan
lebih banyak bertahan. Kadang-kadang ia membosankan.















Rajagopal patut panggil 'kuda tua'



NEGERI SEMBILAN akhirnya Juara Piala Malaysia 2011 setelah
menewaskan Terengganu 2-1 dalam satu perlawanan yang boleh
dikira seimbang. Cuma kelemahan dan kelalaian sahaja yang
memisahkan penentu kejuaraan.

Bolasepak adalah satu permainan 90 minit dan selagi masa
belum tamat; apa sahaja boleh berlaku. Kelantan sudah mengalaminya
dalam final Piala FA dengan mendahului Terengganu, tapi akhirnya
terpaksa akur diminit terakhir tewas di tangan Penyu.

Dan semalam Terengganu yang mendahului 1-0 dan kelihatan
menghampiri kejuaraan boleh tersungkur 1-2 akibat kelalaian
para pemain.

Mungkin ramai yang menuding jari pada kelemahan penjaga gol
Terengganu, Sharbini Alawee yang gagal menampan bola yang
dikira agak lemah hasil hantaran S. Kunalan. Gol penyamaan ini
telah membangkitkan semula semangat pemain Negeri Sembilan.

Inilah bolasepak dan pasukan yang cepat mengambil kesempatan
dan boleh menyesuaikan dengan suasana sahaja mampu bergelar
juara.

Dalam final semalam pemain-pemain yang bergelar 'kuda tua' memang
cukup menyerlah. Marzuki Yusof, Shukur Adan, Idris Karim dan Hairuddin
Omar telah membuktikan mereka masih lincah.

Jurulatih kebangsaan, Datuk K.Rajagopal, seharusnya menimbang
agar memanggil mereka menyarung jersi kebangsaan, terutamanya
bagi mempertahankan Kejuaraan Piala AFF tahun depan. Setakat
ini hanya Norhafiz Zamani Misbah sahaja dipanggil.

Tidak salah memanggil dua atau tiga pemain 'tua' bagi menyeimbangkan
pasukan kebangsaan yang rata-rata dibarisi pemain muda. Lebih-lebih
lagi akhir-akhir ini benteng pertahanan Harimau Malaya mudah goyah.

Dengan kemasukkan Marzuki, Shukur dibenteng pertahanan dan Hai-O
di bahagian serangan sudah tentu akan menguatkan lagi pasukan Harimau
Malaya.














Rabu, 26 Oktober 2011

Masalah banjir di Thailand



KORBAN banjir di Thailand kini berjumlah 350 orang dan angka
ini dijangka terus meningkat. Belum pernah dalam sejarah negara
Gajah Putih ini masalah banjir menjadi begitu serius dan boleh
melumpuhkan kota Bangkok.

Sehingga kini Sungai Chao Phraya telah pun melimpah dan memasuki
kota Bangkok. Hampir semua kilang dan industri besar dimasuki air
dan hasil pengeluaran terjejas teruk, malah beribu orang hilang pekerjaan.

Perdana Menteri yang baru dilantik, Yingluck Shinawatra, menghadapi
ujian cukup getir dalam menangani krisis banjir ini yang telah pun
memberi kesan besar terhadap ekonomi negaranya.

Ramai pemerhati berpendapat kerajaan baru Yingluck tidak mempunyai
pengalaman dalam mengatasi krisis banjir ini. Musim hujan telah berlaku
di Thailand sejak Julai lalu. Hingga sampai bulan Oktober keadaan menjadi
semakin buruk.

Dalam tempoh tiga bulan itu tidak ada langkah persiapan dan persediaan
dalam menghadapi kemungkinan banjir melanda lebih besar. Keadaan ini
bertambah buruk dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat kerjasama
baik dari kalangan musuh politiknya.

Diberitakan Gabenor Bangkok yang mempunyai fahaman politik berlainan
dengan Yingluck mempunyai cara berbeza dalam menangani isu banjir ini.
Malah ada dikalangan parti pembangkang ingin mengambil kesempatan
mendiskreditkan kerajaan baru ini.

Seorang Prof. di sebuah Universiti Chulalongkorn berpendapat Yingluck
seharusnya memberi kuasa dan peranan lebih besar pada pihak tentera
dalam menghadapi kemelut ini. Malah beliau mempersoalkan mengapa
Perdana Menteri itu tidak mengistiharkan "darurat" khasnya di Bangkok
yang teruk terancam.

Dalam konteks ini tentulah perhitungan politik menjadi keutamaan, lebih-
lebih lagi hubungan kerajaan Yingluck dan pihak tentera tidak begitu
sehaluan ekoran peristiwa membabitkan abang Yingluck dan bekas
Perdana Menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra.