LEBIH kurang jam lapan malam saya bersama dua orang anak menaiki keretapi bertolak dari stesen Pasir Mas ke Tampin.
Perjalanan ke Melaka ini adalah untuk menghantar dan mengurus anak perempuan saya yang sulung bagi melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di sini. Dia mengambil jurusan Akaun. Isteri saya tidak ikut sama kerana terpaksa menguruskan perniagaan kedai bukunya. Jadi kami berangkat tiga beranak.
Banyak teman mencadangkan agar saya memandu kereta ke Melaka. Oleh kerana kereta saya jenis Iswara yang sudah pun berusia lebih 10 tahun, saya tidak berasa selamat, lebih-lebih lagi memandu dalam jarak jauh.
Lagipun kalau saya nak bawa kereta juga terpaksalah menghantar kereta tersebut ke bengkel untuk diservis. Dan bila hantar servis mestilah sediakan tiga atau empat ratus. Pada saya dari belanja tiga atau empat ratus untuk kereta baik saya buat duit poket belanja dalam perjalanan.
Saya pernah datang ke Melaka lebih kurang 38 tahun dahulu semasa usia saya 10 tahun. Saya masih ingat arwah bapa membawa bersamanya ketika dia datang ke Melaka menjalankan urusan perniagaannya. Sejak itu saya tidak pernah ke Melaka lagi.
Hinggalah hari ini bila saya telah pun mempunyai anak dan menjadi seorang bapa ditakdirkan saya menjejaki semula di Melaka. Begitulah masa pantas berlalu tidak sedar yang kita ini sudah dimamah usia.
Saya tidak pasti berapa hari saya perlu berada di sini. Sekiaranya urusan pendaftaran dan pengajian anak saya selesai cepat, maka cepatlah saya pulang.
Semasa menaip catatan ini saya sedang berada dalam keretapi. Agak kurang selesa membuat catatan dalam perjalanan ini kerana orang masing-masing asyik memandang ke arah saya. Tak selesalah.
Setakat inilah dulu, nanti kalau sampai di Melaka sekiranya ada bahan-bahan menarik boleh saya catatkan nanti.
Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan