Khamis, 28 Januari 2016

PM Najib dan Kerajaan Hilang Kredibiliti

SEJAK 12 tahun Perdana Menteri (PM) negara ini bertukar tangan sebanyak dua kali ia seperti menjadi bahan ketawa baik dalam negeri dan luar negara. Prestasi negara semakin merosot dalam semua bidang. Perasaan bangga sebagai rakyat telah hilang lantaran dipimpin oleh pimpinan yang begitu lemah. Tiada arah tujuan dan hilang fokus dalam memperbaiki kualiti kehidupan rakyat seluruhnya.

Kerajaan bukan sahaja hilang majoriti dua pertiga di Parlimen sejak merdeka, malah PM serta para menteri menjadi bahan ejekan dan ketawa setiap kali mereka membuka mulut. Hilang sudah kehormatan di mata rakyat ekoran tiadanya kecekapan dan kewibawaan.


Kerajaan seolah telah hilang kredibiliti dan sukar dipercayai bila membuat sebarang kenyataan. Ini semua berpunca dari tindakan kerajaan sendiri yang banyak menimbulkan keraguan dan samar-samar dalam menyelesaikan isu-isu sensitif bersabit dengan PM.

Tidak ada dalam sejarah sejak merdeka seorang PM negara ini dipersoalkan integriti dan maruah peribadinya dari seluruh lapisan masyarakat. Dan tidak pernah berlaku siasatan dilakukan berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap PM yang sedang menjawat jawatannya.

Ini semua berlaku dalam era Najib Razak.

Walau pun Peguam Negara telah pun membersihkan imej PM Najib dalam skandal duit RM2.6 billion dan RM42 juta duit dari SRC International ke dalam akaunnya, namun kredibiliti PM dimata rakyat tidak berubah malah semakin meluap-luap.

Inilah kali pertama dalam sejarah negara walau pun proses undang-undang atau mahkamah belum berjalan namun sebahagian besar rakyat berasa yakin PM mempunyai kes yang perlu dijawab dan diberi penjelasan sejelasnya terhadap segala tuduhan berkait dengan wang 2.6 billion itu. Setakat ini segala ceritanya adalah tidak jelas dan berbelit-belit.

PM Najib menyeru agar rakyat "move foward", bersatu melangkah ke hadapan memajukan negara setelah Peguam Negara membersihkan dirinya dari semua tuduhan. Tetapi ia bukan semudah itu.

Isu besar ini akan terus timbul, datang dan pergi. Dan akan timbul lagi sehingga menemui segala jawaban yang masih misteri menyelubungi 1MDB dan semua yang berkaitan dengannya.

Sesiapa pun tidak dapat menafikan hakikat dan kenyataan negara kita sekarang sedang mengharungi satu proses penurunan dan kemerosotan dalam semua bidang; politik, ekonomi, sosial, keagamaan etc etc.

Semuanya adalah berpunca daripada kelemahan pimpinan. Kita seperti tiada pemimpin. Tiada arah dan tujuan serta matlamat. Apakah kita boleh menjadi negara maju pada 2020 seperti yang diimpikan ? Berdasarkan pada suasana hari ini dan dengan barisan pimpinan yang ada; ia hanya satu angan-angan Mat Jenin.

Jumaat, 8 Januari 2016

Dr S Subramaniam Buat Apa ? Tidur Ker ?

PERDANA MENTERI (PM) Najib Razak hari ini mengeluarkan arahan melalui akaun Facebook nya kepada pihak berkenaan agar bertindak segera mengatasi masalah di Hospital Tengku Ampuan Hafzan, Kuantan.

Masalah itu adalah berkenaan dengan kerosakkan alat penghawa dingin di Unit ICU yang menyebabkan ketidakselesaan pada para staff kakitangan hospital dan para pesakit. Suasana di kawasan itu agak panas dan semua pintu dan jendela terpaksa di buka. Mereka terpaksa menggunakan kipas.

PM bertindak mengeluarkan arahan itu setelah ianya menjadi berita utama di muka depan akhbar The Star. Dalam catatan Fbnya itu beliau mengarahkan Menteri berkenaan dan pegawai kementerian mengambil tindakan segera memulihkan keadaan.

Petikan akhbar The Star

Ini adalah salah satu contoh dari banyak insiden seperti ini yang telah berlaku sebelum ini. Nampaknya, isu-isu sebegini mendapat reaksi langsung daripada PM. Dari satu segi ia mengambarkan seolah PM begitu prihatin dan mengambil berat apa yang berlaku di seluruh negara.

Tetapi apakah isu seperti ini perlu mendapat arahan daripada seorang PM ? Apakah menteri dan pegawai-pegawai lain tidak ambil perhatian dan membuat kerja ?

Sekiranya kita imbas kembali zaman Dr Mahathir menjadi PM; isu kecil seperti ini dapat diselesaikan di peringkat Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai di bawahnya. Tidak perlu kes seperti ini sampai dan menunggu campurtangan daripada seorang PM bagi melakukan tindakan.

Apakah PM sekarang sudah tidak ada apa nak buat lagi dalam membantu dan menyelesaikan masalah dan bebanan rakyat ?

Datuk S Subramaniam

Isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup. penurunan nilai ringgit, masalah para pelajar IPTA yang terpaksa mengikat perut akibat tekanan ekonomi dan sebagainya. Semua ini banyak memberi kesan pada kehidupan rakyat. Ia perlu ditangani segera.

Adalah tidak munasabah isu yang berlaku di hospital Kuantan itu perlu mendapat reaksi terus dari PM. Tugas dan beban seorang PM melebihi dan lebih besar dari itu yang mempunyai kaitan terus dengan kehidupan rakyat seluruhnya.

Isu rasuah, kebocoran, ketelusan, isu nilai ringgit 4.40 sekarang yang bersamaan 1USD dan lain-lain isu yang menjadi tumpuan seluruh lapisan masyarakat. Rakyat menunggu apakah langkah berkesan kerajaan untuk mengatasinya.

Biar isu di hospital Kuantan itu diselesaikan sahaja oleh Dr S Subramaniam.

Dan PM berilah tumpuan masalah yang lebih serius dengan kadar segera !!



Khamis, 7 Januari 2016

Antara Tahaluf dan Taawun

DULU parti Isle Pas guna istilah "tahaluf" bagi menjustifikasi langkah mereka bekerjasama dengan parti DAP dalam Pakatan Rakyat. Kini PAS dan DAP dah bercerai dan tiada lagi Pakatan Rakyat.

Mereka bercerai kerana isu hukum hudud yang menjadi pokok perjuangan PAS. DAP tidak akan menerima hudud atas alasan apa sekali pun.

Kini istilah tahaluf yang dijaja PAS kepada para penyokongnya dan orang-orang melayu telah pun menjadi tahi. Tahaluf dah tenggelam hanyut.

Kini muncul pula istilah baru "taawun". Menurut pemimpin PAS, Mustafa Ali, taawun bererti bekerjasama dengan Umno dalam semua bidang demi kepentingan ummah. Katanya, PAS tidak akan menyertai BN tetapi akan bekerjasama dengan Umno.

Mustafa Ali

Selepas bertelagah dengan DAP, PAS kini semakin menghampiri Umno. Dalam suasana politik kini Umno memerlukan PAS bagi mengekalkan sokongan berterusan orang-orang melayu. PAS pula kata Presidennya, Hadi Awang akan memainkan peranan sebagai penasihat kerajaan.

Tahaluf dan taawun adalah istilah bahasa Arab. Dua perkataan tersebut tidak ada pun disebut dalam Al Quran.

PAS sebagai parti Isle mempunyai kelebihan dalam mempergunakan istilah-istilah tersebut bagi menyesuaikan untuk kepentingan politik parti mereka. Istilah-istilah Arab seperti ini boleh menarik perhatian dan sokongan di kalangan orang-orang Islam.

Jenama atau brand atas nama Islam menjadi satu cara "marketing" paling penting bagi menjayakan sesuatu pekerjaan. Ia sesuatu yang mesti sekiranya ingin mendapat sokongan atau sambutan orang ramai.

Terbaru dalam dunia penerbangan kini kita mempunyai Rayani Air yang sepenuhnya patuh syariah dalam perkhidmatannya.  Syarikat penerbangan ini dimiliki dan diasaskan oleh dua pasang suami isteri bukan Islam; Ravi Alagendran dan Karthiyani.

Syarikat penerbangan baru ini mempunyai potensi berkembang kerana "marketing" nya kena pada keadaan semasa di mana majoriti umat Islam mendamba perkhidmatan yang bersifat "Syariah Compliant". Pemilik dan pengasas Rayani Air telah bertindak betul dalam konteks perniagaannya.

Umat Islam pula beruntung kerana dapat perkhidmatan penerbangan memenuhi syariah pertama dalam negara.

Seterusnya istilah-istilah Arab dan berkaitan Islam akan terus menjadi bahan marketing dan tarikan dalam dunia politik mahu pun perniagaan.


Syariah Compliant



Sabtu, 2 Januari 2016

Mohd Sayuti Omar Semoga Cepat Sembuh



Dalam keadaan keuzuran
Di atas katil
Dalam wad hospital
Tangan dan jari-jemarinya terus menggodam papan key bod
Fikirannya terus meronta-ronta...
Kekuatan penulis bukan terletak di badannya.
Tapi di akal fikirannya.

Selamat menulis, bung...menulis, menulis terus menulis..
Sehingga tinta mu memenuhi lautan yang luas tidak bertepi...

Jumaat, 1 Januari 2016

Quran : Antara Mengaji Dan Memahami

90 peratus orang Islam tidak tahu mengaji Quran, kata Rosyam Nor - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/90-peratus-orang-islam-tidak-tahu-mengaji-quran-kata-rosyam-nor#sthash.BBGMsqaO.dpuf



Rosyam Nor

MENGAJI Quran dan memahami isi kandungannya adalah dua pengertian berbeza. Mengaji atau membaca tanpa memahami isi kandungan yang dibaca tentulah tidak sama manfaatnya dengan membaca serta dapat memahami apa yang dibaca.

Kenyataan pengarah dan pelakon Rosyam Nor bahawa 90 peratus orang Islam tidak boleh mengaji Quran adalah betul. Tetapi mengaji yang dimaksudkan Rosyam itu tidak bermakna mereka yang boleh mengaji dapat memahami kandungan Quran dari surah ke surah dan dari ayat ke ayat.

Kita biasa dengar orang berkata, "Saya khatam Quran sebanyak tiga kali" dan sebagainya. Tetapi belum tentu seseorang yang khatam Quran dapat memahami isi kitab itu.

Bagi mereka yang khatam dan dapat memahami kandungannya tentulah mendapat pahala dan manfaat yang tidak ternilai. Namun adakah ramai orang Islam yang benar-benar memahami kalam Allah itu ?

Sekiranya Rosyam berkata 90 peratus orang Islam tidak boleh mengaji Quran sebenarnya yang lebih tepat ialah mereka bukan sahaja tidak boleh mengaji malah yang boleh mengaji tetapi tidak memahami isi kandungannya.

Untuk memahami Quran tentunya perlu memahami bahasa Arab. Tetapi itu bukanlah masalah dan penghalang. Kerana kini banyak terjemahan dan tafsir yang boleh memudahkan kita memahami isi maksudnya.

Di dalam Quran Allah ada menyebut bahasa Arab bukan penghalang bagi mempelajari dan memahaminya. Quran adalah mudah dan Allah bertanya lagi, "Adakah kamu tidak mahu mempelajarinya ?".

China Beli Aset 1MDB

1MDB telah menjual beberapa asetnya bagi mengurangkan hutang berjumlah RM42 billion. Power Plant, Edra telah pun dijual pada pihak China dan yang terbaru equiti 60%  Bandar Malaysia juga telah dibeli syarikat Kumpulan China.

Dengan penjualan aset-aset tersebut 1MDB kini boleh mendakwa hutangnya yang bertimbun itu telah dapat dikurangkan. Dan proses memulihkan syarikat yang sarat dengan hutang itu berjaya dilaksanakan.

Sejak ditubuhkan, 1MDB adalah sebuah syarikat pelaburan strategik kerajaan. Namun hanya dalam masa enam tahun kewujudannya ia telah menghadapi masalah hutang yang tinggi dan luar biasa.


Perdana Menteri merangkap Penasihat 1MDB telah berjanji akan menyelesaikan masalah syarikat pelaburan itu dalam masa enam bulan. Dan janji ini telah pun dikotakan dengan penjualan aset-aset tersebut pada pihak China.

Persoalannya, sebagai sebuah syarikat pelaburan strategik dan konsep perniagaan untung rugi; apakah dengan menjual segala aset yang ada sebagai jalan keluar menyelesaikan masalah itu merupakan satu langkah strategik ?

Jadi apa istimewanya penubuhan 1MDB itu sekiranya ia terpaksa menjual aset-asetnya bagi membayar hutang ? Bila ia menjual semua asetnya yang penting; di mana lagi ia akan memperolehi pendapatan dan kemasukan aliran wang tunai seterusnya ? Kerana penjualan aset-aset tersebut masih belum mencukupi melangsaikan segala baki hutang syarikat itu.

Apakah kerajaan terpaksa menambahkan lagi modal pusingannya yang dikatakan bermula penubuhannya dengan bermodal RM1 juta.

Nampaknya sistem model syarikat perniagaan kerajaan di negara ini adalah menjual harta untuk membayar hutang. Kalau ini lah cara perniagaan dijalankan sesiapa pun mampu lakukan. Tidak payah membayar gaji yang lumayan pada para Eksekutif syarikat menguruskannya. Orang-orang biasa pun boleh melakukannya.

Syarikat penerbangan MAS ketika di bawah pengurusan Idris Jala pun telah melakukan perkara yang sama iaitu dengan menjual bangunan ibu pejabat MAS di Kuala Lumpur sebagai satu penyelesaian mengurangkan beban hutang. Kini 1MDB telah menjejaki langkah Idris Jala itu.

Apa yang menarik penjualan aset 1MDB pada pihak China adalah perkataan Cina itu sendiri adalah amat sensitif pada para pejuang yang memperjuangkan ketuanan melayu. Isu Plaza Low Yat dan MARA Digital adalah isu berkaitan melayu - cina. Ia terlalu sensitif.

Namun yang menghairankan di mana suara-suara yang memperjuangkan ketuanan melayu dalam soal pembelian aset-aset penting negara itu oleh pihak China ? Malah ada suara-suara nakal memperkatakan Cina tidak perlu lagi balik ke Tanah Besar kerana negara mereka adalah di sini.

Pada para pejuang ketuanan melayu perlu lah cermin diri. Tidak perlu memainkan isu perkauman semata-mata kerana mahu mengangkat martabat bangsa. Martabat bangsa hanya dapat dibangunkan dengan kecekapan, ilmu pengetahuan, inovasi, kematangan berfikir, kepantasan bertindak etc. etc.

Sudah lebih 58 tahun merdeka. Kita perlu melangkah kehadapan bukan undur ke belakang.