Jumaat, 8 Januari 2016

Dr S Subramaniam Buat Apa ? Tidur Ker ?

PERDANA MENTERI (PM) Najib Razak hari ini mengeluarkan arahan melalui akaun Facebook nya kepada pihak berkenaan agar bertindak segera mengatasi masalah di Hospital Tengku Ampuan Hafzan, Kuantan.

Masalah itu adalah berkenaan dengan kerosakkan alat penghawa dingin di Unit ICU yang menyebabkan ketidakselesaan pada para staff kakitangan hospital dan para pesakit. Suasana di kawasan itu agak panas dan semua pintu dan jendela terpaksa di buka. Mereka terpaksa menggunakan kipas.

PM bertindak mengeluarkan arahan itu setelah ianya menjadi berita utama di muka depan akhbar The Star. Dalam catatan Fbnya itu beliau mengarahkan Menteri berkenaan dan pegawai kementerian mengambil tindakan segera memulihkan keadaan.

Petikan akhbar The Star

Ini adalah salah satu contoh dari banyak insiden seperti ini yang telah berlaku sebelum ini. Nampaknya, isu-isu sebegini mendapat reaksi langsung daripada PM. Dari satu segi ia mengambarkan seolah PM begitu prihatin dan mengambil berat apa yang berlaku di seluruh negara.

Tetapi apakah isu seperti ini perlu mendapat arahan daripada seorang PM ? Apakah menteri dan pegawai-pegawai lain tidak ambil perhatian dan membuat kerja ?

Sekiranya kita imbas kembali zaman Dr Mahathir menjadi PM; isu kecil seperti ini dapat diselesaikan di peringkat Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai di bawahnya. Tidak perlu kes seperti ini sampai dan menunggu campurtangan daripada seorang PM bagi melakukan tindakan.

Apakah PM sekarang sudah tidak ada apa nak buat lagi dalam membantu dan menyelesaikan masalah dan bebanan rakyat ?

Datuk S Subramaniam

Isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup. penurunan nilai ringgit, masalah para pelajar IPTA yang terpaksa mengikat perut akibat tekanan ekonomi dan sebagainya. Semua ini banyak memberi kesan pada kehidupan rakyat. Ia perlu ditangani segera.

Adalah tidak munasabah isu yang berlaku di hospital Kuantan itu perlu mendapat reaksi terus dari PM. Tugas dan beban seorang PM melebihi dan lebih besar dari itu yang mempunyai kaitan terus dengan kehidupan rakyat seluruhnya.

Isu rasuah, kebocoran, ketelusan, isu nilai ringgit 4.40 sekarang yang bersamaan 1USD dan lain-lain isu yang menjadi tumpuan seluruh lapisan masyarakat. Rakyat menunggu apakah langkah berkesan kerajaan untuk mengatasinya.

Biar isu di hospital Kuantan itu diselesaikan sahaja oleh Dr S Subramaniam.

Dan PM berilah tumpuan masalah yang lebih serius dengan kadar segera !!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan