Jumaat, 27 Februari 2015

Penyokong Anwar Ibrahim mogok lapar ?

PARA penyokong Anwar Ibrahim akan mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur esok sebagai tanda sokongan pada pemimpin itu yang kini meringkuk dalam penjara Sungai Buloh.

Polis telah memberi amaran keras pada orang awam agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram itu. Mereka yang ingkar akan diambil tindakan undang-undang.

Kenapalah para penyokong Anwar suka tunjuk keras kepala dan menyusahkan orang ramai dengan menimbulkan masalah pada mereka yang berniaga. Para pemandu teksi yang terpaksa mengalami kesesakan jalan raya dan menjejaskan pendapatan mereka dan sebagainya.

Adalah lebih baik mereka mencari kaedah lain sebagai alternatif yang tidak menyusahkan kerja dan aktiviti orang awam.

Kalau mereka sayangkan sangat dengan Anwar mengapa perlu menyusahkan orang lain ?

Salah satu cara simbolik sebagai tanda dan bukti pengorbanan dan kasih sayang pada Anwar adalah dengan mengambil tindakan mogok lapar. Ini adalah satu kaedah yang tidak terlibat dengan orang ramai dan menyusahkan banyak pihak.

Semua penyokongnya boleh mogok lapar dengan berbaring dan tidur di depan Ibu Pejabat PKR atau pun mereka berkhemah di hadapan penjara Sungai Buloh. Mereka boleh mogok lapar sampai bila-bila pun asalkan mereka masih mampu dan tetap Lawan !

Saya percaya kaedah ini tidak akan menyusahkan sesiapa hatta pihak polis. Sebab tidak ada sesiapa kena bagi mereka makan dan sebagainya. Mereka boleh mogok lapar sesuka hati mereka selama sebulan atau dua bulan atau sampai habis nyawa sekali pun. Kerana ini semua urusan mereka sendiri. Orang ramai tidak perlu campur.

Kepada para penyokong Anwar, saya sarankan kalau sayangkan sangat dengan Anwar tidak payahlah menyusahkan orang lain. Mogok lapar adalah satu tindakan simbolik tahap tinggi sebagai tanda kesetiaan dan pengorbanan.

Jadi besok tak payahlah berhimpun ya ? Berpuasa dan bermogok lapar aje lah ya ??

Khamis, 26 Februari 2015

Husam Musa loyar buruk lagi

PEMIMPIN loyar buruk PAS, Husam Musa menyifatkan Umno berada dalam keadaan lemah dan ditahap paling rendah bila tidak sanggup bertanding dalam PRK DUN Chempaka. Malah katanya, Umno tidak ada keberanian berhadapan dengan musuh tradisinya.

Dengan tiadanya PRK itu orang yang paling kecewa sudah tentu Husam sendiri dan Timbalan Presiden parti, Mat Sabu serta beberapa pemimpin parti itu yang tidak berpeluang memaki hamun calon dan parti Umno.
Dato, jange marah..ini gambar hiasan aje...

Dalam konteks ini langkah Umno tidak bertanding adalah tepat dan bijak dalam suasana politik sekarang. Yang kecewanya hanya Husam. Sedangkan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob dan Timbalannya, Mohd Amar Nik Abdullah menyambutnya dengan sikap positif.

Justeru pendirian Husam itu tidak mewakili pucuk pimpinan parti. Ia hanya menyerlahkan lagi sikap dendam kesumat dan kebenciannya terhadap Umno. Husam sering retorik bahawa ia berjuang atas dasar Isle. Apakah benar ia betul-betul Isle atau tidak masing-masing boleh menilai dan membuat keputusan sendiri.

Saya kata dia loyar buruk kerana selama dia menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan berbelas tahun bermacam-macam janji dia buat pada rakyat Kelantan. Antaranya, dia berjanji nak buat lebuhraya, membina stadium baru dan berbagai lagi. Namun semua janji-janji tersebut jadi kelabu asap. Semuanya hanya tahi !

Memang betul Umno berada ditahap paling rendah di bawah pimpinan Najib Razak. Umno sekarang bukan lagi Umno di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas 2003, Dr Mahathir berundur segala-galanya mulai merosot dan menurun.

Begitu juga dengan parti Isle PAS yang kini semakin hari semakin berterabur ! Pakatan Rakyat yang menjadi kebanggaan Husam kerana adanya kerjasama PAS, PKR dan DAP untuk menguasai Putrajaya telah bertukar menjadi Pakatuuun ! Dan tahaluf siyasi PAS dan DAP telah bertukar menjadi tahaluf bahalol.

PAS, DAP dan PKR terus bertelagah sesama sendiri secara terbuka dalam isu-isu penting yang menjadi agenda parti masing-masing. Paling melucukan, PAS dan DAP saling mencabar antara satu sama lain agar keluar dari Pakatan.

Dalam suasana sekarang hanya mereka yang tidak siuman sahaja yang percaya PAS dan DAP akan kembali bertaut dan bersama. Mereka hanya menunggu masa sahaja untuk hanyut membawa haluan masing-masing.

Ini belum lagi diambil kira pergolakan dalaman PAS yang bersabit dengan PasMa dan pertelagahan antara puak ulama dan puak Anwarinas dalam usaha menguasai parti.

Jadi berbalik pada kenyataan Husam bahawa Umno berada ditahap paling rendah tadi dia perlu sedar yang PAS juga sedang berada ditahap paling bawah. Lebih teruk dari Umno.

Namun seperti akidah Husam bahawa PAS adalah tetap parti Isle sedangkan Umno parti kebangsaan.

Khamis, 19 Februari 2015

Tan Sri Shafee paling layak berdebat kes Anwar

CABARAN peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang sanggup berdebat dengan sesiapa sahaja berkenaan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim telah disahut oleh peguam dan juga Ahli Jawatankuasa Kuasa Pas Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa meminta agar debat itu disiarkan secara langsung di RTM dan TV3.

Berita terbaru Naib Presiden PKR merangkap Setiausaha Agung parti, Rafizi Ramli turut sama menyahut cabaran Shafee dengan mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berdebat dengannya.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Kesanggupan Shafee untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dalam kes Anwar itu sebagai menjawab segala tohmahan dan kritikan parti pembangkang, Majlis Peguam serta para penyokong Anwar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan.

Pada pandangan saya, orang yang paling layak dan berhak berdebat dipihak kerajaan adalah peguam Tan Sri Shafee. Dia lah yang berkemampuan dan paling utama dia mengetahui secara mendalam kes tersebut. Sebab itu dia berani mencabar sesiapa sahaja. Ertinya dia penuh bersedia.

Tidak kira lah siapa lawan debatnya itu nanti, apakah Hanipa atau Rafizi, tidak begitu penting.
Hanipa Maidin

Cuma Umno tidak boleh salah langkah dalam isu debat ini dengan memberi laluan pada Khairy supaya menyahut cabaran Rafizi. Ini bagi mengelak dari Umno terperangkap !

Isu Anwar bukan isu politik. Ia adalah isu undang-undang. Jika Khairy berdebat dengan Rafizi, adalah pasti pemimpin PKR itu akan memanipulasi dan mempolitikkan isu tersebut untuk kepentingan politik pembangkang. Dan orang awam akan semakin keliru.

Bukan niat untuk merendahkan kemampuan Khairy, tetapi Khairy sendiri mungkin tidak fakih dalam isu liwat ini berbanding peguam Shafee. Dia tidak menguasai sepenuhnya secara detail segala fakta dan bukti yang telah dibentangkan dalam mahkamah.
Rafizi Ramli

Berbeza dengan Shafee yang berjaya berhujah menangkis segala hujah para peguam Anwar yang terdiri dari 13 orang yang bukan calang-calang. Dia hanya seorang berjaya berdepan dengan 13 peguambela !

Selain Shafee berkeyakinan tinggi dan sanggup bersumpah dengan Quran dan di Mekah bahawa Anwar bersalah sebelum dia memikul tugas pendakwa dalam kes ini membuktikan dia sahaja lah orang paling tepat berdepan dengan pihak lawan.

Para pemimpin Umno, termasuk Presiden atau Ketua Pemuda; tidak payah campurtangan. Serahkan sahaja isu debat ini pada Tan Sri Shafee. Tidak ada ahli politik yang boleh memanipulasi kes ini sekiranya berdepan dengan peguam yang mempunyai bukti dan fakta yang melampaui keraguan munasabah.




Isnin, 16 Februari 2015

Pas bertanding di Permatang Pauh ?

PANDANGAN agar Umno tidak bertanding dalam PRK Dun Chempaka adalah baik untuk rakyat negeri Kelantan dan parti Umno/BN khususnya. Tidak ada impak besar pada mana-mana pihak hasil dari PRK itu. Kedudukan Pas dan Umno dalam DUN tidak akan terjejas atau sebaliknya jika ditakdir ada pertandingan.

Walau pun sepanjang hayatnya Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat telah berpatah arang dan telah membakar jambatan antaranya dengan Umno, namun para penyokong Umno seharusnya memberi penghormatan padanya dengan menyerahkan kerusi Chempaka pada Pas sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 tiba. Pada PRU 14 nanti Umno boleh meletakkan calonnya semula.

Tetapi bagi kerusi parlimen Permatang Pauh, Umno perlu sedikit analisis dan strategi sebelum membuat sebarang keputusan. Kerusi Permatang Pauh dimenangi Anwar Ibrahim sejak 1982 ketika dia mula-mula baru menyertai Umno. 

Sebelum itu pada 1978 kerusi tersebut adalah milik parti Pas melalui calonnya Zabidi Ali. Pada PRU 1982, Umno berjaya merampas kerusi itu dari Pas melalui Anwar. Sehingga sekarang kerusi itu bukan lagi milik Umno atau Pas tetapi telah dikuasai PKR.

Umno perlu ingat Pas kini terbahagi dua kumpulan yang bertelagah. Satu dipihak ulama konservatif dan satu pihak lagi ialah kumpulan Edorgan.

Di pihak ulama dikatakan dahulu lebih cenderung mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Namun idea ini ditentang keras puak Edorgan. Siapa Edorgan ini ? Tidak lain dari nama-nama seperti Mat Sabu, Husam Musa, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Hanipa Maidin dll.

Dan ulama yang menjadi broker ke hulu ke hilir bagi menjayakan idea ini tidak lain bekas Timbalan Presiden parti, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Nasharuddin masih ahli Pas dan sehingga kini antara pemimpin yang boleh keluar masuk ke Putrajaya berjumpa dengan Perdana Menteri tanpa sekatan.

Nasha sendiri baru-baru ini menegaskan isu kerajaan perpaduan masih relevan dan berjalan.
Kelihatan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, Najib dan sebelah kanan sekali Nasharuddin semasa lawatan ke Gaza

Umno perlu memainkan peranan melalui Nasha agar mencadangkan pada barisan ulama Pas agar mengambil kembali kerusi parlimen Permatang Pauh yang dipegangnya pada 1978. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan calon Pas dalam PRK Permatang Pauh.

Umno tidak perlu campurtangan. Biarkan Pas dan PKR berurusan dalam PRK tersebut !!




Ahad, 15 Februari 2015

Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah, sila ambil perhatian !

TAN Sri Muhammad Shafee Abdullah dikecam oleh para pemimpin DAP dan ahli Majlis Peguam kerana terus memberi pandangannya mengenai kes liwat Anwar Ibrahim yang telah pun selesai. Shafee memberi hujah-hujahnya mengapa dia yakin Anwar tetap bersalah dalam interbiunya dengan akhbar New Straits Times dan Mingguan Malaysia.

Antara yang menarik kenyataan Shafee dalam interbiu tersebut bahawa dia berani bersumpah di Mekah dan dengan Quran bahawa Anwar tidak dianiaya sesiapa. Kes ini bukan kes politik tetapi lebih berdasarkan bukti-bukti saintifik dan melampaui keraguan munasabah.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Sehingga Shafee menyatakan sekiranya dia berkesempatan berkata-kata dengan Anwar, dia akan memberitahunya agar menghentikan tabiat buruknya itu dan bertaubat !

Segala kenyataan Shafee itu tidak disenangi para pemimpin DAP dan beberapa peguam dari Ahli Majlis Peguam kerana dianggap sebagai tidak adil pada Anwar yang tidak boleh membalas segala kenyataan tersebut. Mereka juga berpendapat tugas Shafee telah selesai pada hari keputusan di mahkamah persekutuan dan tidak wajar lagi bertindak melebihi batasannya sebagai peguam yang dilantik Peguam Negara mengendalikan kes tersebut bermula di mahkamah rayuan.

Dengan kata lain, bagi para pemimpin DAP dan Majlis Peguam, Shafee tidak boleh dan tidak wajar memberi sebarang pandangannya selepas kes itu selesai dan muktamad. Ertinya, dia tidak boleh bercakap dan membuka mulut. Tetapi yang peliknya dalam masa yang sama para pemimpin DAP dan sekutunya termasuk orang ramai bebas memberi berbagai reaksi dengan menuduh para hakim telah menjadi alat kerajaan, para hakim tidak mengadili secara saksama dalam kes tersebut dan berbagai tuduhan liar yang tidak berasas.

Sehingga hari ini pun demo dan himpunan secara kecil-kecilan kerana tidak mendapat sambutan orang ramai terus menghina sistem kehakiman negara dengan pelbagai tuduhan.

Apa perbezaannya dengan pandangan Shafee itu berbanding dengan tindakan DAP dan para penyokong Anwar ? Apakah ini dikatakan demokrasi dan kebebasan ? Di pihak sebelah kerajaan tidak boleh bercakap dan membuka mulut sedangkan pihak pembangkang boleh bercakap sesuka hati walaupun ia ternyata mengarut dan tahyul !

Pada pihak sebelah sana sekurang-kurangnya sambutlah cabaran Shafee yang sanggup berdebat dengan sesiapa sahaja dalam kes Anwar ini; baik dikalangan DAP atau ahli Majlis Peguam. Dan yang paling mudah sekali sambut lah cabaran Shafee yang berani bersumpah di Mekah dan menerima pembalasan di dunia sekiranya dia menganiaya Anwar !

Kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar, sila ambil perhatian !!


Rabu, 11 Februari 2015

Anwar Ibrahim hasilkan Memoir dalam penjara

ANWAR IBRAHIM kini akan menghabiskan masanya selama lima tahun di penjara Sungai Buloh. Satu tempoh masa yang lama dan panjang.

Anwar tentulah mempunyai perancangan bagi mengisi masanya agar ia tidak berlalu dengan sis-sia. Salah satu cadangan yang bagus sekiranya beliau berusaha menghasilkan sebuah memoir hasil tangannya sendiri.
Anwar Ibrahim

Kerana sebelum ini pun buku-bukunya yang telah diterbitkan adalah hasil penulisan orang lain seperti kumpulan ucapan-ucapannya semasa berada di dalam kerajaan.

Anwar boleh usahakan sebuah memoir bagi menjelaskan secara terperinci apa yang sering diungkapkannya sebagai konspirasi politik mahu menjatuhkan dan menyekatnya menjadi Perdana Menteri.

Selama ini ia hanya diterangkan melalui ceramah-ceramah politik yang dikira tidak lengkap dan menyeluruh. Masih ramai para penyokongnya belum mengetahui ceritanya yang sebenar. Inilah peluang terbaik Anwar untuk menjelaskannya satu persatu.

Dan juga ia tentunya menjadi kesempatan terbaik bagi menjawab segala tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bukunya," A Doctor In The House" yang menceritakan secara terus terang sisi gelap Anwar dalam kes tuduhan liwatnya.
Sayed Qutub

Selama 16 tahun Anwar diselubungi dengan tuduhan liwat. Ada liwat Satu dan ada liwat Dua. Anwar dan para penyokongnya konsisten melihat isu ini dari sudut politik. Tetapi apa yang dikemukakan di mahkamah sebagai bukti dan keterangan termasuk dari ahli kimia berkenaan dengan sample DNA dan sebagainya sukar ditolak begitu sahaja.

Tambahan para hakim menegaskan tidak ada bukti  dan keterangan bagi menyokong apa yang disebut sebagai satu konspirasi politik. Di sinilah kewajiban Anwar menjelaskannya dengan bukti kukuh bagi menghapuskan kekeliruan orang ramai.

Selagi ia tidak dibuktikan selagi itulah ungkapan konspirasi akan hanya menjadi retorik politik kosong bagi menagih simpati dan sokongan ramai.
Hamka

Ayuh, Anwar buktikanlah ! Ceritalah dan buktikanlah melalui hasil tangan anda sendiri.

Pemimpin Ikhwan Muslimin, Sayed Qutub berjaya menghasilkan Tafsir Fi Zila Lil Quran dalam penjara semasa Mesir di bawah Gamal Abdel Nasser. Begitu juga di Indonesia, Tafsir Al Azhar berjaya disempurnakan oleh HAMKA setelah dipenjarakan oleh Sukarno.

Namun Anwar bukan Sayed Qutub dan bukan juga HAMKA. Tetapi sekurang-kurangnya sebuah memoir politik bukanlah satu permintaan yang terlalu tinggi buat Anwar.

PKR mahu berkhemah di Sungai Buloh

PRESIDEN PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail menjemput semua rakyat dan ahli PKR berhimpun dan berkhemah di depan penjara Sungai Buloh bermula hari ini sebagai sokongan dan solidariti pada Anwar Ibrahim yang dipenjarakan lima tahun di atas kesalahan liwat.
Dr Wan Azizah Wan Ismail

Ini adalah antara langkah yang diambilnya bagi meneruskan perjuangan Anwar melawan kononnya difitnah dan menghadapi konspirasi politik bagi menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

Tetapi seperti kenyataan para hakim di mahkamah sehingga kini tiada bukti konkrit walau secebis boleh membuktikan ianya wujud. Melainkan tuduhan-tuduhan dan ucapan politik Anwar di dalam dan luar mahkamah.

Bukti DNA, CCTV, keenganannya bersumpah di kandang saksi dan disoal balas peguam dan lain-lain termasuk bersumpah dengan Quran menolak sekaligus teori konspirasi itu.

Namun apa pun negara ini mengamalkan demokrasi. Sesiapa pun bebas untuk berhimpun dan berkhemah dari pagi sampai malam sekiranya mahu.

Tetapi perlu diingat kita ada undang-undang dan peraturan. Pada yang ingin berkhemah dan berhimpun di hadapan penjara Sungai Buloh, dinasihatkan jangan membuang sampah merata-rata. Jangan buat kotor, termasuk kencing merata-rata etc. Kena jaga kebersihan sekitar.

Boleh berhimpun bermula hari ini sehingga tahun 2018 ! Tetapi bersyarat tidak mengganggu ketenteraman awam.

Sekiranya ada yang melanggar undang-undang, pintu penjara tidak jauh hanya di hadapan. Mereka yang melawan undang-undang pasti masuk ke Istana Sungai Buloh.

Pada orang awam tidak perlu lah campur tangan. Jaga lah tepi kain sendiri. Para peniaga tom yam, roti burger, roti canai dan lain-lain tak usah ikut campur. Jaga kerja dan tugas masing-masing.

Orang putih kata, "Mind your own bisnes !!...


Isnin, 9 Februari 2015

Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju

PARA pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat dan pertemuan pertama kali pada 8 Februari di Ibu pejabat Pas setelah hubungan antara tiga parti gabungan PKR, DAP dan Pas menghadapi ujian getir sejak PRU 13 lalu.

Bermula dengan isu pemilihan calon Menteri Besar Selangor, isu hudud dan pilihan raya berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang; hubungan PKR, DAP dengan parti Islam, Pas semakin meruncing dan tidak persefahaman. Masing-masing mempunyai sikap dan pendirian berbeza dalam mengharungi ketiga isu tersebut.
Hadi Awang "hilang" dalam sidang media

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka tidak menyenangi cara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim mengendalikan isu calon MB Selangor menerusi Langkah Kajang. Hadi secara terangan menolak Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Lebih mengecewakan PKR dan DAP adalah sikap terus terang Hadi menganggap Dr Wan Azizah sebagai tidak layak dan tidak mampu memegang jawatan MB Selangor.

DAP pula secara terbuka menolak perlaksanaan hukum hudud yang menjadi 'nyawa' politik Pas. Dalam isu hudud, PKR kelihatan mempunyai pendirian sama dengan DAP.

Hubungan Pas dan DAP semakin panas dengan hasrat DAP mahu melaksanakan PBT di Pulau Pinang yang ditolak mentah-mentah daripada Presiden Pas, Abdul Hadi. Isu ini berlanjutan dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menuduh Lim Guan Eng berbohong dan mencabarnya berdebat.

Dengan segala perkembangan itu gabungan ketiga parti itu dalam Pakatan menimbulkan persoalan terutamanya dari DAP yang membidas Hadi Awang yang tidak menghadiri mesyuarat tertinggi PR selama setahun sejak PRU 13 lalu.

Jadi dengan segala hiruk pikuk dan perang mulut secara terbuka terutamanya DAP dan Pas, Anwar Ibrahim telah berusaha memulihkan keadaan dan persefahaman mereka menerusi satu mesyuarat yang diadakan di Ibu pejabat Pas pada 8 Februari. Ia juga dibuat sempena menunggu keputusan kes rayuan Anwar di mahkamah persekutuan pada 10 Februari ini.

Walau pun pertemuan pada 8 Februari itu berjaya diadakan dengan kehadiran penuh semua pemimpin ketiga parti namun ia kelihatan tidak banyak berhasil dari segi memulihkan hubungan antara mereka lebih-lebih lagi Pas.

Mereka bertemu sekadar ingin menunjuk pada dunia bahawa mereka masih berpakat dan bersatu. Sedangkan pada hakikatnya mereka bertemu bagi mengesahkan pendirian masing-masing bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu-isu pokok seperti hudud dan PBT.

Dan ini disahkan lagi dengan ketidakhadiran Abdul Hadi dalam sidang media selepas mesyuarat selesai. Kenapa Hadi menghilang ? Anwar kata Hadi terpaksa tergesa-gesa ke program lain. Ada pula jurucakap auta kelentong kata Hadi pergi solat Zohor. Dengan itu memberi maksud yang lain seperti Anwar, Mat Sabu, Mustafa Ali yang hadir sidang media tidak bersolat ?










Sabtu, 7 Februari 2015

Alahai... Mufti tegur PM Najib pulak !!

ADA Mufti menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri perayaan agama Hindu, Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Dia tegur Najib kerana memakai baju ala penganut agama itu dan dikalung bunga dilehernya sebagai salah dan mencemar akidahnya sebagai seorang Islam.

Saya tidak mahu campur teguran Mufti tersebut dengan masalah kehadiran Najib di perayaan Batu Caves itu.

Tetapi saya mahu Mufti tersebut bersama para pencacainya melihat dan merenung gambar di bawah ini :

Siapa agaknya ? Apakah gambar di atas tidak lebih parah dari apa yang dipakai Najib ?

Atau adakah gambar di atas tidak menjadi masalah besar kerana dia seorang pemimpin yang digelar pemimpin " Anugerah Tuhan" ?

Najib Razak ketika berada di Batu Caves

Khamis, 5 Februari 2015

Lim Kit Siang malu besar

PEMIMPIN DAP, Lim Kit Siang malu besar bila dia tersilap menyaman seorang blogger Umno, Syed Akbar Ali kerana memfitnah dirinya dalam akaun Twitter baru-baru ini.

Dalam kenyataan Kit Siang dalam blognya, peguamnya telah pun mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Syed Akbar Ali.
Lim Kit Siang

Beliau bertindak menyaman kerana dakwanya, Syed Akbar Ali dalam tweetnya telah memfitnah dirinya sebagai bapa komunis dan pencetus rusuhan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Dan banyak lagi tuduhan-tuduhan yang disifatkannya sebagai pembohongan dan fitnah.

Namun selepas itu blogger Syed Akbar Ali memberi respons dalam blognya OutSyedTheBox dengan menafikan tuduhan tersebut serta mengakui beliau tidak pernah aktif dalam twitter dan tidak pernah menggunakannya.
Syed Akbar Ali

Jawaban Syed Akbar itu diperkuatkan lagi bila bekas seorang senator dari Melaka, Datuk Akhbar Ali membuat kenyataan dalam tweetnya kepada Kit Siang bahawa beliaulah yang sebenarnya membuat kenyataan terhadap Lim.

Dengan pengakuan Datuk dari Melaka itu nampaknya Kit Siang malu besar kerana telah tersalah membuat tuduhan. Apa yang menjadi tanda tanya macam mana pemimpin besar seperti Kit Siang bertindak tidak cermat dan teliti sebelum mengambil sebarang tindakan. Atau ini berpunca dari kelemahan pegawai-pegawai disekelilingnya ?

Dalam kes ini Kit Siang telah rabun mata antara Syed Akbar Ali dan Datuk Akhbar Ali.

Syed Akbar dalam posting blognya dengan sinis bertanya adakah Lim Kit Siang akan memohon maaf kepadanya di atas kesilapan itu ?