Selasa, 9 Jun 2015

Mat Sabu kata pelik bila dia dapat undi sikit

RASA geli hati melihat gelagat beberapa pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu beberapa hari lalu. Ada yang menangis, merajuk dan cakap menyindir melepaskan luahan dan perasaan. Ada juga yang kata pelik.

Apa lagi yang tidak kena ? Sebagai ahli parti Isle tetapi menganut fahaman demokrasi barat sejak sekian lama mestilah menerima apa sahaja keputusan para ahli parti. Jangan hanya pandai bercakap soal demokrasi tetapi bila kalah bertanding seolah tidak boleh menerima keputusan.

Mat Sabu kata pelik dia dapat undi sikit...

Pada mereka yang tewas sepatutnya bersikap gentleman menerima keputusan dengan lapang dada dan jiwa yang besar. Tetapi ini tidak berlaku seolah bersikap seperti budak-budak sekolah yang belum matang.

Seharusnya mereka yang tewas patut memberi ucapan begini, " Saya menerima keputusan para perwakilan atas semangat demokrasi dan akan terus berjuang dalam parti serta berikrar akan memberi penuh kerjasama kepada yang telah menang dan terpilih". Dan juga, " Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada si polan-si polan di atas kemenangannya".

Tak payah lah merajuk, menangis dan menyindir begitu begini selepas gagal dalam pertandingan. Sebagai pemimpin dan ahli politik kena lah menerima kekalahan dan bukan hanya mahu menang semata-mata.

Nasharuddin Mat Isa

Saya masih ingat beberapa tahun dahulu calon ulama dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa tewas pada Mat Sabu dalam perebutan jawatan nombor dua parti. Setelah tewas dan gagal mempertahankan jawatannya, Nasharudin menerima keputusan parti . Dia tidak merajuk, menangis atau menyindir pada mereka yang telah menang dan terpilih. Dia terus berada dalam parti walau pun berbeza pandangan dalam arah tuju parti.

Bagi mereka yang tidak boleh menerima kekalahan boleh tubuh parti sendiri. Boleh lantik diri sendiri jadi Presiden atau Timbalan Presiden. Dan lepas itu boleh pegang jawatan itu sampai mati. Dan jangan bagi orang lain bertanding melawan jawatan yang dipegang.

Le PAS tu dalam ceramah cakap kita parti Isle. "Berjue" untuk Isle.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan