Anwar tahu kebanyakan orang melayu, terutama ahli PAS adalah terdiri dari mereka yang berfikiran lembab. Mereka mudah sahaja menerima apa sahaja yang disogokkan pemimpin Pakatan Rakyat kerana ianya semua benar.
Dr.Haron dan Anwar |
Dengan hanya sekeping surat kononnya dari ulama itu, Anwar mengira ia boleh membersihkan imejnya yang tidak bersih itu. Namun segala bukti dan pendedahan melalui video dan sebagainya yang melibatkan dirinya sebelum ini telah dinafikan mentah-mentah dan dianggap sebagai fitnah.
Anwar sehingga kini enggan bersumpah laknat di masjid bahawa beliau tidak bersalah. Apakah susah sangat untuk bersumpah sekiranya ia tidak benar bagaikan yang dituduh ? Apa kelebihan sepucuk surat dengan klip video bergambar yang telah disahkan oleh pakar sebagai tulen ?
Tak apalah. Semua bukti dari sebelah sini semuanya tertolak dan tidak boleh dipakai kerana ia besi. Ini termasuklah dalam kes Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang sampai hari ini tidak mahu komen serta tidak berani repot pada polis.
Inilah dua kes yang serupa tetapi jelas dan mudah. Tidak ada apa yang kabur dan tidak jelas. Hanya sindrom penafian dari para pentaksub dan bukan dari tertuduh secara menyakinkan.
Anwar boleh berbohong pada Nik Aziz. Anwar juga boleh memperalatkan Yusuf Qaradawi. Tetapi Anwar jangan lupa para pimpinan ulama Syura PAS yang diketuai Datuk Dr. Haron Din tidak boleh menerimanya sebagai calon Perdana Menteri.
Kes Anwar dan Dr. Haron Din bukan lagi satu rahsia. Dalam satu pertemuan antara keduanya, Dr. Haron telah menyampaikan pendiriannya dan Syura PAS yang tidak bersetuju dengan sikap Anwar dalam isu kalimah Allah. Ia juga melibatkan isu-isu lain termasuk isu peribadi Anwar.
Yang mengejutkan dalam kes ini para pendokong PAS lebih rela menyebelahi Anwar dan menganggap Haron Din sebagai penghalang impian Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Dengan itu selepas PRU 13 nanti banyak lagi yang akan berlaku dan terbongkar antara dua tokoh ini; Anwar Ibrahim dan Haron Din.