Sabtu, 29 Mac 2014

Tun Musa Hitam lepas tangan isu Memali ?

APA motif Tun Musa Hitam menimbulkan kembali isu Memali dan mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu diskusi politik? Peristiwa Memali berlaku pada 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah yang telah mengorbankan 14 nyawa termasuk Ibrahim Libya yang dikatakan mati syahid.

Pihak polis mengepung rumah Ibrahim Libya untuk ditahan di bawah ISA. Tetapi berlaku pertempuran antara pengikut Ibrahim Libya dengan polis yang mengakibatkan berlaku korban nyawa.
Tun Musa Hitam

Namun Majlis Fatwa Kebangsaan telah sepakat memutuskan Ibrahim tidak mati syahid.

Ketika itu Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Memang betul seperti kata Tun Musa ketika peristiwa berlaku Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri masih berada di Kuala Lumpur sedang bersiap untuk membuat lawatan ke China.

Alasan Dr Mahathir, dia perlu teruskan jadualnya dan Tun Musa sebagai Menteri Dalam Negeri seharusnya menangani masalah itu.

Apakah Tun Musa mahu menyalahkan Dr M dalam isu Memali itu ? Seperti yang dilaporkan pihak polis telah bertindak bagi menahan Ibrahim dan mengepung kediamannya. Dan ini tentulah sudah dibincangkan dalam kabinet atau sekurang-kurangnya antara PM dan Menteri Dalam Negeri.

Dalam konteks ini Tun Musa seolah tidak mahu turut bertanggungjawab. Pada hal dia adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab pada pasukan keselamatan. Apakah ia munasabah lepas tangan dan cuba mendiskreditkan Dr M dalam isu ini.

Apakah Tun Musa mahu menggambarkan beliau adalah seorang menteri yang tidak mempunyai kuasa? Sedangkan sejarah boleh membuktikan dia adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang berkuasa penuh dan begitu bangga dengan gelaran "Anak Pak Hitam".

Adalah tidak adil mengaitkan Dr M dalam peristiwa 30 tahun dahulu di atas pentas di mana Dr M tidak ada bagi menjawab persoalan itu.

Dr M sudah pasti mempunyai jawaban dan hujah bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan bekas Timbalannya itu.


Rabu, 26 Mac 2014

Kes Sodomi Satu

Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad





p.s. Ini bukan saya cakap ok ? Ini adalah keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan, ok ?

Spice 250 - The Israeli Secret Weapon





Isnin, 24 Mac 2014

Pemimpin Anugerah Tuhan




 Anonymous said...
“He knows nothing; and he thinks he knows everything. That points clearly to a political career.”
― George Bernard Shaw

Both the political divide has this syndrome. Or else they cannot become politicians.

Ahad, 23 Mac 2014

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bukan budak-budak

TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali semasa berkempen PRK Dun Kajang dengan nada angkuh dan sombong mahu melihat calon BN Chew Mei Fun hilang wang deposit kalah ditangan calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin mahu pengundi Kajang beri signal pada kerajaan BN dan Najib yang Pakatan pembangkang sudah bersedia mengambil alih Putrajaya.

Namun keputusan PRK Dun Kajang hari ini telah memberi tamparan hebat pada Azmin. Walaupun PKR melalui Dr Wan Azizah berjaya mengekalkan kerusi tersebut namun dengan jumlah undi yang merosot berbanding jumlah yang diperolehi pada PRU13 lalu.
Azmin Ali bersama Dr  Wan Azizah Wan Ismail

Dr Wan Azizah memperolehi undi sebanyak 16,741. Mei Fun mendapat undi 11,362. Majoriti 5,379. Sedangkan pada PRU13 lalu calon PKR dapat majoriti lebih 6,000 undi.

Azmin Ali adalah Timbalan Presiden PKR, ahli parlimen dan Adun. Dia bukan budak tampal poster atau ahli pemuda cawangan ! Dia juga bukan budak panjat pokok pasang bendera PKR semasa pilihan raya.

Segala ucapan dan kenyataannya akan dinilai dan diberi perhatian semua orang. Dan semua orang tahu dia ada angan-angan Mat Jenin nak jadi menteri besar Selangor. Projek Kajang Move ini pun pasal dia juga. Kononnya Anwar Ibrahim mahu menyelesaikan masalahnya dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kini jelas Kajang Move adalah sesuatu yang sia-sia, membazir dan tidak perlu. Apa yang PKR dapat melalui PRK Kajang ini ? Anwar boleh jadi Perdana Menteri ? PKR akan menuju ke Putrajaya ? Semua itu adalah angan-angan Mat Jenin dan ibarat orang mimpi di siang hari.

Sebaliknya kerajaan BN berjalan seperti biasa dan tidak terjejas hatta seinci sekali pun. BN dengan semangat demokrasi menerima penuh keputusan para pengundi di Kajang.

Bukan seperti pihak sebelah sana yang hanya boleh menerima keputusan bila ianya berpihak pada mereka. Walaupun Azmin berhasrat mahu lihat calon BN hilang wang deposit tetapi ia tidak berlaku. Barangkali sembahyang hajat Azmin itu telah tidak dimakbulkan.

Cuma harap dengan keputusan PRK Kajang ini yang memberi keputusan merosot pada PKR dan calon BN tidak hilang wang depositnya, Azmin tidak akan mengambil sebarang tindakan budak-budak seperti berdemonstrasi di depan bangunan parlimen atau Istana Negara dengan berguling-guling di atas jalan raya.

Azmin kena ingat dia adalah Timbalan Presiden PKR dan bukan budak panjat pokok ! 

Sabtu, 22 Mac 2014

Anwar lagi....Ini petikan dari blog AIDC

Reformasi 2.0 : Anwar Telah Capai Tahap ‘Wali’…

AIDCNews – 22/3/14 – Pemilik twitter @Rasbima menempelak satu dakwaan yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah mencapai tahap ‘wali’ walaupun telah melakukan aktiviti liwat secara suka sama suka.
“Tahap wali ? Meliwat dengan rela ? Wali mana yang meliwat ?,” soalnya ketika mengulas @hafizzudinz yang merujuk kepada artikel blog negarapakatanrakyat yang mendakwa, “….Lagipun kita bercakap tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim – menurut sesetengah pendapat alim ulamak, satu orang manusia yang sudah mencapai tahap wali!! Beliau sekarang sedang dizalimi, jadi antara membela wali Tuhan ini dengan berselawat, mana lebih penting?
Blog negarapakatanrakyat itu juga turut mendakwa,”…Jadi Pakatan Rakyat menyerulah kepada semua orang Islam, jangan jadi bodoh dan fikir keutamaan yang lebih besar. Kita mahu menegakkan keadilan untuk Anwar, kita juga mahu Anwar tidak dipenjarakan kerana dakwaan palsu – meliwat Saiful Bukhari secara paksa.
“Anwar tidak meliwat Saiful secara paksa, tapi perbuatan itu adalah secara sukarela, seperti yang disahkan sendiri oleh Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.”
Kenyataan blog itu mendapat respon negatif daripada pemilik twitter yang lain.
“Anwar wali? Ha ha ha,” @tunfaisal
“Wali tahi kucing..!!!!, @my1stmarch
“Wali Allah mungkin tidak, wali setan mungkin ya,” @alimshahban
“Wali nikah pon silap haribulan tak lepas kalau perangai tak senonoh macam tu..” @cik_jah
Sementara itu, pemilik twitter @tok4haq pula meenghantar gambar perbandingan di antara Selawat Perdana dengan Reformasi 2.0.

Jumaat, 21 Mac 2014

Subky berharap pada Anwar

SUBKY LATIFF dalam tulisan terbarunya ada mengulas tentang Anwar Ibrahim yang kemungkinan besar masuk ke penjara buat kali ketiga. Kali pertama ialah semasa menjadi tahanan ISA selama dua tahun di Kamunting. Keduanya adalah di penjara Sungai Buloh selama enam tahun di atas kesalahan menyalah gunakan kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dan yang terbaru adalah kali ketiga setelah mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dalam kes liwat II.

Tulis Subky lagi, Anwar tidak pernah rasa takut untuk ke penjara buat kali ketiga kerana dia tidak bersalah dan telah dinobatkan sebagai Perdana Menteri pilihan rakyat. Semasa di Sungai Buloh, menurut Subky, Anwar telah menghafal sebahagian besar isi kandungan Al Quran.
Subky Latiff

Kali ini sekiranya Anwar masuk penjara lagi dia bakal menjadi seorang hafiz!

Ulama terkenal Indonesia, Allahyarham Hamka dikatakan telah menyiapkan Tafsir Al Azhar ketika di dalam penjara semasa pemerintahan Sukarno. Begitu juga di Mesir, Asy Syahid Syed Qutub mengarang Tafsir Fi Zilalil Quran di dalam penjara semasa Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdul Nasser.

Apakah Anwar sekiranya dipenjarakan buat kali ketiga akan menjadi seorang hafiz Quran atau dapat menghasilkan karya agung seperti Hamka dan Syed Qutub ?

Sehingga sekarang Anwar belum menghasilkan apa-apa buku hasil karyanya sendiri melainkan "The Asian Renaissance" pada 1996 ketika dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Buku tersebut adalah hasil koleksi ucapannya.

Seperti harapan Subky sekiranya Anwar berehat di penjara lagi dia bakal menjadi seorang hafiz ! Tetapi bagi orang seperti saya - cuma mengharapkan Anwar sekurang-kurangnya dapat menghasilkan sebuah memoir seumpama, "A Doctor In The House" karya Tun Dr Mahathir Mohamad yang tebalnya 800 halaman.

Karya Anwar itu tidak perlulah sampai 800 halaman. Memadailah ia separuh dari buku Dr Mahathir itu. Paling tidak Anwar perlu menjawab secara terperinci segala tuduhan Dr Mahathir terhadapnya dalam buku itu.

Tidak payahlah seret rakyat buat reformasi atau berguling-guling di atas jalan. Atau berniat mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalan keganasan dan demonstrasi jalanan. Rakyat sudah letih.

Sayugia hingga sekarang Anwar tidak pernah mencabar kesahihan semua tuduhan terhadapnya oleh Dr Mahathir dalam buku itu di mahkamah.

Lalat singgah di muka Obama semasa berucap di White House..



Komen: Hahaha...wakaka...

Rabu, 19 Mac 2014

Chinese in Kajang are being "liwat" real good ?

By Syed Akbar Ali

Kajang Is A Waste Of Time, Vote Or Dont Vote So What?

Someone asked me to say something about the Kajang By Election. What is there to say except that the Chinese are being liwatted real good - but its ok because it is 'suka sama suka'. So why should anyone else bother?

I received a call the other day and someone said that the Muslimat PAS (their women's wing) is going around the Malay neighborhoods in Kajang and telling the Malay women 'kita orang Islam mesti undi orang Islam'. 

All their claims to be multi racial and progressive is just b.s. This is the real PAS. But the Chinese in Kajang dont care. As far as they are concerned, anything to take down the BN is a good thing. They dont care what PAS says about non Muslims 'behind their backs'. It is a "suka sama suka" situation.

The convicted of sodomy PKR penasihat asked a Chinese PKR ADUN to quit. Why not ask a Malay PKR ADUN to quit? Bukan tak ada. Now it is one less Chinese on the PKR side. Then the Court says he has to spend some time behind bars. So he cannot run for the by election. 

Did they give back the Kajang seat to a Chinese? Nope. They gave it to his wife - considered a Malay. So it is now one less Chinese seat for the PKR in Selangor. The Chinese got liwatted. Do they care? Nope. It is 'suka sama suka'. 

On the BN side they have fielded a female Chinese candidate. In true Barisan Nasional multi racial spirit. Will the Chinese vote for the BN. Nope. 

Apa lagi Cina mahu? Do Chinese want money for Chinese schools? No. Do the Chinese want huge gomen contracts given to them exclusively? Not really. (Whatever contracts goes to them anyway). So apa lagi Cina mahu?

They want a gomen that is clever and not stupid. Until 2003 the BN had 2/3 majority. In 1999 when the Malay vote was split over Anwar, the Chinese rallied behind the BN. We lost Terengganu in 1999 but we did not lose Penang, Selangor or Perak. The Chinese voted for the BN. I am saying it like it is guys.

The Chinese (like everyone else) are getting tired of the corruption, cronyism, wastage, the stupid gomen policies, the dumber than dumb GLC regime in the country, the brain dead education policy, the 'tidak apa' attitudes, the arrogance, the rise of state sponsored religious intoleranceand a few other things. 

It is not 'Apa lagi Cina mahu'. The right question is 'Apa lagi Cina TAK mahu'.

I just had lunch with a big bucks Melayu korporat friend. He says he is getting out of business. He is getting fed up. 

We were comparing notes. I was a Director in an IPP (technically I still am). We got hit by the Asian Financial Crisis. We were not a critical situation. A fully functioning power station is a strategic asset. Our problems could have been easily sorted out. But it was a question of what cables you have and 'who you know'. We did not know the right people. We were simple straight forward 'lets get it done' people. I think we were the only IPP in the history of IPPs in Malaysia that was completed under budget !! But so what? If you cant pull cables, you can try pulling kite strings. Or go fly kites. There was no Danaharta, Danamodal, Danajamin or anyone else to bail us out. 

Because there were vultures around.  The Chairman of Tenaga Nasional at that time was a PM crony. Our financiers were GLCs owned by Khazanah. Khazanah cronies also called the shots at Tenaga Nasional. Life became extremely difficult for us. To make a long story short the former Chairman of Tenaga has now "bought over" our power station from the GLC banks. And he got a loan from the same GLC banks that closed down on us !! Cantiknya. Thats how it works in Malaysia.

Then my lunch partner shared his sad story. He explained why he was forced to sell his business. There was a cash crunch. So he needed extra funds. This was post Mahathir already. The same GLC banks said no to him. He had no choice but to sell. Who bought his company? A GLC lah. And the GLC raised funds from the same GLC banks who said no to my friend. So he sold out, settled his debts, has some spare cash and is now chilling his heels.

So if these things can happen to Melayus and BN supporters, what chance do the Chinese have? So it is not 'Apa lagi Cina mahu?' It is 'Apa lagi Cina tak mahu?' 

The PM thinks he can pacify the Malays by giving them BR1M. He thinks he can pacify the Chinese by giving money to Chinese schools. How misinformed is the Prime Minister. Dato Seri, it is not 'apa lagi Cina mahu'? It is 'Apa lagi Cina TAK mahu?' 

And these are the same things that all of us tak mahu. Kita pun tak mahu lagi cronyism, corruption, wastage, leakage, moronism, arrogance, religious intolerance, poor policy making, almost dead education system, tidak apa attitudes, gomen not functioning and everything else.  Ini semua kita tak mahu. 

Coming back to my friend and I, we are still UMNO and BN supporters. You might ask 'are you mad'? 

No I am not. I still believe in the BN philosophy that has built this nation from 1955 until 2003. We have been sliding downhill since 2003.

I dont believe in the politics of the mad crackpot opposition. Your leader is a convicted sodomist lah dunggu ! Apa lagi lu mahu? Do you seriously want PAS to be in power? Take your medication ok. 

You want the PKR clowns in power? They are ex UMNO lah. Sama kepala. Anwar has said point blank - he wants Khalid to spend that RM3.0 Billion reserves in Selangor. What does he mean by that? Did he say 'build a bridge, build a highway, build an LRT?' No. He simply said 'spend the money'. Fuiyyo. 

You want the DAP to be in power? Orang Melayu yang sokong DAP reti tak cara-cara nak panjat pokok? Because that is where you will be living if the DAP comes to power. Kalau tak percaya pi lah tengok dekat Pulau Pinang. Kondo di kawasan Gelugor sekarang dijual dengan harga RM900 sekaki persegi. 1000 sf condo now costs RM900,000 in Penang. How many Malays in Penang can afford to buy houses in Penang now? Fikir baik-baik.

What we have to do is get rid of the dim witted, the corrupt, the morons and revamp UMNO and the BN. The money politics and the politics of money have to stop. Many say that this is not possible. It better be because the alternative is disaster. We have to get rid of these people. Not the party or the philosophy. Marah nyamuk jangan bakar kelambu. Sembur ubat nyamuk.

At lunch the talk was if the PM was being "programmed" to step down sometime around sometime. This is a sign of desperation among those who really really want things to change. Will their wishes come true? Only the 'programmers' can answer their prayers.

Coming back to the Kajang by election, it will be a waste of time. Even if the BN wins, so what? It does not change anything in Selangor. If the Pakatan wins, so what? It will not change much for them. 

It will still be the end of the career for Azmin Ali. This time if Anwar goes off to Sing Sing, the lights will become quite dim for Azmin. I think his entire team will be slowly but surely replaced in Selangor. PKR may just learn to move on without Anwar and Azmin. 

There is a danger for the BN though. Quite a few UMNO boys say that without Anwar they will support PKR. This could be dicey for UMNO. If Wan Azizah wins with a bigger majority then I believe this is the case. 

Anwar's days as a politician are coming to a close. He has been found guilty. He is appealing to the Federal Court. When will his appeal be heard? This year? 2015? When will the Federal Court conclude the appeal?

The Sodomy 2 charge was in 2008. Trial started in 2010. The acquittal was in 2012. The guilty verdict upon appeal was in 2014. Six years. 

Say the process of appeal to the Federal Court bla bla takes another two years. Say the Federal Court upholds the conviction. That will be 2016. His five year prison term will start then. Say he gets released from prison in 2021.  Anwar will be 74. He cannot run for election again for five years AFTER release from prison. He will be 79 years old. 

What about a pardon? The last time he was pardoned for Sodomy 1 because the event took place seven years before he was charged for the crime. I think that was one of the main reasons the board pardoned him. This time the event took place about 56 hours before the boy made that police report. Plus they have solid DNA evidence.

(I know, I know the defense made a fuss about the police inspector tearing the envelope with the bottle inside. The question that none of you clowns can answer is how the guy's semen got into the boy's behind. And into that bottle. Itu barang mana mari? How did YOUR semen get into the bottle ? That is the question which just cannot be answered).

So this time even a pardons board application seems slim. 

But so what? The BN must be taken down at all costs. So it has to be 'suka sama suka'. 

Jumaat, 14 Mac 2014

Kes liwat Anwar dan Karpal Singh

Arifin tolak dakwaan campur tangan

Tun Arifin Zakaria

GEORGETOWN 13 Mac - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria hari ini menafikan dakwaan campur tangan dalam keputusan badan kehakiman baru-baru ini dalam kes membabitkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Saya boleh memberi jaminan tidak ada perkara seperti itu. Bagi hakim, apa sahaja keputusan mereka buat, perlu memberikan sebab dan sebab ini tertakluk kepada penelitian mahkamah rayuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Majlis Hakim-Hakim Malaysia ke-48 di sini.

Beliau memberi jaminan jika keputusan badan kehakiman itu salah, tidak wajar atau menyalahi undang-undang, ia akan ditukar melalui proses biasa undang-undang.
Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar selepas mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lepas.

Mahkamah Tinggi mendenda Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh RM4,000 atas pertuduhan menghasut terhadap Sultan Perak lima tahun lalu.
Ketika diminta mengulas perhimpunan haram yang dirancang pihak tertentu bagi membantah keputusan mahkamah itu, Arifin berkata, tindakan itu bukan caranya untuk menyelesaikan isu.

"Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Harap jangan menghukum apa yang akan berlaku di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Proses (mahkamah) dapat didengar semua orang. Semua orang mendapat layanan sama di mahkamah," katanya.

Arifin berkata, badan kehakiman juga terbuka kepada kritikan tetapi ia perlu adil dan orang ramai perlu menunjukkan kepada mereka apa yang salah.

"Semua prosedur mencukupi bagi memastikan kebebasan dan integriti badan kehakiman tidak terjejas. Badan kehakiman adalah satu badan paling lemah.

Sesiapa sahaja boleh menyerang kami, tetapi kami tidak boleh mempertahankan diri sendiri. Kami hanya boleh mempertahankan diri dalam penghakiman kami. Kami tidak boleh terus menafikan itu dan ini," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140314/ma_02/Arifin-tolak-dakwaan-campur-tangan#ixzz2vwwuY9mV
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Dr Wan Azizah yakin menang di Kajang

"Beri isyarat pada BN supaya berehat"


Selasa, 11 Mac 2014

Anwar Ibrahim: Dari persepsi politik dan fakta

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dun Kajang pada 23 Mac ini adalah sesuatu yang sia-sia, membazir dan tidak relevan langsung dalam konteks kepentingan rakyat. Kerusi Kajang adalah milik PKR yang dimenangi pada PRU13 lalu.

Wakilnya meletakkan jawatan kerana ingin memberi laluan pada Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi agenda politik peribadinya. Segalanya berpunca dari tindakan parti itu. Ia mengosongkan kerusi itu tanpa sebab dan alasan munasabah. Dan kini bertanding sekali lagi menerusi PRK bagi mendapatkan semula Dun Kajang itu.

Apa pun keputusan PRK Kajang kelak tidak akan memberi sebarang impak atau kesan besar terhadap PKR, kerajaan negeri Selangor mahu pun kedudukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Semua yang berlaku adalah mainan dan manipulasi politik Anwar Ibrahim ke tahap paling maksimum untuk kepentingan dirinya. Alasan dia mahu bertanding bagi kepentingan negeri Selangor dan mahu menjadi Menteri Besar adalah satu sandiwara politik belaka.

Langkah politiknya itu hanya lebih bersifat agenda tersirat bagi mengalihkan isu liwat yang dihadapinya. Kes liwat telah lama tertangguh. Kelihatan Anwar dan para peguam belanya berusaha sedaya upaya mengheret dan melengah-lengahkan kes ini.

Seperti biasa Anwar lebih komited dalam mempolitikkan isu dari membersih dan mempertahankan diri dari segala yang dikatakan fitnah dan konspirasi politik terhadap dirinya.

Kajang Move adalah muslihat politik peribadinya. Ia lebih bersifat tersirat dari yang tersurat. Terbukti bila mahkamah mendapati dia bersalah dan dihukum penjara lima tahun; dia menuduh mahkamah telah menjadi perkakas politik bagi menghalang kemaraan perjuangannya.

Kenapa dia tiba-tiba membuat keputusan bertanding di Dun Kajang dan mahu menjadi MB Selangor? Kenapa keputusan itu dibuat setelah hampir kes liwatnya berlangsung? Apakah dia tahu kali ini dia tidak akan terlepas?

Tetapi jelas mainan politiknya mengena kerana ramai orang terutama anak-anak muda menganggap keputusan mahkamah ini adalah tekanan dan pengaruh dari kerajaan. Dan ia adalah satu kezaliman dan ketidakadilan. Ia juga membangkitkan perasaan kebencian terhadap kerajaan.

Lebih tidak masuk akal pada PRK Dun Kajang 23 Mac ini pihak Pakatan Rakyat menganggap ia adalah medan bagi rakyat menghukum kezaliman kerajaan terhadap Anwar.

PRK Dun Kajang dan keputusan kes liwat Anwar adalah dua perkara yang berlainan. Mahkamah adalah mahkamah dan ia adalah proses perundangan negara. PRK adalah urusan parti politik dalam sistem demokrasi. Dan Dun Kajang adalah kerusi milik Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu.

Sekiranya PKR melalui calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang pada 23 Mac ini menewaskan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun, ia tidak bererti Anwar tidak bersalah dan kerajaan adalah zalim. Begitu juga sebaliknya.

Semua pihak mesti menghormati keputusan mahkamah. Dalam masa yang sama kita juga perlu menghormati dan menerima proses demokrasi.

Tetapi Anwar setakat ini berjaya menimbulkan persepsi umum dan memanipulasi suasana seolah dia dianiaya dan dizalimi. Lebih-lebih lagi ramai para penyokongnya hanya melihat dari persepsi politik dan tidak meneliti hujah-hujah serta fakta semasa perbicaraan kesnya di mahkamah.





Sabtu, 1 Mac 2014

Langkah politik Tan Sri Khalid Ibrahim

MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah mula tunjuk kelincahan dalam sepak terajang politiknya. Sebelum ini semua orang menganggapnya sebagai tidak tahu politik. Dan orang menggelarnya sebagai Khalid gagap!

Tetapi kemunculannya bersama disisi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis perjanjian MOU antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Selangor berkaitan industri bekalan air telah mengejutkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Lebih mengejutkan ialah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor merangkap Ketua Pembangkang dan calon PRK Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu menahu apa satu pun tentang MoU itu ! Alahai, sebagai Penasihat dan bakal MB Selangor, dia tidak diberitahu ?

Alasan Tan Sri Khalid merahsiakan MoU air itu dari pengetahuan para pemimpin PKR kerana tidak mahu ia dicampuri dan menggagalkannya. Aduh! Langkah Tan Sri Khalid itu bagaikan menampar muka Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khabarnya, Anwar terkejut lantas mengarahkan Khalid datang mengadapnya memberi penjelasan. Hahaha... Khalid diarah mengadap??

Sikap Khalid yang merahsiakan MoU itu dari pengetahuan Anwar memang dah patut pun. Bukankah sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar diberi gaji sebanyak RM 1(Satu Ringgit) sahaja? Bayangkan lah dengan nilai penasihat sebanyak seringgit - apa lah sangat nasihat yang boleh dipakai?
Tan Sri Khalid Ibrahim

Dan terbaru Tan Sri Khalid telah mengesahkan bahawa dia akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menentang penyandangnya Azmin Ali pada April ini. Aduh! Sekali lagi muka Anwar bagaikan dikena penampar sekaligus singgah ke muka Azmin Ali ! Hahaha...wakaka....

Siapa kata Khalid gagap tak pandai politik ? Dia sekarang dah mula buka langkah. Langkahnya ditujukan pada pemimpin dan penasihatnya serta orang yang bakal menendangnya keluar dari kerusi MB Selangor. Mereka yang pro reformasi berkata, "Kajang Move" dan PRK Dun Kajang adalah taktikal parti PKR, betul kah ?

Apa pun Lim Kit Siang telah bercakap benar bila dia mengatakan PRK Dun Kajang nanti musuh Anwar yang sebenarnya ialah dari dalam parti PKR sendiri. Lebih seronok lagi bila Kit Siang mengakui sekiranya Anwar menang dengan hanya majoriti kecil ia adalah satu kekalahan dan tamparan pada Pakatan Rakyat dalam usahanya ke Putrajaya.

Oh ! Anwar, pemimpin anugerah Tuhan !!

Khalid bersama Najib dan Muhyiddin di majlis MoU