Selasa, 31 Ogos 2021

Menteri Cap Ayam Dah Mula Dah!!

Tidak sampai pun 24 jam selepas angkat sumpah sebagai menteri kabinet,  dia dah mula tunjuk kebodohannya. Siapa menteri tersebut saya pun malas hendak sebut namanya.  Memang menyampah!! 

Dia ada komen tentang pasukan Liga Super Perak yang kini hampir jatuh ke Liga Perdana tahun depan. Kata menteri cap ayam itu sekiranya ada lagi 16 pasukan dalam Liga Super,  Perak tidak akan jatuh ke Liga Perdana. 

Ekoran kenyataan bodohnya itu telah mendapat reaksi kurang senang banyak pihak. Sementelah dia baru dilantik sebagai menteri Sukan. 

Selepas mendapat reaksi bantahan daripada orang ramai menteri cap ayam itu telah memohon maaf. 

Belum apa lagi sudah pun terpaksa minta di atas kebodohannya. Itu lah standard menteri di Malaysia. Buat salah minta maaf.  Sekiranya langgar SOP sekali pun yang jumlah dendanya hanya ibarat celah gigi bagi para menteri - selesai begitu sahaja. Sedangkan rakyat bergelut mencari rezeki sepuluh dua puluh ringgit.

Kita pun tidak faham macam mana orang seperti ini layak dilantik menjadi menteri. Yang pelik lagi takjub ialah dia ini sebelum ini dilantik menjadi Penasihat bertaraf menteri pada bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin .

Namun jawatan itu dia pegang hanya selama dua minggu kerana selepas itu Muhyiddin terpaksa letak jawatan. Barangkali itulah kehebatannya sebagai Penasihat PM!!  Kerana tidak sampai dua minggu jadi Penasihat PM,  kerajaan bekas PM Muhyiddin pun tumbang. 

Entah apa kriterianya dia dilantik jawatan tersebut.  Mungkin kerana dia adalah Timbalan Presiden sebuah parti. Itu pun jawatan yang dilantik dan bukannya diperolehi melalui peti undi oleh para ahli parti. 

Inilah masalahnya di negara kita banyak berlaku pemilihan pemimpin atau menteri dibuat tidak secara merit. Tetapi lebih bersandarkan pada sekutu rapat, kroni dan seumpamannya. Pada hal ramai lagi calon yang layak dan lebih kompeten. 

Apa yang berlaku ini adalah satu contoh betapa seorang menteri itu kurang cerdik dan tidak kompeten namun tetap menjadi pilihan PM. 

Kita jangka perkara ini tidak berlaku dalam Kabinet Ismail Sabri. Namun ia berulang juga seperti kabinet Muhyiddin sebelum ini. 

Entahlah. Malaysia semua boleh !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan