Ahad, 16 Ogos 2015

Perdana Menteri Kata " Cash Is King "

TIMBALAN Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanya pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sampai bila siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan selesai dan dimuktamadkan. Sampai bila kena tunggu, tunggu dan tunggu ? Tanya Muhyiddin semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Pontian.

Muhyiddin berkata, rakyat sudah hilang sabar dan mahu isu skandal 1MDB yang berhutang sebanyak RM42 billion dipercepatkan siasatannya dan diselesaikan secepat mungkin. Kerana ini membabitkan defisit keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin serius.

PM Najib dan Mat Maslan 3.85


Tambah Timbalan Presiden Umno itu lagi tempoh bagi menyelesaikan isu 1MDB mestilah ada limit nya dan dalam tempoh tertentu bukannya diheret dan ditangguh-tangguhkan. Kerajaan perlu cepat menyelesaikannya bagi memulihkan keyakinan rakyat yang semakin hilang kepercayaan.

Seperti kata Muhyiddin, jika pilihan raya diadakan hari ini atau esok, Umno akan kalah !

Tetapi masalahnya sekarang, Perdana Menteri Najib dan Mat Maslan lQ 3.85 berpendapat Umno tidak akan kalah dalam pilihan raya kerana pilihan raya tidak akan diadakan hari ini atau esok. Malah Perdana Menteri menegaskan bahawa pilihan raya lambat lagi dan Umno masih mempunyai banyak masa lagi untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

Hahaha...wahai Timbalan Presiden ikut sahajalah cakap Perdana Menteri dan Mat Maslan 3.85 yang pilihan raya itu lambat lagi dan tidak perlu panik dan gundah gulana.

'Cash Is King' boleh menyelesaikan segala-galanya. Tanggung beres ! Kabarnya, Perdana Menteri telah menaikkan peruntukan untuk setiap kawasan parlimen BN lebih dari RM5 juta bermula tahun hadapan.

Dan banyak lagi peruntukkan dan durian runtuh menunggu rakyat, agensi kerajaan, badan-badan NGO dan lain-lain.

'Cash Is King' !!

Hooray ! Hooray !

I love Piem ! I love Piem !

Ayam 4 U ! Ayam 4 U !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan