Jumaat, 2 Mac 2018

Antara Jho Low dan Robert Kuok

Menteri Nazri Aziz dilaporkan bertikam lidah dengan para menteri MCA dan Gerakan dalam mesyuarat kabinet.

Isunya berpunca dari serangan Nazri terhadap jutawan Robert Kuok yang dilaporkan memberi sumbangan dana pada DAP.

Nazri juga mencabar jutawan itu yang berusia 94 tahun bertanding dalam Pru14 ini. Dan menggelarnya sebagai pondan!

Robert Kuok menafikan dia memberi dana pada DAP dan menyatakan berita itu adalah palsu.


Berita itu adalah sumber dan dipetik daripada Raja Petra Kamaruddin.  Seorang blogger yang muflis dan bertaraf pelarian menetap di London.

Umum mengetahui RPK adalah blogger pre paid dan post paid yang tulisannya menjadi rujukan Utusan, Berita Harian dan TV tiga suku.

Yang peliknya Nazri dan para menteri Umno begitu lantang mengkritik jutawan Kuok yang terkenal sebagai ahli perniagaan yang berjaya serta mempunyai rekod bersih dalam kerjayanya. Kuok adalah ahli perniagaan tulen.  Dia bukan pencuri, penyamun dan penyangak seperti seorang lagi yang kini menjadi pelarian entah ke mana.

Pencuri, penyamun dan penyangak itu adalah Jho Low yang dituduh DOJ Amerika menyamun berbillion wang 1MDB untuk berjoli dan membeli barang-barang mewah bagi kepentingan dirinya. Dan Jho Low adalah kenalan pada keluarga MO1.

Al Syeh Jho Low Al Penyamun...

Siapa itu MO1 ? Ketua Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah Najib Razak.  Ini bukan saya cakap.  Tapi Rahman Dahlan yang cakap.

Nazri dan para pemimpin Umno begitu berani menghentam Robert Kuok hanya bersumberkan berita seorang muflis.

Berita Jho Low menyamun bersumberkan seluruh media dunia antarabangsa.

Namun Nazri dan Umno tidak ada batu pe--r dan tidak berani menyentuh Jho Low.

Umno kasihkan Jho Low lebih daripada Robert Kuok.  Umno lebih kasihkan penyamun.
Huh..!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan