Selasa, 31 Ogos 2021

Menteri Cap Ayam Dah Mula Dah!!

Tidak sampai pun 24 jam selepas angkat sumpah sebagai menteri kabinet,  dia dah mula tunjuk kebodohannya. Siapa menteri tersebut saya pun malas hendak sebut namanya.  Memang menyampah!! 

Dia ada komen tentang pasukan Liga Super Perak yang kini hampir jatuh ke Liga Perdana tahun depan. Kata menteri cap ayam itu sekiranya ada lagi 16 pasukan dalam Liga Super,  Perak tidak akan jatuh ke Liga Perdana. 

Ekoran kenyataan bodohnya itu telah mendapat reaksi kurang senang banyak pihak. Sementelah dia baru dilantik sebagai menteri Sukan. 

Selepas mendapat reaksi bantahan daripada orang ramai menteri cap ayam itu telah memohon maaf. 

Belum apa lagi sudah pun terpaksa minta di atas kebodohannya. Itu lah standard menteri di Malaysia. Buat salah minta maaf.  Sekiranya langgar SOP sekali pun yang jumlah dendanya hanya ibarat celah gigi bagi para menteri - selesai begitu sahaja. Sedangkan rakyat bergelut mencari rezeki sepuluh dua puluh ringgit.

Kita pun tidak faham macam mana orang seperti ini layak dilantik menjadi menteri. Yang pelik lagi takjub ialah dia ini sebelum ini dilantik menjadi Penasihat bertaraf menteri pada bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin .

Namun jawatan itu dia pegang hanya selama dua minggu kerana selepas itu Muhyiddin terpaksa letak jawatan. Barangkali itulah kehebatannya sebagai Penasihat PM!!  Kerana tidak sampai dua minggu jadi Penasihat PM,  kerajaan bekas PM Muhyiddin pun tumbang. 

Entah apa kriterianya dia dilantik jawatan tersebut.  Mungkin kerana dia adalah Timbalan Presiden sebuah parti. Itu pun jawatan yang dilantik dan bukannya diperolehi melalui peti undi oleh para ahli parti. 

Inilah masalahnya di negara kita banyak berlaku pemilihan pemimpin atau menteri dibuat tidak secara merit. Tetapi lebih bersandarkan pada sekutu rapat, kroni dan seumpamannya. Pada hal ramai lagi calon yang layak dan lebih kompeten. 

Apa yang berlaku ini adalah satu contoh betapa seorang menteri itu kurang cerdik dan tidak kompeten namun tetap menjadi pilihan PM. 

Kita jangka perkara ini tidak berlaku dalam Kabinet Ismail Sabri. Namun ia berulang juga seperti kabinet Muhyiddin sebelum ini. 

Entahlah. Malaysia semua boleh !


Ahad, 29 Ogos 2021

Ismail Sabri Perdana Menteri Bukan Presiden Parti

 Ini pertama kali dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri bukan Ketua atau Presiden sebuah parti. 

Ismail Sabri Yaakob adalah Naib Presiden Umno paling kanan diantara tiga Naib Presiden. 

Dalam hieraki parti jawatan Naib Presiden berada kedudukan ketiga selepas Presiden dan Timbalan Presiden. 

Sebelum ini semua Perdana Menteri adalah merangkap Presiden Umno. 

Semasa Pakatan Harapan berkuasa,  Dr Mahathir sebagai PM adalah Pengerusi parti Bersatu.  Presiden Bersatu ialah Muhyiddin Yassin. Ketika itu Pengerusi Bersatu lebih berkuasa daripada Presiden. Pengerusi adalah nombor satu.  Presiden nombor dua. 

Namun kini jawatan Pengerusi Bersatu telah dimansuhkan. Presiden yang berkuasa. 

Kembali pada Ismail Sabri sebagai PM 9 dan orang nombor satu dalam kerajaan. Bila Ismail menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, dia bukan lagi boss atau orang nombor satu dalam parti. 

Yang jadi boss Ismail Sabri dalam mesyuarat MKT adalah Presiden parti Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden,  Mohamad Hasan. 

Ertinya,  Ismail yang berada barisan ketiga hieraki parti kena akur dua orang lagi yang berada lebih tinggi kedudukannya. 

Jadi dalam mesyuarat MKT Umno, Zahid dan Mat Hasan adalah boss Ismail Sabri. 

Ismail Sabri hanya boss dalam kerajaan pusat. Namun sistem politik di Malaysia sejak merdeka adalah parti menguasai kerajaan. Bukan kerajaan menguasai parti. 

Kerajaan boleh tumbang kerana parti.  Kerajaan terbentuk hasil sokongan parti. 

Nampaknya,  inilah dilema dan konflik yang akan dan sedang dihadapi Ismail Sabri. 

Sebagai PM yang disokong parti mesti ikut kemahuan parti. Ismail tidak boleh ikut suka hati dia dalam menjalankan tugasnya sebagai PM. Dia bukan ketua parti. Dia barisan nombor tiga. 

Ini lah dilema dan masalahnya. 

Yang paling jelas Ismail tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi. Ini jelas terbukti semasa Muhyiddin sebagai PM. Ada percanggahan pendirian waktu itu mengenai isu sokongan terhadap Muhyiddin. 

Suasana akan lebih keruh dengan majoriti menteri Umno yang dilantik dalam kabinet terdiri daripada mereka yang tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi.  Tambahan pula mereka semua bukan ahli MKT Umno. Seperti, Hisham, Khairy, Annuar Musa dan beberapa orang lagi. Namun mereka adalah menteri penuh dan memegang portfolio penting. 

Sekiranya Ismail Sabri dan orang-orangnya lebih menumpu soal politiking dan survival politik masing-masing dan tidak fokus pada agenda utama iaitu isu kesihatan dan pemulihan ekonomi negara, maka yang akan menjadi mangsa adalah rakyat. 

Tetapi saya melihat banyak masalah dan halangan di hadapan Ismail Sabri. Itu pun sekiranya dia licik dan bijak dalam percaturan politiknya. 

Pokok masalahnya dia Perdana Menteri. Tetapi dia bukan Presiden dan Ketua Parti. Dia ada dua orang lagi lebih tinggi daripada kedudukannya.  

Kecuali Ismail Sabri ambil keputusan nekad langgar sahaja dua orang bossnya itu. Khalas..!! 



Rabu, 25 Ogos 2021

Kabinet Ismail Sabri Sebagai Petunjuk

 Ada sebahagian rakyat tidak menaruh keyakinan besar terhadap kemampuan PM 9 Ismail Sabri Yaakob memimpin negara. Yang memberi kepercayaan besar terhadap Ismail Sabri adalah 114 ahli wakil rakyat di Parlimen. 

Saya sendiri secara peribadi hanya 50 - 50 percaya akan kemampuan dan kecekapan Ismail sebagai PM9.

Kerana sebelum ini sejarah dan latarbelakangnya sebagai ahli politik tidak begitu menyerlah. Yang paling menonjol adalah kegagalannya sebagai menteri dalam isu Mara Digital yang lingkup. 

Namun begitu biarlah kita bersangka baik mudah-mudahan Ismail Sabri dapat membuktikan yang dia seorang pemimpin yang kompeten setelah menduduki kerusi Perdana Menteri. 

Bukti awal akan menjadi petunjuk apakah beliau seorang yang serius ingin memulihkan imej negara yang tercalar teruk ialah dengan melihat susunan barisan kabinetnya. 

Apakah para menteri kabinet pilihannya terdiri daripada mereka yang tidak tahu membuat kerja dan tidak cekap??  Dan hanya jenis wujud sebagai penumpang dan membazir duit pembayar cukai dengan menerima gaji elaun secara buta? 

Atau apakah barisan kabinetnya dibarisi mereka yang cekap, pintar dan bersih dalam menunaikan tanggungjawabnya? 

Kalau Ismail bijak dia perlu masukkan beberapa orang profesional dan teknokrat dalam kabinetnya. Tidak semestinya semua ahli politik.  Sebab ramai orang politik kaki auta dan tidak pandai buat kerja.  Cakap sahaja lebih dan hanya mengejar populariti.

Semuanya terletak ditangan Ismail Sabri.  Apakah dia akan ulangi kesilapan Mahiaddin yang melantik barisan kabinet yang terlalu besar malah tidak berfungsi langsung sehingga menimbulkan rasa muak rakyat. 

Kesimpulannya mudah sahaja.  Barisan kabinet PM 9 Ismail Sabri nanti dapat memberi petunjuk dan petanda pada rakyat ke arah mana dia ingin membawa negara seterusnya. 

Apakah kita akan ada perubahan dan peningkatan atau kita akan semakin tergelunsur ke bawah dan terus masuk longkang !!

Semuanya terserah pada Pak Mail. 





Ahad, 22 Ogos 2021

PM 9 Ismail Sabri Perlu Berhati-Hati

 Kini perhatian terhadap PM ke 9 Ismail Sabri Yaakob - susunan barisan kabinetnya. Apakah sama dengan barisan kabinet Mahiaddin yang begitu besar dan dibarisi para menteri " dead wood" ? Kayu mati!! 

Belum apa lagi netizen telah mencadangkan agar Khairy Jamaludin dikekalkan kerana prestasinya yang mendapat pujian ramai. Dia buat kerja !! Tidak seperti yang lain lebih banyak " tidoq".

Khairy perlu meneruskan kerja-kerjanya sebagai Menteri Penyelaras program vaksinasi negara yang kini menuju sasaran lebih 80 peratus imuniti kelompok.

Satu lagi pesanan pada PM 9 jangan ulangi kesilapan Mahiaddin yang melantik dan mengekalkan mereka yang tidak efektif. Terutamanya suka sangat melantik Penasihat bertaraf menteri bla, bla, bla....yang akhirnya membazir wang rakyat. 

Kabinet tidak perlu besar.  Jumlah kecil tetapi efektif dan kompeten. 

Kalau lah saya berkuasa, saya akan pastikan bekas-bekas menteri seperti menteri Agama,  Komunikasi, Kesihatan dan Menteri Wanita dan Keluarga tidak diberi tempat dalam barisan kabinet baru.  Sudah menjadi rahsia umum bagaimana prestasi mereka sebelum ini.  Yilek..!!  

Apa pun bekas Menteri Kesihatan seorang yang agak bertungkus lumus bekerja namun beliau tidak mencapai KPI yang dimahukan. Rakyat memerlukan seorang menteri yang lebih cekap. 

Ismail Sabri perlu berhati-hati dalam tindakannya.  Rakyat memerhati. Sekiranya salah langkah bukan mustahil negara akan mencatat sejarah bertukar Perdana Menteri kali ketiga dalam masa tiga tahun!!  Nauzubillah!! 


Jumaat, 6 Ogos 2021

Mahiaddin Yassin Tidak Kompeten

 Saya tidak faham apa perlunya Perdana Menteri, Mahiaddin Yassin melantik Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas PM bertaraf Menteri.  

Faizal bekas MB Perak yang juga Timbalan Presiden Bersatu. Apa keistimewaannya yang menjadi faktor perlantikkan tersebut?? 

Sekiranya dia seorang saintis ke, profesor ekonomi ke, Doktor Falsampah ke, boleh lah juga dipertimbangkan. 

Tetapi Faizal hanyalah seorang wakil rakyat dan ahli politik biasa-biasa. Tidak ada apa yang " meluarbiasakan".

Nampaknya,  PM tidak ada kerja lain hendak dibuat selain buat perlantikkan di situ di sana. Dah berapa orang Penasihat PM sekarang?  Yang jelas bertambah lah lagi bajet kerajaan membayar gaji dan elaun yang boleh mencecah puluhan ribu sebulan.

Walau pun PM suka buat kerja melantik orang itu,  orang ini dalam berbagai jawatan namun prestasi beliau sebagai PM tidak secekap mana. Jelas Mahiaddin adalah seorang yang tidak kompeten. 

Bukan dia sahaja tidak kompeten, malah seluruh menteri kabinetnya terdiri dari mereka yang tidak kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai menteri. Terkecuali seorang menteri yang boleh dianggap sebagai cekap dan bijak iaitu Khairy Jamaluddin. 

Khairy bukan sahaja kompeten dengan tugasnya tetapi memahami dan mampu menjawab persoalan daripada sesiapa sahaja berkaitan dengan tanggungjawabnya. Ini baru standard menteri kabinet. 

Bukan macam PM. Selepas buat ucapan di Parlimen terus balik ke rumah dan tidak hadir di Parlimen selama tiga hari berturut-turut. 

Yang kena hentam dan diasak oleh pihak pembangkang hanyalah menteri-menteri kabinet bertaraf badut.  PM yang berani dan cerdik duduk bersembunyi di rumah. Cantik!! 

Inilah pemimpin yang banyak dikelilingi penasihat!! 

Lagi pun apa keperluan melantik Faizal menjadi Penasihat Khas PM bertaraf menteri pula sedangkan Faizal adalah Timbalannya dalam parti Bersatu. 

Kalau PM ada urusan penting dan perlu nasihat dia boleh sahaja telepon atau whatsapp Faizal bila-bila masa.  Faizal kan Timbalan Presiden Bersatu??  Dia hendak berbisik pun boleh.  Apa halangan dan masalah besarnya?? 

Faizal bukan Zahid Komedi atau Najib Bossku yang menjadi seterunya.  

Adoi...memang Mahiaddin tidak ada apa hendak buat lagi dah. Asyik buat perlantikkan sahaja. 

Kes Covid pun dah lebih satu juta. Bukan mustahil kes akan mencecah dua juta menjelang September. Kes mati pun terus meningkat sehingga tiga angka sehari. 

Negara tidak perlu Penasihat Khas. Negara dan rakyat memerlukan seorang PM yang kompeten, pro aktif dan bukan pasif dalam mengurus hala tuju negara agar dapat keluar dari pandemik covid 19 secepat mungkin. 


 

Ahad, 1 Ogos 2021

Tan Sri, Its Time To Go

 Hallo,  Mahiaddin. 

Bila nak buat live di tv baca perutusan? Boleh citer pasal Mak Cik Kiah dan Pak Salleh. 

Tidah usah terus berdiam diri. Seperti orang bersembunyi dalam gua. 

Tampil lah ke hadapan umum bersemuka, berhujah seperti sifatnya seorang pemimpin. 

Sekiranya dalam hati kecil berasa tidak mampu memimpin, bagi sahaja laluan pada orang lain. 

Jawatan tidak penting. Yang penting dan mesti diutamakan adalah nasib rakyat dan hala tuju negara. 

Sudah cukup lebih 18 bulan peluang diberikan. Cukuplah. Dari tebuk atap, pintu belakang sehingga segala macam PKP sampai ke Darurat. 

Tan Sri,  its time to go. 

Rakyat dah fedap.

Enough is enough.