Khamis, 29 Mac 2018

Dr Mahathir Cabar Najib Dan Hadi Berdebat

Dr Mahathir telah mencabar Najib Razak dan Hadi Awang berdebat dengannya.

Ini ekoran tindakan parti Malaun menganjurkan forum debat antara Dr Mahathir dengan Profesor Kangkung dan beberapa orang yang sewaktu dengannya di markas parti Malaun.

Cabaran balas Dr Mahathir itu adalah munasabah kerana dia adalah ketua parti.  Najib dan Hadi juga adalah ketua parti. Mereka bertiga adalah setaraf disegi kedudukan dalam parti masing-masing.

Justeru itu mereka bertiga adalah layak dan sesuai untuk menyertai forum debat.

Namun para budak parti malaun berhingus mahu anjurkan forum debat seorang Negarawan dengan seorang Prof Kangkung yang bahasa Inggerisnya pun tunggang langgang.

Anjuran forum itu tidak munasabah langsung.  Ia juga tidak adil disudut keadilan kerana ibarat menemukan seorang Phd dengan pemegang Diploma sebagai regu lawan.







Beginilah tuan-tuan tidak payah buang masa dan perhabiskan beras sahaja, terima lah cabaran Dr Mahathir itu untuk berdebat dengan Najib dan Hadi sekali.

Pilih lah tajuk apa pun. Tajuk 1MDB lagi bagus.  Atau bertajuk,  "Siapakah Pencuri, penyamun, penyangak, perompak wang negara ? ".

Najib dan Hadi ada teloq kah hendak berdebat dengan orang tua nyanyuk itu? Hehe...

Jangan jadi macam forum "Nothing To Hide", depa lari hilang entah ke mana. Kesian kat orang tua itu dok tunggu regu lawan tak muncul-muncul kononnya takutkan keselamatan.


Rabu, 28 Mac 2018

Najib Letak Jawatan Jika Gagal Menang Dua Pertiga

Ada tiga isu utama telah berpihak pada Umno dan BN menjelang Pru14.

Pertama - Usul persempadanan semula kawasan pilihanraya telah pun diluluskan di Parlimen.

Kedua - RUU Anti Berita Tidak Benar dikuatkuasakan.

Ketiga - Parti PPBM (Bersatu) tidak akan diluluskan pendaftarannya oleh ROS.

Ketiga isu tersebut telah memberi kelebihan pada kerajaan dalam mengharungi Pru14. Namun ia tidak memberi sebarang laba pada Pakatan Harapan. Malah lebih mengekang mereka dalam misi memenangi Pru14 ini dan menawan Putrajaya.

Ketiga isu tersebut tidak perlu diulas panjang kerana telah mendapat liputan meluas dalam media sosial mengenainya.

Dengan perkembangan itu maka harapan kerajaan Najib Razak memenangi Pru14 ini dengan selesa adalah besar.

Umum mengetahui Najib amat gerun dengan pengaruh Dr Mahathir menjelang Pru14  ini. Setidaknya kali ini kemaraan pemimpin tua 93 tahun itu dapat dipatahkan.

Walaupun dah tua tetapi Dr Mahathir telah mencatat sejarah memenangi Pru sebanyak lima kali dengan majoriti dua pertiga sepanjang menjadi Perdana Menteri ke 4.

Sedangkan Najib mencatat sejarah hilang majoriti dua pertiga dalam Pru13, 2013. Tambah lagi beberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang. Semua ini tidak berlaku pada era pemimpin tua itu.

Jadi dalam keadaan Najib mempunyai kelebihan maka amatlah memalukan sekiranya dia gagal memenangi Pru14 ini dengan majoriti besar.

Sekurang-kurangnya Najib perlu menyamai rekod pemimpin yang dah tua itu. Najib belum pernah lagi mencapai kejayaan majoriti dua pertiga. Tetapi pemimpin yang dicemuh tua itu sudah lima kali berjaya. Malu lah!


Sekiranya Najib dalam serba berkuasa dan mempunyai kelebihan gagal menyamai rekod pemimpin tua itu, maka dia tiada pilihan melainkan meletakkan jawatan dan berundur dari parti dan kerajaan.

Itu sahaja langkah yang wajar diambil Najib sekiranya dia gagal dalam memastikan maruahnya sebagai pemimpin tidak terus tercemar.

Kerana imej dan maruah Najib sebagai PM telah pun terjejas teruk di luar negara.


Ahad, 25 Mac 2018

Dr Mahathir 93 Tahun Lebih Hebat Drp Najib 64 Tahun Sebagai PM

Umno mencemuh dan mempertikai keupayaan Dr Mahathir, 93 tahun untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Memanglah pada usia 93 tahun adalah terlalu tua untuk memimpin negara. Semua negara di dunia memerlukan seorang pemimpin yang muda lagi berkaliber.

Namun kes Dr Mahathir dalam konteks politik di Malaysia adalah berbeza. Malah ia tidak boleh disamakan dengan suasana negara-negara lain di dunia.

Di Malaysia rakyat sudah tidak ada pilihan kerana para pemimpin yang ada tidak mempunyai kualiti dan ciri-ciri yang ada pada Dr Mahathir.

Semua umum tahu apa kelebihan dan keistimewaan Dr Mahathir sebagai pemimpin.


Walaupun sudah berusia 93 beliau masih mempunyai idea dan pemikiran yang tajam.  Mampu berdepan dan bersemuka dengan sesiapa sahaja dalam apa sahaja forum, sidang akhbar, wawancara dan sebagainya.

Beliau mampu menjawab dan berhujah termasuklah dari media asing. Beliau tidak perlu melihat nota atau dibantu sesiapa dalam berhujah dan menjawab pelbagai soalan daripada sesiapa sahaja.  Semua isu dan masalah ada di dalam kepalanya.  Dia memahami dengan mendalam sesuatu isu dan mampu menghuraikannya secara yang mudah difahami semua orang.

Bahasanya mudah difahami semua lapisan masyarakat.  Bagaimana dia bercakap begitu jugalah bila dia menulis begitu mudah difahami serta tajam maksudnya.

Begitu juga dalam urusan pentadbiran.  Beliau seorang pentadbir yang cekap dan berkesan.  Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri membuktikan segalanya.

Sebagai Perdana Menteri, seseorang itu perlu memahami ekonomi dan kewangan. Kebolehan dan pengetahuan Dr Mahathir dalam kedua bidang tersebut tidak boleh dipertikaikan.

Kemampuannya menghadapi dan mengatasi krisis kewangan negara pada 1998 dari terjerumus ke tangan IMF diakui semua pemimpin dunia.

Sekiranya kita ingin senaraikan kebolehan dan kelebihan Dr Mahathir sebagai pemimpin memang panjang.

Namun hakikatnya ciri-ciri dan kelebihan itu tidak terdapat pada para pemimpin Umno kini.


PM Najib Razak, misalnya, walaupun masih berusia 64 tahun, jauh lebih muda tidak mempunyai dan menyamai standard yang ada pada Dr Mahathir.

Yang paling jelas,  Najib bukan pemimpin yang mampu bersemuka dengan media, forum diskusi, wawancara dan sebagainya.  Jauh sekali berdepan dengan pihak opposisi. Najib tidak berkemampuan dan tidak berkebolehan.

Najib hanya mampu berdepan dengan para media tempatan yang dipilihnya.  Najib adalah satu-satunya PM yang tidak ada sidang akhbar terbuka!!. Malah dalam sidang Parlimen sekali pun dia sering mengelak dari di soal pihak pembangkang.

Kenapa begitu sekali low class? Malulah pada pemimpin tua yang berusia 93 tahun  itu.

Tetapi Najib memperleceh usia Dr Mahathir sebagai tidak sesuai menjadi pemimpin negara.

Soalnya bukan pada usia seseorang menjadi ukuran untuk menjadi pemimpin.  Namun yang menjadi ukuran adalah kualiti, kebolehan dan kemampuan seseorang itu.

Dr Mahathir mempunyai syarat-syarat itu yang tidak ada pada Najib.

Soal usia 93 tahun tidak penting. Lagi pun Dr Mahathir hanya menjadi Perdana Menteri sementara selepas Pakatan Harapan menawan Putrajaya bagi membetulkan segala kerosakkan yang berlaku pada negara dibawah Najib Razak.

Selepas 2 tahun Dr Mahathir menjadi PM dan membetulkan segala kepincangan, beliau akan berundur dan menyerahkan kepada calon lain yang lebih muda bagi meneruskan kepimpinan negara.

Kerana hanya Dr Mahathir tokoh yang mampu melakukan perjuangan ini. Jadi soal usia tua tidak relevan lagi dalam konteks masalah yang dihadapi negara kini.

Ahad, 4 Mac 2018

Nasib Orang Melayu....

Ini adalah petikan catatan blog Syed Akbar Ali.
Catatannya ringkas dan pendek tetapi memberi
gambaran sebenar secara keseluruhan kedudukan
orang-orang melayu kini.



Sunday, March 4, 2018

NASIB MELAYU TERENGGANU : IMAM, BILAL, GURU TAKMIR, GURU KAFA, JURUMANDI MAYAT SEMUA MASUK GOLONGAN PENGEMIS LOW INCOME NATION.


Syabas diucapkan kepada  Kep$#&  Bu%@# yang telah berjaya mengemiskan  TUJUH JUTA umat Malaysia (yang paling ramai sekali orang Melayu) menjadi penerima BR1M ataupun sedekah untuk golongan miskin.   


TUJUH JUTA umat Malaysia sudah pun termasuk LOW INCOME NATION sekarang, terima kasih kepada kebodohan dan kebangangan pimpinan Kep$#&  Bu%@#


Yang terkini pula Kep$#&  Bu%@#  telah menghulurkan sedekah bantuan pengemis di negeri Terengganu, yang sebenarnya adalah negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas. 

Bayaran sedekah 'sekali sahaja' atau ONE OFF sebanyak RM1000 diberi kepada imam, bilal, guru takmir, guru kafa dan jurumandi mayat di negeri Terengganu. 


Sila lihat surat tawaran bantuan sedekah tersebut :






Seterusnya dalam video ini kita boleh melihat beribu orang imam, bilal dan siak termiskin di Terengganu berasak-asak, berhimpit-himpit, bertolak-tolak, berebut-rebut  untuk meminta  wang sedekah seribu Ringgit.





Inilah nasib orang Melayu di Tanah Air mereka sendiri pada masa ini.  


22 tahun di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed orang Melayu sudah mula maju dan bergerak he hadapan. Bukan saja di dalam Tanah Air sendiri tetapi orang Melayu telah meneroka dan merantau ke seluruh dunia.  Tidak perlu membayar BR1M atau memberi sedekah kepada imam dan bilal.  Itu pada zaman Tun Dr Mahathir.


Sekarang dibawah pimpinan pemimpin yang dhaif, terencat IQ dan pemalas orang Melayu telah kembali menjadi lemah dan serba tidak berkebolehan.  Melayu tidak lagi boleh merantau keluar negara kerana tidak faham berbahasa pun.


Di Terengganu pula, beribu orang dewasa berjawatan imam dan bilal terpaksa berasak-asak, berhimpit-himpit, bertolak-tolak, berebut-rebut untuk meminta bayaran sedekah seribu Ringgit. 


Inilah nasib Melayu sekali lagi.  Melayu Terengganu pun telah kembali kepada kedudukan asal mereka - berdiri di penghujung belakang  barisan pengemis. 



Sabtu, 3 Mac 2018

Definition Of Stupid

Knowing The Truth
Seeing The Truth
But Still Believing The Lies ...!!!



Jumaat, 2 Mac 2018

Antara Jho Low dan Robert Kuok

Menteri Nazri Aziz dilaporkan bertikam lidah dengan para menteri MCA dan Gerakan dalam mesyuarat kabinet.

Isunya berpunca dari serangan Nazri terhadap jutawan Robert Kuok yang dilaporkan memberi sumbangan dana pada DAP.

Nazri juga mencabar jutawan itu yang berusia 94 tahun bertanding dalam Pru14 ini. Dan menggelarnya sebagai pondan!

Robert Kuok menafikan dia memberi dana pada DAP dan menyatakan berita itu adalah palsu.


Berita itu adalah sumber dan dipetik daripada Raja Petra Kamaruddin.  Seorang blogger yang muflis dan bertaraf pelarian menetap di London.

Umum mengetahui RPK adalah blogger pre paid dan post paid yang tulisannya menjadi rujukan Utusan, Berita Harian dan TV tiga suku.

Yang peliknya Nazri dan para menteri Umno begitu lantang mengkritik jutawan Kuok yang terkenal sebagai ahli perniagaan yang berjaya serta mempunyai rekod bersih dalam kerjayanya. Kuok adalah ahli perniagaan tulen.  Dia bukan pencuri, penyamun dan penyangak seperti seorang lagi yang kini menjadi pelarian entah ke mana.

Pencuri, penyamun dan penyangak itu adalah Jho Low yang dituduh DOJ Amerika menyamun berbillion wang 1MDB untuk berjoli dan membeli barang-barang mewah bagi kepentingan dirinya. Dan Jho Low adalah kenalan pada keluarga MO1.

Al Syeh Jho Low Al Penyamun...

Siapa itu MO1 ? Ketua Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah Najib Razak.  Ini bukan saya cakap.  Tapi Rahman Dahlan yang cakap.

Nazri dan para pemimpin Umno begitu berani menghentam Robert Kuok hanya bersumberkan berita seorang muflis.

Berita Jho Low menyamun bersumberkan seluruh media dunia antarabangsa.

Namun Nazri dan Umno tidak ada batu pe--r dan tidak berani menyentuh Jho Low.

Umno kasihkan Jho Low lebih daripada Robert Kuok.  Umno lebih kasihkan penyamun.
Huh..!!