Sabtu, 6 Jun 2015

Dr Mahathir tidak perlu berucap di pentas PAS

TIMBALAN Presiden PAS yang baru dipilih, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat tawaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap di atas pentas PAS selepas pihak polis melarang negarawan itu bercakap dalam satu forum di PWTC, Jumaat lalu.

Dalam program forum itu pihak polis melarang Dr Mahathir untuk terus berucap setelah beliau mula bercakap dalam masa 10 minit berkenaan dengan skandal RM42 billion hutang 1MDB dan ahli perniagaan bernama Jho Low.

Dr Mahathir

Niat Timbalan Presiden PAS yang baru itu untuk memberi ruang kepada Dr Mahathir adalah baik. Tetapi Dr Mahathir bukanlah seorang ahli politik bertaraf hingusan. Beliau adalah Perdana Menteri selama 22 tahun negara ini. Beliau juga bukan politikus sembarangan. Dr Mahathir adalah seorang negarawan.

Cara beliau berfikir dan bertindak adalah di luar kotak dan bukan biasa-biasa seperti ahli-ahli politik yang ada hari ini. Mereka semua baik dalam kerajaan atau pembangkang hanyalah bertaraf " half past six" termasuklah seorang pemimpin berdarah Bugis dan mengaku sebagai pahlawan.

Tuan Ibrahim perlu tumpu pada tugasnya yang baru sebagai orang nombor dua Parti Isle di negara ini dan tidak perlu campur tangan dalam urusan parti Umno.

Soal Mahathir menyerang Najib adalah urusan dalaman Umno dan tidak perlu bantuan dari mana-mana pihak termasuk parti PAS.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Isu 1MDB adalah isu negara dan semua parti dalam negara ini berhak mempersoalkan cara Najib mengendalikan skandal kewangan ini. Namun baik PAS, PKR dan DAP tidak akan mampu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tokoh yang berkemampuan mengundurkan Najib di Putrajaya hanyalah Dr Mahathir. Tindakan Dr Mahathir adalah betul dalam usaha menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Kerana usaha ini bukan untuk kepentingan individu tertentu tetapi adalah untuk kepentingan Umno dan Barisan Nasional.

Dr Mahathir tidak perlu pentas PAS atau bantuan dari mana-mana parti pembangkang bagi menjatuhkan Najib. Beliau akan lakukan dalam konteks Umno kerana Umno yang mahu beliau selamatkan bukan Najib.

Dr Mahathir bukan bodoh dalam usahanya menjatuhkan Najib kelak akan memberi laba pada parti pembangkang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan