Selasa, 26 Mac 2013

Putrajaya bandar strategik

HAMPIR satu dekad kota Putrajaya dibina dan didirikan menjadi sebuah bandar antara yang moden dan menarik di dunia. Putrajaya telah berjaya menjadi ibukota pentadbiran yang menjadi contoh dan ikutan negara-negara lain di dunia.

Ia adalah hasil ilham dan perancangan 100 tahun ke hadapan oleh Perdana Menteri ke 4 Tun Dr. Mahathir Mohamad. Peringkat awal pembinaannya sehingga siap telah mendapat kritkan dan cemuhan dari parti pembangkang terutama parti Islam, Pas.
Putrajaya

Antara kritikan itu ialah ianya adalah satu projek pembaziran wang rakyat dan kerajaan pimpinan Dr. Mahathir telah melakukan satu pemborosan dari segi kewangan negara. Bekas Presiden Pas, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah berjanji akan melelong Putrajaya sekiranya pembangkang diberi mandat oleh rakyat.

Tetapi kini setelah satu dekad dungu-dungu pemimpin Pas baru sedar dan lihat betapa Putrajaya adalah satu bandar strategik dan canggih. Maka berpakatlah para dungu ini dengan mengadakan 'road to Putrajaya'.

Makanya, pemimpin muda Pas yang separuh matang dan ambisius, Datuk Husam Musa kini sudah berangan-angan untuk bertanding di Putrajaya dalam PRU 13 ini. Kata Husam, Putrajaya adalah satu bandar strategik. Dia baru sedar hari ini. Sedangkan Dr. Mahathir telah berfikir dan merealisasikannya satu dekad yang lalu.
Dr. Mahathir



Inilah satu bukti tahap dan jurang kualiti pemikiran seorang yang tidak masak dengan orang yang matang serta genius. Pemimpin tidak boleh dinilai dari segi retorik dan bentuk rupa. Yang penting pengisian dan daya fikir jauh ke depan.

Dalam konteks ini, Dr. Mahathir telah buktikan beliau seorang bertaraf negarawan. Bukannya pemimpin yang berkhayal, nyanyuk atau tidur. Beliau tidak sempurna dan mempunyai kelemahannya. Itu biasa sebagai seorang manusia. Namun serba kelemahannya tidak dapat menimbus segala jasa dan kecemerlangannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Justeru seruan Datuk Seri Najib Razak pada seluruh ahli Umno agar mempertahankan Putrajaya dalam PRU 13 ini  dengan apa cara sekali pun hatta dengan nyawa. Putrajaya tidak boleh ditawan oleh para dungu yang belum teruji kemampuan dan kebolehan mereka.

Putrajaya perlu kekal sebagai simbol kemegahan dan kebanggaan bangsa, agama dan negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan