Khamis, 29 Januari 2015

Guan Eng membisu terhadap cabaran Mustafa Ali

AJK PAS pusat, Khalid Samad berkata cabaran Datuk Mustafa Ali untuk berdebat dengan Lim Guan Eng adalah sia-sia dan bersifat peribadi.

Sehingga kini Lim Guan Eng membisu tidak menyahut cabaran Mustafa itu. Barangkali Guan Eng dah sedar ia telah terlanjur dan celupar mulut bila menuduh pemimpin Pas tidak jujur dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Lim Guan Eng

Tuduhan Guan Eng itu serius dan berat serta mencabar kewibawaan pemimpin Pas, terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung. Reaksi balas Mustafa itu memang kena pada tempatnya.

Ini sebagai pengajaran pada Guan Eng dan lain-lain pemimpin DAP agar tidak terlalu celupar mulut; istilah yang digunakan Mustafa dalam sidang akhbarnya terhadap tuduhan Guan Eng itu.

Kenyataan Khalid Samad bahawa cabaran debat Mustafa itu adalah sia-sia kerana ia lebih bersifat peribadi sebenarnya tidak tepat kerana ia hanya pandangan peribadinya sahaja. Ia bukan pendirian parti.
Datuk Mustafa Ali

Khalid perlu ingat Mustafa adalah Setiausaha Agung Pas dan Lim Guan Eng juga adalah Setiausaha Agung DAP. Mereka berdua adalah tokoh besar dalam parti. Mustafa dan Guan Eng bukan Ketua Cawangan atau Ketua Pemuda parti. Mereka juga bukan budak pejabat di Ibu pejabat parti.

Jadi ini adalah hal parti dan bukan hal peribadi. Malah kenyataan Khalid itu sebenarnya lebih bersifat peribadi.
Khalid Samad

Dah hampir 48 jam cabaran Mustafa pada Guan Eng berjalan tanpa sebarang respons. Nampak sangat Guan Eng tidak ada keberanian; satu sikap yang berlawanan dengan sikap dan peribadinya selama ini yang pantang dicabar.

Ini satu pengajaran buatnya agar lain kali jangan mudah celupar mulut !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan