Ahad, 2 Ogos 2015

Najib mohon kesetiaan ahli Umno



PRESIDEN UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa ahli-ahli Umno mencontohi sikap para penyokong parti pembangkang yang tetap setia memberi sokongan pada pemimpin mereka walaupun dituduh berbagai tuduhan dan didapati bersalah oleh mahkamah.

Menurut Najib, ini membuktikan parti pembangkang lebih mengutamakan kemenangan parti lebih dari individu.

Ini tentunya merujuk pada pemimpin anugerah Tuhan yang kini meringkuk di Sungai Buloh yang sebelum itu didedahkan dengan skandal video 'China Doll' . Walaupun video tersebut didapati tulin namun para penyokong parti pembangkang terus memberi sokongan tidak berbelah bagi pada pemimpin mereka.

Dalam ertikata lain, Najib mahu ahli-ahli Umno mencontohi sikap sedemikian dalam memberi sokongan kepadanya sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri dalam menghadapi isu skandal 1 MDB yang kini boleh mengancam jawatan yang disandangnya.

Dan apakah ini juga bermakna Najib mengakui segala laporan tentang 1 MDB itu ada juga kebenarannya ? Seperti laporan tentang pemindahan sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya ? Dan laporan-laporan lain yang berkaitan dengannya ?

Ha ha ha..

Hi hi hi..

Ho ho ho...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan