BEGINILAH keadaan (gambar) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terkena gas pemedih mata pada perarakan Bersih 2.0 pada Julai 2011.
Hampir 3000ribu orang hadir menyertainya dan berlaku pertempuran dengan pihak keselamatan mengakibatkan kecederaan dan tangkapan.
Kali ini pada 28 April ini di Dataran Merdeka, Bersih 3.0 kembali lagi. Berapa ribu pula kehadirannya ? Apakah akan berlaku lagi kekecohan seperti yang terjadi pada tahun lepas ?
Sekiranya himpunan berjalan dengan baik dan sempurna, ditambah dengan jumlah kehadiran yang besar akan memberi tamparan psikologi pada kerajaan. Momentum pembangkang akan meningkat menjelang PRU 13.
Tetapi jika berlaku rusuhan dan pertempuran dengan pihak keselamatan; ia akan memberi imej buruk pada kerajaan dalam negara bahkan dunia antarabangsa. Matlamat Bersih ialah menuntut satu pilihanraya bersih dan adil serta bebas dari segala penipuan.
Ia bersifat serampang dua mata atau pisau mata dua belah. Dalam situasi apa pun pihak pembangkang akan mendapat kredit dari perhimpunan ini. Apalagi jika berlaku kekecohan dan tangkapan bermakna tarikh pilihanraya umum terpaksa kena gostan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan