Duit 9.5 juta itu dikatakan dari dana SRC yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Peguam yang berprofil tinggi itu mungkin ingin mengikuti langkah pahlawan Bugis yang mahu menyaman The Wall Street Journal (WSJ) ekoran laporan tentang 1MDB.
Bugis itu janji akan saman WSJ pada hari Selasa sejurus laporan itu diterbitkan. Dan sehingga kini sudah beribu hari Selasa, satu habuk pun tarak. Kelabu asap.
Ini pun kes mengharapkan orang akan lupa begitu sahaja. Melayu memang mudah lupa.
Berita terkini Timbalan Perdana Menteri yang berasal dari Jawa menyatakan di Parlimen bahawa kes Jho Low ditutup dan polis tidak dapat mengesan di mana dia berada.
Jho Low yang sudah dikenali seluruh dunia sebagai arkitek dalam skandal 1MDB yang melibatkan berbillion wang dicuri dan dibelanjakan untuk bermewah-mewah sebagai harta peribadi.
Dia kini dalam pelarian. Diberitakan kehidupannya kini hanya di atas kapal layarnya yang serba mewah. Sekiranya mendarat dan silap haribulan dia bakal ditahan.
Dilaporkan kapal layarnya itu sekejap berada di lautan lokasi berdekatan dengan Hong Kong dan Filipina. Terbaru ia berada dilokasi berhampiran pulau di Acheh.
Dalam konteks melayu mudah lupa dengan hampirnya Bajet 2018 sudah tentu banyak berita yang akan mengembirakan seluruh rakyat yang kini ditekan dengan segala kos meningkat dan terus naik tinggi.
Justeru Pru 14 boleh diadakan dalam suasana mood bajet dan tentunya sikap mudah lupa terhadap isu-isu yang mengancam rakyat dan negara.