Selasa, 18 Ogos 2015

Bekas Peguam Negara Perlu Beri Penjelasan

HINGGA hari ini tidak siapa pasti punca sebenar bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diberhentikan secara mendadak.

Ketika diberhentikan dari jawatannnya dia sedang mengetuai satu Task Force menyiasat isu skandal 1MDB.

Berita bertiup kencang tersebar mengatakan bekas Peguam Negara itu telah menyiapkan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.

Tan Sri Abdul Gani Patail

Pihak polis mengesahkan kertas penyiasatan dan deraf pertuduhan itu telah bocor dan telah sampai ke tangan pihak luar. Tetapi polis pula mengesahkan maklumat yang bocor tersebut adalah palsu dan bukan yang tulen dari pihak berkuasa.

Persoalannya; kalau ia adalah palsu kenapa ayat 'bocor' digunakan ? Sekiranya ia palsu perkataan bocor itu tidak tepat dan relevan. Jika ayat bocor itu masih dipertahankan bererti ia adalah maklumat yang sahih.

Dan berita baru yang paling menarik adalah pengesahan dari Pengarah Strategik dan Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa Perdana Menteri telah campurtangan dalam siasatan tersebut dan soal pemecatan Gani Patail.

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Mereka yang berada di luar kerajaan seharusnya berterima kasih dan memberi sekalung bunga ke leher Rahman Dahlan di atas maklumat dan pendedahan itu sempena sifatnya sebagai Pengarah Strategik BN !

Namun isu ini akan lebih lengkap sekiranya bekas Peguam Negara membuka suara dan tidak terus membisu dengan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Apa pun kita memahami kedudukan bekas Peguam Negara yang masih dalam jawatan perkhidmatan awam dan akan pencen pada Oktober ini. Dia perlu memikirkan soal imbuhan, pencen dan masa depannya setelah tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

Sekali lagi terbukti benar apa yang dikatakan Perdana Menteri - CASH IS KING !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan