Kerajaan kena pinda undang-undang
SELEPAS PRU 13 sekiranya Barisan Nasional(BN) kembali mengekalkan kuasa di Putrajaya, antara langkah penting yang perlu diambil ialah meminda undang-undang melarang mana-mana pihak mengguna perkataan Islam sebagai nama parti.
Langkah ini penting bagi mengelak kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat berterusan. Pas sebagai satu-satunya parti berlabel dan berjenama perkataan Islam di negara ini telah berjaya mengekploitasi dan memperguna sepenuhnya untuk kepentingan politik dan partinya.
Para pemimpinnya telah menanamkan fahaman di kalangan pengikutnya bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Apa sahaja fatwa dan pendirian para pemimpin Pas adalah mengikut ajaran Islam sebenar. Kalau ada pandangan dari pihak di luar Pas, maka ia dianggap sebagai tidak Islam, sekalipun ia datang dari para Mufti yang berkelayakan.
Benarkah semua pendirian para pemimpin Pas termasuk Ustaz Nik Abdul Aziz dan Ustaz Hadi Awang betul belaka dan tidak boleh dipertikaikan ? Kes Amanat Hj. Hadi yang mengkafirkan sesama Islam sejak lama dahulu hingga kini tidak selesai malah memberi kesan besar pada perpaduan umat di negara ini.
Sikap Nik Aziz yang suatu masa dulu mengecam Dr. Mahathir supaya berhenti kerana terlalu lama berkuasa dan menggelarnya sebagai diktaktor. Namun kini apa yang dilemparnya terhadap negarawan itu terpalit pada dirinya sendiri.
Sudahlah uzur dan tidak mempunyai idea-idea dan sumbangan besar dalam konteks pembangunan negara masih mahu menduduki kerusi empuk Menteri Besar, Kelantan. Jarak 22 tahun dan akan memasuki tahun ke 23 satu tempoh panjang mengatasi Dr. Mahathir yang dianggap diktaktor, mahaFiraun, mahazalim dan sebagainya.
Apa pun Dr. Mahathir, 87 tahun kelihatan lebih sihat dan cergas dan masih terus memberi sumbangan fikiran dan sebagainya berbanding Nik Aziz, 81 tahun. Tetapi apakan daya kerana beliau seorang bertaraf ulama dan Tok Guru, maka apa sahaja tindakannya adalah benar dan kudus, tidak ada cacat celanya. Orang pun tidak berani sanggah kerana kedudukannya yang tinggi itu.
Sampai ada pemimpin Pas di Kelantan menyuarakan agar Nik Aziz duduk sahaja tidak perlu buat kerja kerana keuzurannya, malah akan ada orang yang akan membantunya dalam tugasnya sebagai MB. Dalam konteks kepimpinan betulkah kaedahnya begitu ? Dengan ertikata lain, dapat gaji percumalah begitu !
Oleh kerana dia bertaraf ulama, maka tidak ada apa kesalahannya. Semuanya molek belaka. Islam telah menjadi alat dan topeng semata-mata demi kepentingan politik parti. Pas itu Isle. Isle itu Pas. Selain parti Pas semua bukan Isle.
Selagi parti Pas terus memperguna perkataan Isle kerana untuk dapatkan kuasa selagi itulah suasana dalam masyarakat Islam akan berpecah belah akibat fahaman dan tafsiran yang punya kepentingan tertentu. Islam sepatutnya menjadi alat perpaduan dan kesatuan ummah bukannya mendorong ke arah perpecahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan