Saya tidak faham apa perlunya Perdana Menteri, Mahiaddin Yassin melantik Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas PM bertaraf Menteri.
Faizal bekas MB Perak yang juga Timbalan Presiden Bersatu. Apa keistimewaannya yang menjadi faktor perlantikkan tersebut??
Sekiranya dia seorang saintis ke, profesor ekonomi ke, Doktor Falsampah ke, boleh lah juga dipertimbangkan.
Tetapi Faizal hanyalah seorang wakil rakyat dan ahli politik biasa-biasa. Tidak ada apa yang " meluarbiasakan".
Nampaknya, PM tidak ada kerja lain hendak dibuat selain buat perlantikkan di situ di sana. Dah berapa orang Penasihat PM sekarang? Yang jelas bertambah lah lagi bajet kerajaan membayar gaji dan elaun yang boleh mencecah puluhan ribu sebulan.
Walau pun PM suka buat kerja melantik orang itu, orang ini dalam berbagai jawatan namun prestasi beliau sebagai PM tidak secekap mana. Jelas Mahiaddin adalah seorang yang tidak kompeten.
Bukan dia sahaja tidak kompeten, malah seluruh menteri kabinetnya terdiri dari mereka yang tidak kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai menteri. Terkecuali seorang menteri yang boleh dianggap sebagai cekap dan bijak iaitu Khairy Jamaluddin.
Khairy bukan sahaja kompeten dengan tugasnya tetapi memahami dan mampu menjawab persoalan daripada sesiapa sahaja berkaitan dengan tanggungjawabnya. Ini baru standard menteri kabinet.
Bukan macam PM. Selepas buat ucapan di Parlimen terus balik ke rumah dan tidak hadir di Parlimen selama tiga hari berturut-turut.
Yang kena hentam dan diasak oleh pihak pembangkang hanyalah menteri-menteri kabinet bertaraf badut. PM yang berani dan cerdik duduk bersembunyi di rumah. Cantik!!
Inilah pemimpin yang banyak dikelilingi penasihat!!
Lagi pun apa keperluan melantik Faizal menjadi Penasihat Khas PM bertaraf menteri pula sedangkan Faizal adalah Timbalannya dalam parti Bersatu.
Kalau PM ada urusan penting dan perlu nasihat dia boleh sahaja telepon atau whatsapp Faizal bila-bila masa. Faizal kan Timbalan Presiden Bersatu?? Dia hendak berbisik pun boleh. Apa halangan dan masalah besarnya??
Faizal bukan Zahid Komedi atau Najib Bossku yang menjadi seterunya.
Adoi...memang Mahiaddin tidak ada apa hendak buat lagi dah. Asyik buat perlantikkan sahaja.
Kes Covid pun dah lebih satu juta. Bukan mustahil kes akan mencecah dua juta menjelang September. Kes mati pun terus meningkat sehingga tiga angka sehari.
Negara tidak perlu Penasihat Khas. Negara dan rakyat memerlukan seorang PM yang kompeten, pro aktif dan bukan pasif dalam mengurus hala tuju negara agar dapat keluar dari pandemik covid 19 secepat mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan