Isnin, 3 Julai 2017

Husam Musa Bukan Calon MB Kelantan

CADANGAN Penasihat DAP Lim Kit Siang agar Datuk Husam Musa menjadi calon MB Kelantan sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Kelantan pada PRU14 nampaknya telah ditolak dan dikuburkan secara diplomasi oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Husam  adalah Penasihat Amanah Kelantan merangkap Naib Presiden. Tetapi Husam adalah bekas pemimpin Pas yang terakhir dan paling lewat menyertai Amanah dibandingkan bekas pemimpin- pemimpin Pas lain ketika ia ditubuhkan.

Jawatan Naib Presiden yang diberikan pada Husam itu juga seperti langkah penuh diplomasi bagi menghargai keputusannya yang sedikit lewat menyertai Amanah. Dan tidak dinafikan Amanah juga mahu menggunakan aura Husam menghadapi Pas di Kelantan.


Husam Musa

Cadangan Kit Siang itu jujur kerana mahu menumbangkan kerajaan Pas pada PRU14 ini.  Dan Kit Siang hanya lihat Husam sebagai calon MB.

Dengan tempelak Salahuddin selaku Timbalan Presiden parti dan antara pengasas Amanah itu memberikan mesej jelas Husam bukan calon pilihan parti. Kerana menurut Salahuddin ramai lagi calon yang layak dalam Amanah bagi jawatan MB itu.

Salahuddin Ayub




Sekiranya Salahudin menerima dan bersetuju dengan cadangan Kit Siang itu dia tidak akan buat kenyataan seperti yang dilaporkan dalam hampir semua media.

Ini tidaklah bermakna mahu merendah-rendahkan kebolehan Husam yang sedikit sebanyak mempunyai pengaruh dikalangan anak muda.

Dalam masa yang sama ada juga yang memandang Husam agak keterlaluan dan meletakkannya dikedudukan terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan kemampuannya.

Kalau hendak dikira sekadar contoh, Salahuddin lebih layak dan matang dari segi perwatakan dan politiknya untuk dicalonkan sebagai MB. Lagi pun Kelantan bukan asing buat Salahuddin kerana dia pernah menjadi wakil rakyat kawasan Kubang Kerian.

Seperti kata Salahuddin mengenai cadangan Kit Siang itu bahawa masih ramai lagi calon yang layak dan ini bergantung pada keputusan parti yang mempunyai majoriti jumlah kerusi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan