Rabu, 25 Ogos 2021

Kabinet Ismail Sabri Sebagai Petunjuk

 Ada sebahagian rakyat tidak menaruh keyakinan besar terhadap kemampuan PM 9 Ismail Sabri Yaakob memimpin negara. Yang memberi kepercayaan besar terhadap Ismail Sabri adalah 114 ahli wakil rakyat di Parlimen. 

Saya sendiri secara peribadi hanya 50 - 50 percaya akan kemampuan dan kecekapan Ismail sebagai PM9.

Kerana sebelum ini sejarah dan latarbelakangnya sebagai ahli politik tidak begitu menyerlah. Yang paling menonjol adalah kegagalannya sebagai menteri dalam isu Mara Digital yang lingkup. 

Namun begitu biarlah kita bersangka baik mudah-mudahan Ismail Sabri dapat membuktikan yang dia seorang pemimpin yang kompeten setelah menduduki kerusi Perdana Menteri. 

Bukti awal akan menjadi petunjuk apakah beliau seorang yang serius ingin memulihkan imej negara yang tercalar teruk ialah dengan melihat susunan barisan kabinetnya. 

Apakah para menteri kabinet pilihannya terdiri daripada mereka yang tidak tahu membuat kerja dan tidak cekap??  Dan hanya jenis wujud sebagai penumpang dan membazir duit pembayar cukai dengan menerima gaji elaun secara buta? 

Atau apakah barisan kabinetnya dibarisi mereka yang cekap, pintar dan bersih dalam menunaikan tanggungjawabnya? 

Kalau Ismail bijak dia perlu masukkan beberapa orang profesional dan teknokrat dalam kabinetnya. Tidak semestinya semua ahli politik.  Sebab ramai orang politik kaki auta dan tidak pandai buat kerja.  Cakap sahaja lebih dan hanya mengejar populariti.

Semuanya terletak ditangan Ismail Sabri.  Apakah dia akan ulangi kesilapan Mahiaddin yang melantik barisan kabinet yang terlalu besar malah tidak berfungsi langsung sehingga menimbulkan rasa muak rakyat. 

Kesimpulannya mudah sahaja.  Barisan kabinet PM 9 Ismail Sabri nanti dapat memberi petunjuk dan petanda pada rakyat ke arah mana dia ingin membawa negara seterusnya. 

Apakah kita akan ada perubahan dan peningkatan atau kita akan semakin tergelunsur ke bawah dan terus masuk longkang !!

Semuanya terserah pada Pak Mail. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan