APAPUN pandangan negatif terhadap Dr Mahathir, beliau masih lagi antara Perdana Menteri(PM) terbaik pernah dilahirkan sejak merdeka.
Sejak Dr Mahathir berkerat rotan dan berpatah arang dengan Najib dan Umno berbagai gelaran diberikan padanya seperti bersikap U turn dan tidak berprinsip dalam pendirian politiknya.
Semua itu berlaku kerana beliau mempunyai satu sahaja matlamat iaitu menjatuhkan Najib. Berada satu pentas dengan Lim Kit Siang dan kembali bertaut dengan Anwar Ibrahim adalah antara langkah realistik dalam mencapai misi menjatuhkan Najib.
Tanpa langkah-langkah tersebut matlamat mengusir Najib dari Putrajaya tidak akan berkesan.
Ketika era Dr Mahathir negara berada dalam kedudukan yang cukup tinggi dan dihormati, disegani seluruh masyarakat antarabangsa.
Kita sentiasa berada didepan dalam isu-isu dunia diperingkat Asean, OIC, PBB, Negara Dunia ketiga, Dialog Selatan-Selatan dan lain-lain lagi.
Kita bukan sahaja berani bersuara, malah sentiasa berada didepan menjuarai bagi pihak blok-blok negara tersebut. Kita menjadi pemimpin dalam isu-isu tertentu bukannya hanya menjadi pengikut dan memanaskan kerusi sahaja.
Pendirian kita dihormati malah ditunggu-tunggu negara-negara sedang membangun yang lain.
Semua itu disebabkan faktor sikap dinamik dan karismatik yang ada pada Dr Mahathir. Sehingga di Indonesia, mereka memanggilnya sebagai "Sukarno Kecil".
Sekarang ini dimana kedudukan Malaysia diperingkat dunia? Dimana kedudukan Najib diperingkat Asean? Tidak perlu disebut diperingkat OIC, Dunia Ketiga, Negara Maju dan sebagainya, kepimpinan negara tenggelam dan diketawakan dengan isu-isu tidak perlu seperti korupsi.
Kita hilang kedudukan sebagai peneraju dan watak utama dalam berbagai isu antarabangsa. Kita tidak lagi disegani dan dihormati apatah lagi digeruni masyarakat antarabangsa. Kita menjadi begitu tersohor pada perkara salah diwaktu yang salah.
Semua ini perlu dipulihkan kembali melalui PRU14 ini.
Ahli-ahli Umno telah melakukan kesilapan besar kerana tidak dapat membezakan antara mempertahankan Najib dengan mempertahankan Umno.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan