Isnin, 4 Mac 2013

Manchester United vs Real Madrid

MANCHESTER United akan menerima kunjungan Real Madrid di Old Trafford, Selasa ini dalam pertemuan pusingan kedua Piala Juara-Juara atau Champions League setelah mereka seri 1-1 di Madrid beberapa minggu lalu.

Ronaldo
Pertemuan kedua kelab tersohor dunia ini tentu mendapat perhatian seluruh peminat bolasepak kerana ia pasti satu perlawanan yang menarik. Apatah lagi ini adalah kunjungan pertama Cristiano Ronaldo ke Old Trafford selepas ia meninggalkan United berhijrah ke Madrid.

Pengurus Man.U, Alex Ferguson, memberi jaminan Ronaldo akan diberi sambutan meriah dari para penyokong bekas kelabnya itu Selasa ini.

Mourinho
Perlawanan pusingan kedua ini menjanjikan sesuatu yang menarik kerana Real Madrid kini berada ditahap kemuncak setelah menewaskan dua kali musuh tradisi mereka, Barcelona 3-1 dalam King's Cup dan terbaru 2-1 di La Liga.

Keputusan tersebut tentunya memberi amaran awal pada Ferguson tentang kemungkinan yang perlu dihadapinya Selasa ini. Man. U juga kini agak selesa dalam EPL dengan berada ditangga teratas dengan perbezaan 15 mata dari pencabarnya terdekat Manchester City.

Ferguson
Perlawanan kedua pasukan ini juga mempertemukan dua Pengurus yang dianggap antara terbaik di dunia dengan Jose Mourinho mahu mencatat sejarah sebagai Pengurus pertama di dunia memenangi Piala Juara-Juara sebanyak tiga kali dengan tiga kelab yang berlainan.

Sebelum ini Mourinho telah berjaya membawa Porto dan Inter Millan menjuarai kejuaraan kemegahan Eropah itu di kedua kelab tersebut. Dia berazam mahu melakar sejarah kali ini di Real Madrid pula. Apakah beliau mampu mencatat sejarah ?

Alex Ferguson yang digelar Mourinho sebagai "Boss" tentunya tidak akan memberi laluan mudah untuknya memenangi perlawanan ini. Ferguson juga mahu buktikan Man. U lebih layak dari Real Madrid.

Yang pastinya pertemuan kali ini bukan sahaja diantara dua pasukan hebat dan tersohor, malah pertembungan dua pakar taktikal yang mempunyai keistimewaan tersendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan