Ahad, 4 Mac 2018

Nasib Orang Melayu....

Ini adalah petikan catatan blog Syed Akbar Ali.
Catatannya ringkas dan pendek tetapi memberi
gambaran sebenar secara keseluruhan kedudukan
orang-orang melayu kini.



Sunday, March 4, 2018

NASIB MELAYU TERENGGANU : IMAM, BILAL, GURU TAKMIR, GURU KAFA, JURUMANDI MAYAT SEMUA MASUK GOLONGAN PENGEMIS LOW INCOME NATION.


Syabas diucapkan kepada  Kep$#&  Bu%@# yang telah berjaya mengemiskan  TUJUH JUTA umat Malaysia (yang paling ramai sekali orang Melayu) menjadi penerima BR1M ataupun sedekah untuk golongan miskin.   


TUJUH JUTA umat Malaysia sudah pun termasuk LOW INCOME NATION sekarang, terima kasih kepada kebodohan dan kebangangan pimpinan Kep$#&  Bu%@#


Yang terkini pula Kep$#&  Bu%@#  telah menghulurkan sedekah bantuan pengemis di negeri Terengganu, yang sebenarnya adalah negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas. 

Bayaran sedekah 'sekali sahaja' atau ONE OFF sebanyak RM1000 diberi kepada imam, bilal, guru takmir, guru kafa dan jurumandi mayat di negeri Terengganu. 


Sila lihat surat tawaran bantuan sedekah tersebut :






Seterusnya dalam video ini kita boleh melihat beribu orang imam, bilal dan siak termiskin di Terengganu berasak-asak, berhimpit-himpit, bertolak-tolak, berebut-rebut  untuk meminta  wang sedekah seribu Ringgit.





Inilah nasib orang Melayu di Tanah Air mereka sendiri pada masa ini.  


22 tahun di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed orang Melayu sudah mula maju dan bergerak he hadapan. Bukan saja di dalam Tanah Air sendiri tetapi orang Melayu telah meneroka dan merantau ke seluruh dunia.  Tidak perlu membayar BR1M atau memberi sedekah kepada imam dan bilal.  Itu pada zaman Tun Dr Mahathir.


Sekarang dibawah pimpinan pemimpin yang dhaif, terencat IQ dan pemalas orang Melayu telah kembali menjadi lemah dan serba tidak berkebolehan.  Melayu tidak lagi boleh merantau keluar negara kerana tidak faham berbahasa pun.


Di Terengganu pula, beribu orang dewasa berjawatan imam dan bilal terpaksa berasak-asak, berhimpit-himpit, bertolak-tolak, berebut-rebut untuk meminta bayaran sedekah seribu Ringgit. 


Inilah nasib Melayu sekali lagi.  Melayu Terengganu pun telah kembali kepada kedudukan asal mereka - berdiri di penghujung belakang  barisan pengemis. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan