Rabu, 28 Mac 2018

Najib Letak Jawatan Jika Gagal Menang Dua Pertiga

Ada tiga isu utama telah berpihak pada Umno dan BN menjelang Pru14.

Pertama - Usul persempadanan semula kawasan pilihanraya telah pun diluluskan di Parlimen.

Kedua - RUU Anti Berita Tidak Benar dikuatkuasakan.

Ketiga - Parti PPBM (Bersatu) tidak akan diluluskan pendaftarannya oleh ROS.

Ketiga isu tersebut telah memberi kelebihan pada kerajaan dalam mengharungi Pru14. Namun ia tidak memberi sebarang laba pada Pakatan Harapan. Malah lebih mengekang mereka dalam misi memenangi Pru14 ini dan menawan Putrajaya.

Ketiga isu tersebut tidak perlu diulas panjang kerana telah mendapat liputan meluas dalam media sosial mengenainya.

Dengan perkembangan itu maka harapan kerajaan Najib Razak memenangi Pru14 ini dengan selesa adalah besar.

Umum mengetahui Najib amat gerun dengan pengaruh Dr Mahathir menjelang Pru14  ini. Setidaknya kali ini kemaraan pemimpin tua 93 tahun itu dapat dipatahkan.

Walaupun dah tua tetapi Dr Mahathir telah mencatat sejarah memenangi Pru sebanyak lima kali dengan majoriti dua pertiga sepanjang menjadi Perdana Menteri ke 4.

Sedangkan Najib mencatat sejarah hilang majoriti dua pertiga dalam Pru13, 2013. Tambah lagi beberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang. Semua ini tidak berlaku pada era pemimpin tua itu.

Jadi dalam keadaan Najib mempunyai kelebihan maka amatlah memalukan sekiranya dia gagal memenangi Pru14 ini dengan majoriti besar.

Sekurang-kurangnya Najib perlu menyamai rekod pemimpin yang dah tua itu. Najib belum pernah lagi mencapai kejayaan majoriti dua pertiga. Tetapi pemimpin yang dicemuh tua itu sudah lima kali berjaya. Malu lah!


Sekiranya Najib dalam serba berkuasa dan mempunyai kelebihan gagal menyamai rekod pemimpin tua itu, maka dia tiada pilihan melainkan meletakkan jawatan dan berundur dari parti dan kerajaan.

Itu sahaja langkah yang wajar diambil Najib sekiranya dia gagal dalam memastikan maruahnya sebagai pemimpin tidak terus tercemar.

Kerana imej dan maruah Najib sebagai PM telah pun terjejas teruk di luar negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan