HARI ini 14 April genaplah setahun saya menulis di blog.
Semuanya bermula di atas dorongan dan kemahuan disertakan minat yang kuat dalam bidang penulisan.
Setahun adalah terlalu baru dan diibaratkan masih mentah dan belum matang dalam semua aspek.
Kalau hendak dikira saya agak ketinggalan berbanding orang lain yang telah membina blog mereka empat atau lima tahun dahulu.
Tetapi seperti kata pepatah Inggeris, "It is better late than never." Dari tidak bermula apa-apa, terlewat sedikit pun tidak mengapa. Asalkan apa yang diusahakan menjadi kenyataan.
Saya mula minat menulis sejak berada di sekolah menengah bila sering membaca dan meminati satu halaman dalam akhbar Berita Harian yang ditulis oleh penulis bernama Tan Sri Sheikh Abdullah pada akhir 70an.
Ruangan itu bertajuk "renungan". Ia adalah sebuah kolum yang terbit setiap hari kecuali hari Ahad. Halamannya terletak di bawah sekali dalam muka surat yang sama dengan rencana Pengarang yang terbit setiap hari.
Tan Sri Sheikh Abdullah adalah namanya yang sebenar dan bukan nama samaran seperti penulis-penulis pojok lain. Kolum "renungan" yang ditulisnya boleh dianggap sebagai halaman penulis pojok akhbar tersebut ketika itu.
Apa yang menarik minat saya ialah ruangan ini akan terbit setiap hari tanpa tergendala. Bahan-bahan tulisannya pula pelbagai isu menarik dari hal politik hingga kisah-kisah lucu yang ditulis secara humor. Setiap hari selepas balik dari sekolah bila saya mendapatkan naskah Berita Harian, halaman inilah yang saya baca dulu.
Setelah mengikuti ruangan itu begitu lama barulah saya tahu yang penulisnya, Tan Sri Sheikh Abdullah adalah salah seorang ahli lembaga pengarah New Straits Times (NST).
Pada tahun 1981 bila berlaku pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno antara Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam; syarikat akhbar NST telah mengambil pendirian dengan menyokong Tengku Razaleigh. Manakala akhbar Utusan Melayu mengambil sikap mempertahankan Musa Hitam.
Saya juga masih ingat dalam satu tulisannya, Tan Sri Sheikh telah menyokong Razaleigh dalam pertandingan jawatan no. 2 Umno itu yang akhirnya dimenangi Musa Hitam.
Selepas Razaleigh tewas, ruangan Tan Sri Sheikh yang terbit setiap hari itu pun hilang dan tidak pernah muncul-muncul hingga hari ini. Dan saya tidak pernah terbaca lagi tulisan mahu pun namanya di akhbar-akhbar tempatan.
Oleh kerana ruangannya banyak mempengaruhi saya dalam penulisan dan pembacaan sejak muda, maka saya memberi nama "renungan" pada blog saya sebagai mengingati dan menghargai beliau sebagai seorang penulis pojok yang saya minati.
Saya berharap dapat mengikuti jejak beliau menulis setiap hari tanpa tergendala. Kecualilah sakit atau demam. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan memberi penghargaan pada rakan dan juga bekas Ketua saya semasa di akhbar Mingguan Islam, sdr. Mohd Sayuti Omar (MSO) yang telah memetik empat atau lima tulisan dalam blog saya ini disiarkan dalam akhbar Siasah. Saya cukup gembira dan ucap terima kasih.
Tetapi agak sedikit terkilan kerana ia tidak berlanjutan disebabkan akhbar Siasah telah bertukar haluan dan wajah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan