Ahad, 7 April 2013

Ibrahim Ali bukan sebarang "katak"

PELIK tetapi benar. Itulah perkataan yang mampu diucapkan Datuk Ibrahim Ali tentang perilaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam soal liwat dan skandal peribadinya. Memang pelik, tetapi benar, kata Ibrahim Ali dalam satu wawancara.

Bagi pihak pembangkang orang seperti Ibrahim Ali tidak mempunyai kredibiliti dan moral politik. Dalam Parlimen dia digelar sebagai katak. Ini kerana sikapnya yang sering bertukar parti. Dari asal ahli Pas kemudian Berjasa, Umno, Semangat 46, kemudian Umno lagi dan kini tanpa parti.
Ibrahim bersama Dr. Mahathir

Kemuncak kemarahan parti pembangkang terhadapnya ialah tindakannya menyokong Umno dan Barisan Nasional di Parlimen setelah dia tanpa parti bertanding sebagai calon Bebas di Pasir Mas dengan menggunakan tiket Pas. Pas memberi laluan padanya menghadapi calon BN pada PRU 12, 2008.

Selepas dia berpaling tadah dengan memberi sokongan pada kerajaan selepas PRU 12 , dia diberi gelaran sebagai katak.

Ibrahim Ali dipecat dari Umno semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dia dipecat kerana tidak dapat menerima keputusan Majlis Tertinggi Umno yang tidak melantiknya menjadi Ketua Bahagian Pasir Mas selepas diadakan persempadan semula.

Dia ada memohon untuk menyertai Umno semula tetapi ditolak. Justeru dia menubuhkan Perkasa sebagai wadah baginya memperjuangkan kepentingan bangsa melayu dan agama Islam. Sehingga kini Perkasa telah berkembang dengan begitu pesat.

Dalam situasi tertentu Perkasa kelihatan lebih berani dan menonjol dari Umno dalam mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa dan agama. Ada ketika Umno terpaksa menjarakkan diri dari Perkasa kerana pendiriannya yang terlalu perkauman di mata kaum bukan melayu.

Kelicikan politik Ibrahim Ali ialah keupayaannya menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penasihat Perkasa. Bukan mudah untuk menarik minat Tun apalagi dia bukan lagi ahli Umno. Mungkin Dr. Mahathir tertarik dengan sikap dan pendiriannya yang konsisten dalam isu berkaitan bangsa melayu.

Ibrahim sendiri bukannya asal orang kuat Dr. Mahathir. Dia adalah bekas pengikut Tengku Razaleigh Hamzah yang setia yang mencabar kepimpinan Tun dahulu menyebabkan Umno berpecah dua dan seterusnya tertubuh Parti Semangat 46.

Dr. Mahathir sendiri tidak pernah tertarik dengan Ibrahim Ali sejak dia berkuasa dahulu dengan memberi apa-apa jawatan padanya. Hanya akhir-akhir ini setelah Tun bersara dan Ibrahim melalui Perkasa telah menunjukkan keberanian dan kekentalannya menyokong kerajaan dalam memperjuangkan isu-isu tertentu.

Mungkin dari situ Dr. Mahathir mempunyai keyakinan Ibrahim adalah calon paling layak untuk bertanding di Pasir Mas. Ia hanya cadangan dari Tun. Dan Tun sanggup untuk turun ke Pasir Mas berkempen sekiranya Ibrahim diberi laluan oleh Datuk Seri Najib Razak menjadi calon. Seterusnya ini tentu membuka laluan Ibrahim kembali ke pangkuan Umno semula.

Walau apa pun pandangan sinis terhadap politikus katak ini, namun satu hakikat yang perlu diterima umum ialah Datuk Ibrahim Ali tidak pernah terlibat dalam skandal seks, gay atau sebagainya. Dia juga tidak pernah terpalit dengan isu mengusik isteri orang. Dia bukan bekas banduan atau terlibat kes rasuah. Dia bersih serta kelihatan bersih.

Cuma orang menggelarnya katak. Tetapi dia sah bukan sebarang katak !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan