DENGAN ikrar Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang parti itu tidak akan menyertai kabinet memberi peluang pada Umno bagi mengisi kekosongan. MCA tidak akan menerima sebarang jawatan kabinet ekoran prestasi buruk parti itu dalam PRU 13.
Empat portfolio tradisi yang diberikan pada MCA adalah Menteri Pengangkutan, Menteri Kesihatan, Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan. Selain itu beberapa jawatan Timbalan Menteri.
Oleh kerana para pengundi Cina menolak MCA dan menikam Barisan Nasional (BN) dari belakang, maka mulai hari ini mereka kenalah mengadu pada DAP segala permasalahan mereka. Mereka telah memilih DAP sebagai mewakili suara mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menterjemahkan segala mesej yang diberikan para pengundi Cina dalam PRU 13 lalu tanpa melakukan sebarang penindasan dan kezaliman pada kaum Cina. Kaum Cina perlu mengakui hakikat mereka tidak akan ada wakil atau suara dalam kerajaan lagi.
Sebaliknya PM Najib sendiri akan memikul amanah dan tanggungjawab membela nasib mereka. Lagi pula Umno dan BN telah mendapat sokongan kuat dari kaum melayu berbanding kaum Cina. Kaum Cina sudah tidak perlukan BN lagi.
Justeru itu kementerian kosong yang ditinggalkan MCA perlu di isi oleh Umno atau parti komponen BN di Sabah dan Sarawak yang telah memberi sumbangan kerusi pada BN. Semuanya ini terserah pada budi bicara PM Najib mempertimbangkannya.
Datuk Seri Najib tidak perlu merayu atau bersikap apologetik terhadap pengundi Cina yang telah menolak kepimpinannya dan menerima DAP.
Para pengundi Cina telah melakukan satu langkah besar dengan niat menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan