Selasa, 11 Disember 2012

B.J. Habibie dengan Pak Lah senasib

Kepimpinan lemah dan singkat

BEKAS Presiden Indonesia selepas Suharto, B.J. Habibie, telah menjadi tetamu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diberikan penghormatan mengadakan ceramah di Universiti Selangor baru-baru ini.

Habibie adalah teman rapat Anwar. Ketika beliau menjadi Presiden menggantikan Suharto, Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri. Selepas Anwar dipecat dari kerajaan, Habibie menunjukkan sokongan dan simpatinya terhadap beliau.

Ekoran ceramah Habibie dan menjadi tetamu kehormat Anwar di negara ini ia telah mendapat respon dan kritikan dari Zainuddin Maidin (ZAM) dalam tulisannya di Utusan Malaysia pada 10 Dis. 2012, bertajuk, ' Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar Ibrahim'.

Berikutan tulisan itu ia telah membangkitkan kemarahan Anwar. Namun Anwar dalam reaksi ringkasnya menempelak Zam,  dia tidak pula menjawab satu persatu fakta yang dibangkitkan Zam dalam tulisannya itu berkaitan Habibie dengan Anwar.

Antara poin yang tidak dapat disangkal ialah Habibie semasa berkuasa terpaksa tunduk desakan kuasa barat dengan mengadakan pungutan suara di wilayah Timor Timur dan memberi laluan wilayah itu merdeka serta terkeluar daripada republik itu. Dan juga mencatat sejarah sebagai Presiden Indonesia paling singkat memegang jawatan - satu tahun lima bulan. Dalam ertikata lebih luas, Habibie juga boleh dianggap sebagai Presiden paling lemah republik itu.

Bagi Zam, Anwar cuba meraih publisiti politik dengan hampirnya PRU 13 di atas kunjungan Habibie. Sedangkan pada Zam, kualiti kepimpinan Habibie ada persamaan dengan Anwar yang begitu cenderung pada IMF semasa negara menghadapi krisis kewangan pada 1997-98. Seperti kata Zam mereka berdua tidak lebih dari ' The Dog Of Imperialism.'

Dari sudut yang lain pula Habibie mungkin senasib Tun Abdullah Badawi sebagai pemimpin yang dianggap gagal semasa kepimpinannya. Sekiranya Habibie semasa berkuasa terpaksa tunduk dan melepaskan wilayah Timor Timur, Pak Lah pula menjadi faktor sumbangan ke atas prestasi terburuk Umno dan BN pada PRU 12, 2008.

Mereka berdua tidak lama sebagai Presiden dan Perdana Menteri.

1 ulasan:

  1. tulisan itu juga membangkitkan kemarahan rakyat dan pemerintah Indonesia, hanya karena kepentingan politik, kalian sudah berani memfitnah dan menghina mantan Presiden dari sebuah negara berdaulat -- ajaibnya kalian bangga dengan perbuatan rendah itu.

    Habibie memang Presiden tersingkat, tapi beliau juga Wakil Presiden tersingkat (dua bulan + tujuh hari), singkat-lamanya masa pemerintahan tidak menunjukkan kuat-lemahnya syahwat kekuasaan seseorang, bedakan antara Negarawan dan Politikus. Bagi kami, Beliau adalah Negarawan.

    Melepaskan Timor Timur bukan pengesahan menyebut Beliau sebagai Anj*ng Imperialis dan meskipun kami menyesali keputusan itu namun kami tetap menghormatinya.

    Pelajari dulu kemelut 1998 di Indonesia, sepak terjang Presiden Habibie dan ancaman disintegrasi Bangsa Indonesia saat itu. Jangan mudah menyebarluaskan fitnah dan berkacalah pada diri sendiri jika Anda menjadi beliau di saat-saat genting itu.

    Habibie dan Indonesia tidak pernah menjadi sekutu kaum imperlialis, apalagi menjadi Anjing Penjaga Istana Buckingham, meskipun kini memiliki Presiden yang bergelar Knight.

    Jadikan itu sebagai bahan renungan.

    BalasPadam