Isnin, 26 Januari 2015

Isu pilihan raya PBT sudah muktamad

ISU pilihan raya ahli majlis tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) antara Pas dan DAP sudah meleret-leret. Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama memberi kenyataan berkaitan dengan isu ini.

Polemik pilihan raya PBT ini dimulakan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali yang membidas DAP yang tidak mendapat persetujuan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat sebelum bercadang melaksanakan pilihan raya PBT di Pulau Pinang.

Lebih tidak menyenangkan Pas adalah sikap DAP yang terus menentang hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Tetapi pemimpin DAP pula memberi respon bahawa pilihan raya PBT dan hudud ibarat epal dan oren.

Isu ini semakin panas bila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendiriannya bahawa pilihan raya PBT boleh mencetuskan masalah perkauman.

Namun apa yang buat saya jadi 'bengong' ialah sikap ahli-ahli politik, terutamanya Pas dan DAP yang terus bertikam lidah dalam isu ini. Apakah saya yang bengong atau mereka yang bodoh ? Kalau kita kata mereka bodoh tentu mereka marah.

Isu pilihan raya PBT ini tidak seharusnya timbul lagi kerana isu ini sudah muktamad pada Ogos 2014 di Mahkamah Persekutuan lagi. Apa lagi yang bising-bising ?

Pada Ogos 2014 Mahkamah Persekutuan telah sebulat suara menolak petisyen DAP yang mahu mahkamah membenarkan mereka melaksanakan pilihan raya PBT di Pulau Pinang. Antara hujah hakim menolak hasrat DAP itu adalah ianya bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.  Dan sebelum ia boleh dilaksanakan ia perlu dahulu mendapat persetujuan di parlimen.

Isu ini jelas dan terang. Kenapa lah isu ini masih mahu diperdebatkan ? Kalau kita kata depa bodoh depa marah pulak. Mahkamah dah buat keputusan - muktamad. Tak boleh !

Alahai orang-orang politik ini memang kepala depa tak cukup oksigen !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan