DUA tahun isu 1MDB menjadi berita panas dalam dan luar negeri. Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report antara media utama mendedahkan penyelewengan dana 1MDB oleh individu tertentu yang telah diketahui umum.
Tuduhan utama adalah adanya aliran wang masuk ke akaun peribadi MO1 sejumlah RM2.6 billion. Inilah asas tuduhan penyelewengan 1MDB.
Duit itu dikatakan duit 1MDB yang berpusing-pusing dari satu akaun ke satu akaun lain sehingga akhirnya masuk singgah ke dalam akaun peribadi MO1.
MO1 menafikan ia adalah duit 1MDB. Sebaliknya mengakui betul duit sejumlah tersebut masuk ke akaunnya tetapi ia adalah duit derma daripada kerabat Diraja Saudi Arabia.
Itulah asas cerita 1MDB ini yang mendapat perhatian dunia antarabangsa.
Kerajaan MO1 menganggap semua tuduhan WSJ dan Sarawak Report berniat jahat dan fitnah.
Namun sehingga saat ini tidak ada satu pun tindakan kerajaan yang konkrit ke atas kedua media asing tersebut.
MO1 ada berkata akan menyaman WSJ dua tahun lepas. Tetapi hingga sekarang tidak ada saman. Hanya berulang-ulang menganggap semua tuduhan berkaitan 1MDB adalah fitnah.
Yang peliknya sejak dua tahun lalu hingga sekarang WSJ dan Sarawak Report terus konsisten melaporkan berita-berita baru pada saban minggu dan bulan mengenai penyelewengan dalam 1MDB lengkap butiran dan dokumennya sekali.
Tindakan balas kerajaan hanyalah menganggapnya sebagai fitnah jahat pihak asing bagi menjatuhkan kerajaan. Itu sahaja. Dan jawaban ini tidak begitu menyakinkan terutama sebahagian besar rakyat bawahan.
Kalau kerajaan benar-benar ingin hapuskan isu 1MDB ini yang dianggap fitnah dan tidak benar memang lah mudah sekali. Ia boleh dilakukan sekaligus menghancurkan usaha parti pembangkang menggunakan isu ini dalam PRU14.
Cara yang mudah dan berkesan itu adalah dengan meminta kerabat DiRaja Saudi Arabia yang dikatakan menderma 2.6 billion pada MO1 itu membuat kenyataan terbuka dan mendedahkan dirinya yang sebenar.
Dan dia boleh adakan sidang media tergempar dengan menceritakan dan mengakui apa cerita sebenarnya derma 2.6 billion itu.
Sekiranya ini dapat dilakukan maka habislah WSJ, Sarawak Report dan parti-parti pembangkang mati akal dan kerajaan berada dipihak yang benar.
Kenapakah ini tidak dilakukan bagi menutup terus cerita 1MDB ini yang memalukan negara. Kenapa sukar sangatkah hendak minta kerabat raja itu membantu kerajaan yang merupakan sekutu rapat Saudi Arabia.
Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka benarlah seperti tuduhan WSJ dan Sarawak Report duit 2.6 billion yang masuk dalam akaun peribadi MO1 itu adalah duit 1MDB yang dicuri oleh Low Taek Jo atau Jho Low.

Al Sheikh Jho Low |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan