Ahad, 29 Ogos 2021

Ismail Sabri Perdana Menteri Bukan Presiden Parti

 Ini pertama kali dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri bukan Ketua atau Presiden sebuah parti. 

Ismail Sabri Yaakob adalah Naib Presiden Umno paling kanan diantara tiga Naib Presiden. 

Dalam hieraki parti jawatan Naib Presiden berada kedudukan ketiga selepas Presiden dan Timbalan Presiden. 

Sebelum ini semua Perdana Menteri adalah merangkap Presiden Umno. 

Semasa Pakatan Harapan berkuasa,  Dr Mahathir sebagai PM adalah Pengerusi parti Bersatu.  Presiden Bersatu ialah Muhyiddin Yassin. Ketika itu Pengerusi Bersatu lebih berkuasa daripada Presiden. Pengerusi adalah nombor satu.  Presiden nombor dua. 

Namun kini jawatan Pengerusi Bersatu telah dimansuhkan. Presiden yang berkuasa. 

Kembali pada Ismail Sabri sebagai PM 9 dan orang nombor satu dalam kerajaan. Bila Ismail menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, dia bukan lagi boss atau orang nombor satu dalam parti. 

Yang jadi boss Ismail Sabri dalam mesyuarat MKT adalah Presiden parti Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden,  Mohamad Hasan. 

Ertinya,  Ismail yang berada barisan ketiga hieraki parti kena akur dua orang lagi yang berada lebih tinggi kedudukannya. 

Jadi dalam mesyuarat MKT Umno, Zahid dan Mat Hasan adalah boss Ismail Sabri. 

Ismail Sabri hanya boss dalam kerajaan pusat. Namun sistem politik di Malaysia sejak merdeka adalah parti menguasai kerajaan. Bukan kerajaan menguasai parti. 

Kerajaan boleh tumbang kerana parti.  Kerajaan terbentuk hasil sokongan parti. 

Nampaknya,  inilah dilema dan konflik yang akan dan sedang dihadapi Ismail Sabri. 

Sebagai PM yang disokong parti mesti ikut kemahuan parti. Ismail tidak boleh ikut suka hati dia dalam menjalankan tugasnya sebagai PM. Dia bukan ketua parti. Dia barisan nombor tiga. 

Ini lah dilema dan masalahnya. 

Yang paling jelas Ismail tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi. Ini jelas terbukti semasa Muhyiddin sebagai PM. Ada percanggahan pendirian waktu itu mengenai isu sokongan terhadap Muhyiddin. 

Suasana akan lebih keruh dengan majoriti menteri Umno yang dilantik dalam kabinet terdiri daripada mereka yang tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi.  Tambahan pula mereka semua bukan ahli MKT Umno. Seperti, Hisham, Khairy, Annuar Musa dan beberapa orang lagi. Namun mereka adalah menteri penuh dan memegang portfolio penting. 

Sekiranya Ismail Sabri dan orang-orangnya lebih menumpu soal politiking dan survival politik masing-masing dan tidak fokus pada agenda utama iaitu isu kesihatan dan pemulihan ekonomi negara, maka yang akan menjadi mangsa adalah rakyat. 

Tetapi saya melihat banyak masalah dan halangan di hadapan Ismail Sabri. Itu pun sekiranya dia licik dan bijak dalam percaturan politiknya. 

Pokok masalahnya dia Perdana Menteri. Tetapi dia bukan Presiden dan Ketua Parti. Dia ada dua orang lagi lebih tinggi daripada kedudukannya.  

Kecuali Ismail Sabri ambil keputusan nekad langgar sahaja dua orang bossnya itu. Khalas..!! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan