Ahad, 16 Ogos 2015

Pejuang Agama Sembunyi Di Mana ?

 Ini adalah sebuah sajak dari seorang pembaca Anon: kopi dari blog OutSyed TheBox.




Manakah para pejuang agamaku,
Manakah para ustaz dan ustazahku
Manakah para agamawan ulama islamku
Menagapakah kalian kaku dan bisu?

Wanita tak tutup aurat,
Kaulah nombor UNO beri nasihat
Muslim ditangkap khalwat
Kau berceramah tanpa had

Dulu heboh kes liwat
Hukum hudud kena sebat
Apabila duit rakyat dirembat
Mengapa mulut kamu tutup rapat?

Sebelah mana kamu orang beragama?
Adakah Cash is King yang menutup mata?
Yang nyata haram takut bersuara
Tidak kah takut kemurkaan Allah Yang Esa?

Yang nyata salah dihalal tanpa kira
Yang nyata pencuri dijadikan heronya
Yang nyata perosak negara diangkat darjatnya
Yang nyata pejuang agama sembunyi di mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan