Sabtu, 22 Ogos 2015

Antara Bersih dan Sehati Sejiwa

KEMENTERIAN Pendidikan telah mengeluarkan arahan semua pelajar sekolah di Pulau Pinang dilarang ikut serta dalam atur cara menyambut hari kemerdekaan di negeri itu pada 31 Ogos ini.

Ini berikutan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang menetapkan perkataan "Bersih" sebagai tema hari merdeka bagi negeri itu. Sedangkan tema yang ditetapkan kerajaan pusat adalah "Sehati Sejiwa".

"Bersih" bunyinya sama dengan Bersih 2.0 dan Bersih 4 sebuah pertubuhan yang sedang giat mengadakan perhimpunan di ibukota, Sabah dan Sarawak untuk menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan dan melakukan reformasi secara menyeluruh institusi kerajaan dari gejala rasuah serta segala bentuk ketidaktelusan

Bersih juga adalah antara slogan yang popular pada era Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkempen sebuah kerajaan Bersih, Cekap, Amanah.

Setakat ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak berganjak dengan tema pilihan negeri itu yang katanya mempunyai persamaan slogan kerajaan semasa Dr Mahathir.

Nampaknya bila sesuatu perkara itu melibatkan politik ia akan menjadi terlalu sensitif. Lebih-lebih lagi kini suasana dalam negara berada dalam keadaan super sensitif !

Nilai ringgit yang jatuh ke paras RM4.12 bersamaan USD.

Skandal 42 billion 1MDB yang semakin hilang fokus !

Dana 2.6 billion masuk dalam akaun PM.

Dan lain-lain lagi.

Barangkali dalam keadaan begini sensitif ibu-ibu yang bakal melahirkan anak seharusnya tidak memberikan nama anak-anak mereka seperti Najib, Razak, Rosmah, Mahathir, Guan Eng, Nuar, Hadi Bawang dan lain-lain kerana ia mungkin sensitif pada pihak tertentu.

Sekiranya mereka berdegil juga dengan memberikan nama-nama tersebut mereka bakal menghadapi masalah...hahaha...

Alahai, politik boleh bikin orang jadi bertambah dungu !

Khamis, 20 Ogos 2015

Mahathir Kesal Tersilap Pilih Pengganti

Mr Clean

Mr Cash Is King


    HAHA...APO NOK DI KATO SESAL DAHULU
    PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN JADI BUBUR..                 

Selasa, 18 Ogos 2015

Apo Nok Di Kato Lu Pikir Lah Sendiri !!

Tan Sri Shahrir Abdul Samad


RAKYAT menerima dengan baik penjelasan kerajaan berkenaan dengan wang RM 2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin Umno Tan Sri Shahrir Samad.

No problem !

Para pemimpin Umno pun ada menerima bahagian masing-masing. Ada yang dapat RM2 juta. Ada dapat RM1juta dan RM50,000.

Rakyat pun dapat juga melalui BR1M secara ansuran RM300 x 3 = RM 900 dalam masa setahun.

Jadi tak payah lah banyak komplen itu ini, begitu begini.

Rakyat terima BR1M seperti orang minta sedekah beratur panjang mengikut giliran.

Kesian  pada pakcik dan makcik selepas terima BR1M bila pihak TV tanya nak buat apa dengan duit itu ? Mereka kata nak beli barang-barang dapur, nak simpan belanja untuk cucu dan sebagainya. Ada juga dengan muka yang senyum berkata, " Makcik nak simpan.' Apa lah yang ada pada nilai RM900 dengan segala kenaikkan kos sara hidup sekarang. Apatah lagi duit BR1M dibagi secara tiga kali ansuran.

Berita baru ada wakil rakyat menggesa kerajaan menaikkan elaun mereka kerana tidak cukup dan berkesan dalam menjalankan tugas sebagai YB dengan elaun sedia ada. Mereka mahu elaun mereka dinaikkan. Satu lagi alasan mereka bagi mengelakkan perbuatan rasuah !

Pada hal elaun wakil rakyat parlimen baru sahaja dinaikkan baru-baru ini dari RM6,000 kepada RM16,000 !

Haha...apo nok dikato ! Lu pikir lah sendiri !!


Tipu Se Kali Buleh Dua Kali Pong Buleh Tapi Tok Ke Nok Tipu Sokmo


Bekas Peguam Negara Perlu Beri Penjelasan

HINGGA hari ini tidak siapa pasti punca sebenar bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diberhentikan secara mendadak.

Ketika diberhentikan dari jawatannnya dia sedang mengetuai satu Task Force menyiasat isu skandal 1MDB.

Berita bertiup kencang tersebar mengatakan bekas Peguam Negara itu telah menyiapkan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.

Tan Sri Abdul Gani Patail

Pihak polis mengesahkan kertas penyiasatan dan deraf pertuduhan itu telah bocor dan telah sampai ke tangan pihak luar. Tetapi polis pula mengesahkan maklumat yang bocor tersebut adalah palsu dan bukan yang tulen dari pihak berkuasa.

Persoalannya; kalau ia adalah palsu kenapa ayat 'bocor' digunakan ? Sekiranya ia palsu perkataan bocor itu tidak tepat dan relevan. Jika ayat bocor itu masih dipertahankan bererti ia adalah maklumat yang sahih.

Dan berita baru yang paling menarik adalah pengesahan dari Pengarah Strategik dan Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa Perdana Menteri telah campurtangan dalam siasatan tersebut dan soal pemecatan Gani Patail.

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Mereka yang berada di luar kerajaan seharusnya berterima kasih dan memberi sekalung bunga ke leher Rahman Dahlan di atas maklumat dan pendedahan itu sempena sifatnya sebagai Pengarah Strategik BN !

Namun isu ini akan lebih lengkap sekiranya bekas Peguam Negara membuka suara dan tidak terus membisu dengan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Apa pun kita memahami kedudukan bekas Peguam Negara yang masih dalam jawatan perkhidmatan awam dan akan pencen pada Oktober ini. Dia perlu memikirkan soal imbuhan, pencen dan masa depannya setelah tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

Sekali lagi terbukti benar apa yang dikatakan Perdana Menteri - CASH IS KING !!

Ahad, 16 Ogos 2015

Perdana Menteri Kata " Cash Is King "

TIMBALAN Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanya pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sampai bila siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan selesai dan dimuktamadkan. Sampai bila kena tunggu, tunggu dan tunggu ? Tanya Muhyiddin semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Pontian.

Muhyiddin berkata, rakyat sudah hilang sabar dan mahu isu skandal 1MDB yang berhutang sebanyak RM42 billion dipercepatkan siasatannya dan diselesaikan secepat mungkin. Kerana ini membabitkan defisit keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin serius.

PM Najib dan Mat Maslan 3.85


Tambah Timbalan Presiden Umno itu lagi tempoh bagi menyelesaikan isu 1MDB mestilah ada limit nya dan dalam tempoh tertentu bukannya diheret dan ditangguh-tangguhkan. Kerajaan perlu cepat menyelesaikannya bagi memulihkan keyakinan rakyat yang semakin hilang kepercayaan.

Seperti kata Muhyiddin, jika pilihan raya diadakan hari ini atau esok, Umno akan kalah !

Tetapi masalahnya sekarang, Perdana Menteri Najib dan Mat Maslan lQ 3.85 berpendapat Umno tidak akan kalah dalam pilihan raya kerana pilihan raya tidak akan diadakan hari ini atau esok. Malah Perdana Menteri menegaskan bahawa pilihan raya lambat lagi dan Umno masih mempunyai banyak masa lagi untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

Hahaha...wahai Timbalan Presiden ikut sahajalah cakap Perdana Menteri dan Mat Maslan 3.85 yang pilihan raya itu lambat lagi dan tidak perlu panik dan gundah gulana.

'Cash Is King' boleh menyelesaikan segala-galanya. Tanggung beres ! Kabarnya, Perdana Menteri telah menaikkan peruntukan untuk setiap kawasan parlimen BN lebih dari RM5 juta bermula tahun hadapan.

Dan banyak lagi peruntukkan dan durian runtuh menunggu rakyat, agensi kerajaan, badan-badan NGO dan lain-lain.

'Cash Is King' !!

Hooray ! Hooray !

I love Piem ! I love Piem !

Ayam 4 U ! Ayam 4 U !

Pejuang Agama Sembunyi Di Mana ?

 Ini adalah sebuah sajak dari seorang pembaca Anon: kopi dari blog OutSyed TheBox.




Manakah para pejuang agamaku,
Manakah para ustaz dan ustazahku
Manakah para agamawan ulama islamku
Menagapakah kalian kaku dan bisu?

Wanita tak tutup aurat,
Kaulah nombor UNO beri nasihat
Muslim ditangkap khalwat
Kau berceramah tanpa had

Dulu heboh kes liwat
Hukum hudud kena sebat
Apabila duit rakyat dirembat
Mengapa mulut kamu tutup rapat?

Sebelah mana kamu orang beragama?
Adakah Cash is King yang menutup mata?
Yang nyata haram takut bersuara
Tidak kah takut kemurkaan Allah Yang Esa?

Yang nyata salah dihalal tanpa kira
Yang nyata pencuri dijadikan heronya
Yang nyata perosak negara diangkat darjatnya
Yang nyata pejuang agama sembunyi di mana?

Sabtu, 15 Ogos 2015

Khairy Hang Ada Biji !!


Khairy....Hang ada biji..

KETUA PEMUDA Umno, Khairy Jamaluddin berkata ia tidak pro Najib atau pro Muhyiddin dalam suasana politik yang melanda parti itu kini. Dia kata dia pro Umno dan mahu parti itu kuat dan terus menang dalam pilihan raya.

Dalam ucapan di mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Lumut, Khairy menegaskan ahli-ahli Umno mesti berani bersuara dan mengeluarkan pandangan yang benar demi keutuhan parti. Dia tidak mahu ahli parti lebih-lebih lagi di akar umbi mempunyai sindrom penafian ke atas apa yang berlaku dalam parti.

Mereka kena bersuara menyatakan realiti dan tidak mengharapkan kelemahan parti lawan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Bagi Khairy, individu tidak penting. Yang penting adalah parti.

Tahniah Khairy ! Hang memang ada teloq dan ada biji !

Bukan seperti Hang Bugis yang takdak teloq dan takdak biji.

Hidup Khairy ! Hidup Umno !

i love Khairy ! i love Khairy !

i M For U ! i M For U !

Pada Hang Bugis - Ayam For U ! Ayam For U !

Jumaat, 14 Ogos 2015

Perdana Menteri Kata Pilihan Raya Lambat Lagi

Perdana Menteri


Nilai mata wang ringgit terus jatuh ke paras lebih RM 4 bersamaan dengan Satu US Dollar.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan salahkan situasi politik negara sebagai puncanya.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak dapat meneruskan siasatan terhadap 1MDB sehingga Oktober ini kerana tiada pengerusi. ( Tangguh lagi...)

Pada Jun lalu dua pegawai CEO 1MDB tidak dapat hadir mengadap PAC kerana alasan berada di luar negara. ( Pandai buat alasan...)

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, salah seorang ahli Task Force menyiasat 1MDB diberhentikan perkhidmatannya. Kini Task Force tersebut seperti tidak wujud lagi dan lumpuh sama sekali.

Dua pegawai tinggi SPRM dan lain-lainnya yang terlibat dalam siasatan 1MDB pula telah disiasat polis. Kata pegawai SPRM yang kena siasat polis - ' Ini kerja gila'.

Nama-nama mereka yang terlibat dalam isu 1MDB seperti seorang usahawan muda Cina tidak pun dipanggil untuk disoal siasat. Orang lain pulak yang kena soal siasat.

Sehingga hari ini Perdana Menteri belum lagi mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal yang mendedahkan isu berkaitan 1MDB.

Dan banyak lagi dan banyak lagi.

Semua ini menimbulkan persepsi negatif terhadap Perdana Menteri dan kerajaan. Sedangkan Perdana Menteri sendiri menyeru agar tidak melihat isu 1MDB hanya sudut persepsi. Tetapi dia lah yang mencipta dan menimbulkan persepsi negatif itu.

Perdana Menteri perlu segera menyelesaikan isu 1MDB ini secepat mungkin hingga ke akar umbinya sekiranya dia ingin melenyapkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan dirinya.

Atau pun dia mungkin rasa tidak perlu kerana beranggapan pilihan raya bukan hari ini atau esok atau lusa. Kerana dia pernah kata pilihan raya lambat lagi.

Mat Maslan IQ 3.85 pun kata pilihan raya lambat lagi.

Hooray !! Hooray !!










Khamis, 13 Ogos 2015

Hang Tadak Biji & Hang Pi Mana




Hang Tadakbiji promised to meet the G25 about 6 months ago to discuss these very important issues - of how Islamic laws and the constitution and secular laws can co-exist.

The PMO confirmed that a meeting had been set up.

Hang Tadakbiji broke his promise.

In March, the BN party presidents announced confidently that Hang Tadakbiji would issue an official stand on hudud within days.

Hang Tadakbiji broke his promise.

You see, Hang Tadakbiji really does not care about the good of the country or the people. He is a very simple man. He just wants to cling on to power, and will do anything to achieve that aim. He is 100% self-centred.

Meanwhile, the issue continues to fester.

Here's another example:

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/religious-council-takes-stand-that-islamic-law-is-above-constitution

"The Federal Territories Islamic Religious Council (MAIWP), which opposes non-Muslim lawyers practising Shariah law, today gave notice that all Islamic enactments are excluded from fundamental liberties in the Federal Constitution. MAIWP's position means that it does not hold the Federal Constitution as being secular in nature."

You cannot expect the courts to sort this out piecemeal.

That Indian mother's custody case and dozens of others have taken years. Much injustice has been done.

Do not expect the gomen to do anything.

Their energy is all concentrated on keeping the 3,000-lb national burden and Mr Water Spinach in their current home.

Rabu, 12 Ogos 2015

Hidup Umno ! Hidup Melayu ! Hidup Mesia !



TIDAK pernah berlaku dalam sejarah nilai mata wang ringgit jatuh susut sehingga mencecah RM 4.00 bersamaan dengan satu US Dollar. 

Tahniah kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dengan segala perkembangan yang berlaku di dalam negara. 

Semuanya kelihatan lintang pukang tiada arah tujuan seperti ibarat kapal kehilangan nakhoda. Seperti  anak ayam kehilangan ibu. Seperti bas tanpa pemandu. Tunggu masa masuk longkang ! Adoi laa !!

Perdana Menteri kelihatan seperti tidak relevan lagi dengan suasana yang berlaku. Buat tidak reti sahaja dengan reaksi dan makum balas dari rakyat bawahan. Buat muka tebal dan pekak badak !

Apa yang penting kuasa dan kedudukan mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun. 

" Cash Is King " ini lah moto dan umpan paling ampuh bagi memenuhi segala impian untuk terus berada di Putrajaya.

Tahniah kepada semua 192 Ketua Bahagian Umno seluruh negara yang tiada 'teloq' dan sanggup 'berjuang' demi 'CASH' dan sampai hati melihat Umno bakal menjadi parti longkang serta terus hanyut dalam PRU 14 nanti.

Hidup Umno ! Hidup Melayu ! Hidup Mesia !

i love PM ! i love PM !

Ayam For U ! Ayam For U !

Selasa, 4 Ogos 2015

I Love PM ! I Love PM !



SUDAH sah duit RM 2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak bukannya wang 1MDB tetapi adalah wang sumbangan atau  derma dari seseorang yang pemurah dari Tanah Padang Pasir. Ini disahkan oleh pihak SPRM.

Dengan pengesahan dari SPRM ini baru padan muka dengan parti pembangkang terutamanya Rafizi Ramli, Tony Pua dan lain-lain yang menuduh berbagai tuduhan terhadap Najib dan 1MDB. Che Det juga kena semangkuk kerana lantang mengkritik PM Najib. Hahaha......

Hooray ! Hooray !

PM Najib dipihak yang benar !

Hidup Umno ! Hidup Melayu ! Hidup Mesia !

I love PM ! I love PM !

Ayam For U ! Ayam For U !


Ahad, 2 Ogos 2015

Najib mohon kesetiaan ahli Umno



PRESIDEN UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa ahli-ahli Umno mencontohi sikap para penyokong parti pembangkang yang tetap setia memberi sokongan pada pemimpin mereka walaupun dituduh berbagai tuduhan dan didapati bersalah oleh mahkamah.

Menurut Najib, ini membuktikan parti pembangkang lebih mengutamakan kemenangan parti lebih dari individu.

Ini tentunya merujuk pada pemimpin anugerah Tuhan yang kini meringkuk di Sungai Buloh yang sebelum itu didedahkan dengan skandal video 'China Doll' . Walaupun video tersebut didapati tulin namun para penyokong parti pembangkang terus memberi sokongan tidak berbelah bagi pada pemimpin mereka.

Dalam ertikata lain, Najib mahu ahli-ahli Umno mencontohi sikap sedemikian dalam memberi sokongan kepadanya sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri dalam menghadapi isu skandal 1 MDB yang kini boleh mengancam jawatan yang disandangnya.

Dan apakah ini juga bermakna Najib mengakui segala laporan tentang 1 MDB itu ada juga kebenarannya ? Seperti laporan tentang pemindahan sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya ? Dan laporan-laporan lain yang berkaitan dengannya ?

Ha ha ha..

Hi hi hi..

Ho ho ho...