Isnin, 28 Disember 2015

Mat Maslan Terjun Dengan Labu-Labunya...

TIMBALAN MENTERI Mat Maslan IQ 3.85 bercakap macam orang bodoh lagi. Kali ini dia menyarankan agar rakyat membuat dua jenis pekerjaan bagi menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Dulu dia suruh para pelajar masak sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan akibat cukai GST.

Mat Maslan memberi contoh dia sendiri mempunyai tiga pekerjaan sebagai wakil rakyat, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan Umno. Tetapi dia tidak sebut dia ada menerima duit RM2 juta dari Presiden Umno.


Kenyataannya itu dibuat kononnya mahu menasihat rakyat agar mencari kerja lebih dari satu untuk menampung kehidupan yang semakin mencabar lantaran kelembapan ekonomi, kemerosotan nilai ringgit yang mengakibatkan segala-galanya meningkat.

Kenapalah pemimpin politik bertaraf menteri di negara ini sering sangat membuat kenyataan-kenyataan bodoh seolah memandang rendah tahap pemikiran rakyat.

Sebelum ini seorang lagi bertaraf menteri mencadangkan agar rakyat bangun awal pagi bagi mengelak bayar tol dan menghadapi kesesakkan lalulintas.

Kenyataan menteri-menteri ini telah mendapat reaksi panas dari sebahagian besar orang ramai dan menimbulkan kemarahan rakyat di bawah. Apakah mereka tidak berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu kenyataan itu ?

Seperti kata Mat Maslan dia mempunyai tiga pekerjaan sekaligus. Adakah dia sedar dia juga menyindir bossnya yang juga mempunyai banyak pekerjaan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Penasihat 1MDB dan wakil rakyat ?

Nampaknya, kenyataan-kenyataan bodoh dari pak-pak menteri akan terus didengar sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 2018.

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan...biarkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan