Selasa, 26 Mac 2013

Al Fatihah - Dr Uthman El Muhammady

Dr. Uthman El Muhammady telah pulang ke rahmatullah semalam dalam usia 70 tahun. Beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di ISTAC, Kuala Lumpur. Allahyarham meninggal ketika sedang tidur.

Negara akan hilang bukan sahaja seorang tokoh agama, malah seorang pemikir dan intelektual yang sentiasa merendah diri. Banyak hasil penulisannya dan buku-buku ilmiah serta Tafsir Quran.

Saya pernah mengikuti tazkirah agamanya. Bersembahyang dibelakangnya dibeberapa surau dan masjid.

Pemergiannya adalah satu kehilangan besar.

Al Fatihah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan