DALAM akhbar Utusan Malaysia, 29 April lalu melaporkan, kumpulan pejuang Palestin , Fatah dan Hamas telah pun berdamai setelah sekian lama bermusuhan sesama sendiri. Rundingan itu diadakan di Mesir.
Berita ini tentulah disambut penuh gembira oleh seluruh dunia Arab dan umat Islam seluruhnya. Sebelum ini mereka telah bermusuhan sehingga membunuh sesama sendiri. Ini sungguh mengecewakan umat Islam kerana perjuangan membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi telah menemui jalan buntu.
Fatah lebih pro barat. Sedangkan Hamas tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Dengan perkembangan ini sudah tentu ianya tidak disenangi rejim Israel yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu. Netanyahu begitu dendam dengan Hamas, lebih-lebih lagi, Ismail Haniyeh.
Pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas, sebelum ini begitu rapat dengan Israel termasuk mengadakan beberapa perjanjian dengan rejim tersebut. Seperti yang diketahui, semua perjanjian yang dicapai sering dicabuli oleh pihak Israel. Kelihatan kumpulan Fatah sering dipermainkan dalam setiap rundingan yang telah dipersetujui.
Dengan langkah Fatah bersatu kembali dengan Hamas , sudah tentu ianya memberi pukulan yang hebat pada Israel. Mahmoud Abbas tentu sudah bosan dan jemu dengan sikap Israel yang di sokong kuat oleh Amerika, membuli rakyat Palestin sekian lama.
Sebenarnya, Fatah dan Hamas telah berdamai beberapa tahun dahulu di Arab Saudi. Tetapi perdamaian itu tidak kekal lama , sehingga mereka melakukan serangan sesama sendiri.
Apakah kali ini mereka akan bersatu untuk jangka masa yang lama? Atau mereka akan berperang sesama sendiri sekali lagi?
Apa yang jelas, Benjamin Netanyahu, telah memberi amaran pada Abbas agar tidak meneruskan niatnya berdamai dengan Hamas. Kerana baginya, Hamas adalah sebuah pertubuhan pengganas. Justeru itu kemerdekaan sebuah negara Palestin tidak akan berjaya dicapai.
Bagi Abbas pula, Netanyahu telah mempersiakan segala rundingan dan tolak ansur yang telah dicapai dengannya. Bertahun-tahun segala proses rundingan menjadi sia-sia gara-gara sikap Israel yang sering mungkir janji dan mencabulinya.
Kini dengan langkah Abbas berganding semula dengan Ismail Haniyeh, harap-harap perjuangan rakyat Palestin akan kembali kuat dan padu. Gandingan ini sepatutnya telah lama berlaku. Tetapi sayang perjuangan rakyat Palestin telah menghabiskan masa begitu lama dengan sia-sia kerana bercakaran sesama sendiri.
Ibarat dalam perjalanan, Israel telah melangkah seratus langkah. Palestin pula baru melangkah setapak. Jauh sekali jaraknya untuk dikejar. Tetapi bak kata pepatah, dalam setiap perjalanan sebelum sampai ke tempat yang dituju, dimulakan dengan langkah pertama.
Semoga Abbas dan Haniyeh tidak akan berpatah balik.. .

Abbas dan Ismail Haniyeh |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan