Sehari sebelum itu parti Pas telah pun mengadakan himpunan yang disertai Mursyidul Pas, Nik Aziz Nik Mat dan calonnya di Putrajaya, Husam Musa yang dihadiri sejumlah besar orang dari luar Putrajaya. Kehadiran ramai orang itu bagi Pas ia telah berjaya menawan Putrajaya ! Tak apalah.
Dr.Mahathir ...malam ceramah di Putrajaya |
Apa yang menarik dalam ucapan Dr. Mahathir malam itu ialah cara beliau sampaikannya dengan bahasa yang mudah, jelas dan berkesan. Inilah tabiat beliau dari dahulu lagi sehingga sekarang. Begitu juga bila beliau menulis di blog, akhbar dan mengarang buku. Penyampaiannya tidak berbunga dan begitu kompleks dalam menghuraikan sesuatu. Orang mudah faham.
Bukan seperti setengah pemimpin yang suka menggunakan bahasa bombastik dan berpusing-pusing dalam memberikan hujah. Ada juga yang bercakap sampai berpuluh minit namun isinya entah apa. Tetapi cara Dr. Mahathir lebih bersifat "direct to the point" dan bukan bersembunyi "behind the bush".
Orang yang kena sindiran tajam dari Dr. Mahathir malam itu adalah Nik Aziz dan calon Pas, Husam. Bagi negarawan itu usianya kini sudah 86 tahun, tetapi alhamdullilah, beliau masih mampu bergerak ke sana ke sini termasuk memberikan ceramah.
Bukan seperti seorang pemimpin itu yang kini berusia 82 tahun sering sakit dan jatuh, malah tidak mampu berdiri lama, namun masih bernafsu untuk bertanding dan memegang kuasa. "Nyanyuk barangkali', sindirnya.
Kepada Husam yang diibaratkannya masih budak jika dibandingkan dengan beliau dinasihatkan agar membetulkan dahulu keadaan di Kelantan sebelum hendak menawan Putrajaya. Kerana Putrajaya telah berjaya dibina dan dibangunkan kerajaan BN dengan jayanya. Tetapi Pas datang dengan mudah dan senang untuk mengambil alih apa yang telah dilakukan BN. Yang paling anehnya, Pas pernah berhasrat untuk lelong Putrajaya ketika ia masih dalam pembinaannya.
Nasihat beliau lagi pada "budak" Husam agar belajar sedikit demi sedikit mencari ilmu dan pengalaman dahulu sebelum berhasrat mentadbir Putrajaya. Maksudnya di situ Husam masih mentah dan tidak berpengalaman.
Memang pun jika dikaji latarbelakang Husam sebelum dia dijulang begitu tinggi oleh Pas dan penyokongnya pada hari ini dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dan track rekod yang mengkagumkan. Dia tidak pernah bekerja atau bertugas dalam sektor kerajaan dan swasta. Tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan korporat. Tidak pernah menjadi usahawan atau pendidik dan sebagainya.
Selepas tamat belajar di Universiti Malaya, dia mengambil kursus bahasa Arab di Jordan. Selepas itu kerja pertamanya ialah menjadi wartawan cabuk akhbar Harakah. Setelah menjadi wartawan Harakah untuk seketika dengan secara kebetulan Pas mula memerintah Kelantan pada 1990, dia dilantik menjadi Setiausaha Akhbar, Nik Aziz. Kemudian dia dinaikkan pangkat dengan menjadi Setiausaha Politik, Menteri Besar.
Dan seterusnya...seterusnya dia naik dengan begitu mendadak baik dalam parti dan kerajaan negeri. Dalam parti dari Ketua Pemuda Pas Negeri sehinggalah menjadi ADUN, wakil Parlimen dan lain-lain lagi. Jawatan paling kemuncak ialah sebagai Exco merangkap Pegawai Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan.
Satu soalan "common sense" untuk difikirkan; apakah dengan latar belakang, pengalaman dan pendidikannya Husam layak memegang jawatan sebagai Pegawai Perancang Ekonomi dan Kewangan ? Apakah pengalaman dan track rekodnya ? Pernahkah dia menjadi usahawan berjaya ? Atau sekurang-kurangnya membina sekolah sendiri seperti yang berjaya dilakukan Datuk Hassan Harun, Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan ?
Jawabannya: Husam tidak pernah buat apa-apa. Apa yang disebar luaskan sekarang semua projeknya hanya tinggal batu asas dan batu nesan. Batu asas apa pula yang hendak diletakkannya di Putrajaya ?
Justeru itulah Dr. Mahathir dalam ceramahnya dua malam lalu memberi nasihat pada Husam agar belajar berniaga dan membuka gerai jual pisang goreng dahulu sebagai mencari pengalaman sebelum berkhayal untuk menawan Putrajaya. Tajam sungguh sindiran Tun pada budak Husam itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan