DATUK Husam Musa, bekas Naib Presiden PAS yang tewas dalam Muktamar parti itu bagaikan hilang tiada bayang malah tidak kedengaran suaranya langsung seperti lazimnya yang tidak lekang membuat statement politik semasa negara.
Ada khabar mengatakan dia tidak sihat. Kalau khabar ini benar maka Husam boleh diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Dia tidak sihat dan politiknya pun kelihatan bertambah tidak sihat.
Selepas gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden, satu-satu jawatan yang dia masih pegang ialah sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS, Kelantan - itu pun berita terbaru mengesahkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, menggugurkan namanya dalam senarai baru kabinet parti di negeri itu dengan digantikan dengan Datuk Dr Fadzli Mohamad. Dua orang lagi Timbalan Pesuruhjaya dikekalkan iaitu Datuk Amar Nik Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat.
Husam dianggap sebagai pemimpin dalam kumpulan progresif yang tewas dalam muktamar parti itu yang kini digelar sebagai G18. Kini G18 sedang merancang menubuhkan parti baru sebagai wadah untuk terus bekerjasama dengan parti DAP bagi menggantikan PAS.
Seperti sedia maklum bayang Husam tidak kelihatan dalam beberapa program yang dihadiri para pemimpin G18 itu. Husam juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sejak berakhirnya muktamar parti itu. Mungkin benar berita Husam tidak berapa sihat.
Selain Husam yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden itu ada dua calon lagi yang turut tewas adalah Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Namun Salahuddin dan Mahfuz dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Pusat yang baru. Nama Husam terus tercicir.
Dalam keadaan ini apakah nasib Husam seterusnya dalam dunia politik ? Apakah semua ini memberi petanda masa depan politik Husam akan mula pudar dan tenggelam ?
Sekiranya benar ia berlaku adalah sesuatu yang tragis dan menyedihkan. Dari seorang pemimpin dibawah bayangan Almarhum Nik Aziz Nik Mat yang telah memberi segala kepercayaannya dalam pentadbiran kerajaan negeri; sebagai Exco kanan portfolio Ekonomi dan Kewangan dan antara pemimpin dikatakan mempunyai material sebagai Presiden PAS dan Perdana Menteri - kini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti.
Kalau Husam mengambil keputusan untuk bersama G18 bagi meneruskan idealisme politiknya dia juga menghadapi cabaran yang tidak kurang hebatnya. Kerana dalam G18 kebanyakannya terdiri daripada pemimpin yang berwibawa dan berkualiti. Dari Dr Dzulkifly Ahmad, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Kamaruddin Jaafar, Dr Mujahid Rawa, Suhaizan Kaiat dll. Mereka semua mempunyai karismatik masing-masing.
Bila saya kata Husam akan menghadapi cabaran hebat maksudnya dia bakal menjadi pengikut dibelakang para pemimpin tersebut. Karisma yang ada pada Husam belum cukup menandingi mereka tersebut untuk berada dibarisan hadapan G18. Ertinya, Husam yang selama ini dianggap sebagai calon Perdana Menteri dan Presiden PAS sudah tidak relevan lagi.
Langkah selamat Husam demi masa depan politiknya dia perlu berjuang seadanya tanpa memikir sebarang jawatan sama ada dalam G18 atau PAS. Pemimpin berkualiti dan berkesan mampu bekerja tanpa mempunyai sebarang jawatan.

Datuk Husam Musa |