Timbalan Perdana Menteri yang setia
SEJAK peristiwa sejarah hubungan dingin pada 1983 antara bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tun Musa Hitam dengan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr.Mahathir Mohamad ia telah menjadi satu fobia hubungan TPM dan PM sesudahnya.
Hubungan keduanya telah retak akibat perbezaan pendapat dengan Tun Musa meletakkan jawatan sebagai TPM.
Selepas Tun Musa pergi, Tun Ghaffar Baba mengisi jawatan sebagai TPM dan telah menjadi timbalan yang setia pada Dr.Mahathir.
Namun Tun Ghaffar tidak lama sebagai orang nombor dua kerana beliau pula dicabar oleh Anwar Ibrahim. Suasana pada masa itu tidak menyebelahi Tun Ghaffar yang menyebabkan dia menarik diri dan memberi laluan pada Anwar bagi mengisi jawatan nombor dua parti dan kerajaan.
Bagaimanapun, sejarah 1983 berulang lagi di mana hubungan Mahathir- Anwar pula menempuh badai. Hubungan keduanya pada mula adalah erat, namun bergelora di penghujung jalan seperti yang berlaku dengan Tun Musa Hitam.
Ertinya, pada era Mahathir, beliau mempunyai tiga TPM yang mempunyai masalahnya yang tersendiri.
Kecuali Tun Ghaffar yang lebih setia tetapi terpaksa berundur. Dengan tersingkirnya Anwar dari kerajaan, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengisi kekosongan sehinggalah sampai ke tangan Najib Razak.
Bila Najib menjadi PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi timbalannya hingga kini. Dari segi usia Muhyiddin (65th) lebih tua dari Najib (59) enam tahun. Apakah mereka akan menjadi pasangan PM dan TPM yang erat dan kuat ?
Setakat ini keduanya telah membuktikan mereka tidak bermasalah seperti mana yang berlaku pada bekas TPM Musa dan Anwar. Muhyiddin tentunya banyak mempelajari peristiwa silam dan pasti akan membuktikan bahawa beliau adalah seorang timbalan yang setia dan tidak akan menimbulkan masalah pada parti dan negara.
Bagi PM Najib Razak pula ia menaruh keyakinan tinggi pada timbalannya, Muhyiddin dalam membantu dan melaksanakan segala perancangan transformasi negara lebih-lebih lagi dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Tan Sri Muhyiddin tentu mengambil ikhtibar dari apa yang menimpa Tun Musa dan Anwar. Beliau pasti akan menjadi TPM yang kekal dan setia.
@Karikatur: portrait-sketches.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan