Ahad, 6 September 2026

PRU 16 Anwar Ibrahim Bertanding Di Mana?

 Pada PRU 16 ke mana PM Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi parlimen?

Selepas dia keluar penjara pada 2018 dia bertanding di Port Dickson, Negri Sembilan. Kemudian pada PRU 15 dia pindah bertanding di Tambun, Perak.

Selepas ini dia hendak pindah dan lari ke mana lagi? Apa yang jelas Anwar tidak akan berani mempertahankan kerusi Tambun pada PRU 16. Sekiranya dia cuba mempertahankan kedudukannya di Tambun, dia bakal bungkus!

So, mana dia hendak lari? Dia hendak ke Permatang Pauh? Tidak mungkin!

Permatang Pauh adalah rumahnya dan kubu kuat sejak 1982 bila dia menyertai Umno.

Namun sekarang tidak lagi. Para pengundi Permatang Pauh menolaknya pada PRU 15 lalu dengan tumbangnya Nurul Izzah Anwar di tangan calon Pas.

Anwar tidak akan berani kembali ke Permatang Pauh. Sekiranya dia beranikan diri bertanding di situ bermakna dia telah melakukan "kamikaze".

Jadi hendak ke mana dia?

Mungkin dia ambil alih kerusi isterinya Dr Wan Azizah di Bandar Tun Razak. Nampak dia ada harapan selamat di situ. Namun berdasarkan suasana politik semasa peluang dia untuk menang belum tentu. 

Kerana rakyat sedang memerhati tindak tanduknya sebagai Perdana Menteri. Rakyat tidak bodoh. Dan ini telah dibuktikan semasa PRN di Sabah, Johor dan Negri Sembilan. Para pengundi hanya bagi sebiji dan dua biji kerusi sahaja pada PKR. Ia adalah satu tamparan pada Anwar.

Anwar cuba beri gambaran pada rakyat bahawa dia melawan rasuah habis-habisan. Slogannya, sakau sana, sakau sini memang hebat.

Tetapi realitinya, semua kroni dan sekutu politiknya tidak boleh disentuh. Kalau ada tindakan pun ia seperti kura-kura berjalan. Lambat dan bertangguh-tangguh. 

Tetapi kalau bukan kroni dan sekutunya tindakan begitu pantas dan cekap sekali. 

Isu Farhash Salvador, isu korporat Mafia, isu saham Azam Baki masih tergantung-gantung di awan biru. 

Anwar Ibrahim sendiri mempunyai kes peribadi dengan Yusof Rawther. Kes ini sudah masuk tahun kelima. Tidak ada kemajuan. Statik. Beku. 

Anwar sendiri bertukar peguambela sebanyak empat kali. Kes sering tertangguh. Meleret-leret pada isu-isu yang tidak relevan. 

Sekiranya tuduhan tidak berasas, mahkamah boleh menentukan secepat kilat tanpa membuang masa dan membazir wang pembayar cukai. Namun ini tidak berlaku. 

Saya kira kes ini tidak akan ke mana sehinggalah parlimen dibubarkan. 

Apapun yang berlaku rakyat sedang memerhati. Rakyat bukan bodoh dan lembab. 

Dont play play with the silent majority. 

Dont say that i didnt warn you! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan