Sabtu, 19 April 2014

PRU 14 masih jauh...

BAYANGKAN apa yang akan terjadi selepas pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR bulan depan ? Sekiranya penyandang jawatan Azmin Ali menang apa yang terjadi pada Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Tian Chua, Nik Nazmi, Cik Gu Bard dan lain-lain lagi ?

Mereka semua adalah penyokong Saifuddin Nasution yang menjadi pencabar sengit Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden. Dan apa kata jika Saifuddin pula yang menang ke mana Azmin dan penyokongnya seperti Sam Ketot, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan lain-lainnya akan dilayan pimpinan parti.

Inilah senario yang pasti berlaku selepas pemilihan nanti. Paling sahih Azmin tidak akan mudah menerima kekalahan sekiranya ini berlaku. Dia tidak akan berundur begitu sahaja. Cita-cita politiknya terlalu tinggi. Setinggi angan-angan Mat Jenin yang akhirnya jatuh dari atas pokok kelapa. Semoga Azmin tidak akan jatuh seperti Mat Jenin yang boleh patah tulang tengkuknya.
Sorry...gambar hiasan aje..

Begitu juga Saifuddin sekiranya dia tewas kuncu-kuncunya seperti Nurul Izzah, Rafizi dan lain-lain yang bertanding jawatan Naib Presiden serta Ketua AMK pasti akan menjadi duri dalam daging pada Azmin.

Seperti yang dijangka PKR akan menerima nasib seperti kapal Titanic yang beransur-ansur tenggelam ke dasar lautan. Tambahan lagi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kini sedang membuat persiapan perjalanan untuk menghuni di Sungai Buloh selama tidak kurang dari lima tahun.

Bahana yanag menimpa PKR akan turut dirasai rakan-rakan mereka; DAP dan Pas. Apalah agaknya persiapan mereka dalam Pakatan Rakyat yang beria -ria mahu ke Putrajaya menjelang PRU 14 sebelum 2018.

DAP baru kehilangan pemimpinnya Karpal Singh aka Harimau Jelutong. Pas sendiri sedang diuji dengan rakan-rakannya dalam Pakatan yang tidak bersetuju hasrat parti itu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Semua ini sedikit sebanyak memberi kesan dan menjejaskan kekuatan mereka dalam perjalanan menuju ke Putrajaya.

PRU14 masih jauh. Proses persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR sedang giat dijalankan. Isu-isu politik terus akan datang dan pergi; tenggelam dan timbul. Terbang dan melayang seperti ditiup angin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan