Bekas Pengarah Urusan dan CEO Malaysian Airlines System (MAS) dari 1982 hingga 1991, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, 87 telah meninggal dunia.
Allahyarham Aziz tidak dapat dipisahkan dengan sejarah kejayaan syarikat penerbangan MAS.
Dibawah pengurusannya MAS adalah salah satu syarikat penerbangan yang cemerlang di dunia. Bukan sahaja cemerlang dan gemilang pada jenamanya, malah MAS telah mencatat keuntungan.
Tidak tercatat semasa dibawah pengurusan beliau MAS mengalami kerugian dan masalah seperti yang dihadapi sekarang.
Ketika allahyarham meninggalkan MAS, syarikat tersebut berada dalam surplus dengan aset rm5 billion.
Bermulanya kejatuhan MAS adalah berpunca dari tindakan Dr Mahathir menjualnya pada kroninya Tan Sri Tajuddin Ramli untuk diswastakan. Ketika itu projek penswastaan dibawah Perdana Menteri ke 4 berjalan kencang.
Dari titik itulah bermulanya saat kejatuhan MAS yang mengalami kerugian selepas kerugian. Sehingga kini Dr Mahathir yang juga PM ke 7 sedang menimbang untuk menjual MAS pada syarikat asing.
Tidak dapat siapa nafikan dengan alasan apa pun, salah satu punca kejatuhan dan masalah yang dihadapi MAS adalah faktor Dr Mahathir.
Yang peliknya Allahyarham Tan Sri Aziz beberapa kali menawarkan diri bagi memulihkan kedudukan MAS. Dengan pengalamannya kita yakin dia boleh melakukan sesuatu memperbaiki MAS.
Semua tahu Aziz begitu sinonim dengan MAS. Dia begitu kecewa dan sedih melihat MAS sekarang dibanding semasa dibawah pengurusannya. Aziz sendiri pernah meluahkan dia mempunyai formula bagi memulihkan kedudukan kewangan MAS.
Di sini saya melihat sisi "gelap" Dr Mahathir yang tidak mahu memberi laluan pada mereka yang berkemampuan melakukan sesuatu pada syarikat penerbangan itu.
Apakah kerana Aziz bukan kroninya?? Maka ditolak semua cadangan pemulihan Allahyarham?
Sayugia sebelum ini kerajaan sudah pun melantik dua orang CEO Mat Saleh bagi menerajui MAS. Namun semuanya gagal.
Kenapa anak watan dan bangsa sendiri dipinggirkan begitu sahaja. Sedangkan rekod membuktikan bangsa sendiri seperti Aziz mempunyai kebolehan. Dan kemampuan itu telah dibuktikan dari 1982 hingga 1991.
Ironinya Tan Sri Aziz kembali ke alam fana sebelum sempat melihat "anak kesayangannya" kembali terbang tinggi di awan seperti yang dikecapinya tiga dekad lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan