Isnin, 10 Julai 2017

Selamat Ulang Tahun Ke 92 Tun Dr Mahathir

HARI ini genap usia Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 92 tahun.  Selamat hari ulang tahun Tun.

Seperti pernah dikatakan Tun,  dalam usia 92 ia dianggap sebagai satu yang diluar kebiasaan dialami orang lain.  Ertinya,  usia sebegitu dikira terlebih tahap normal.

Semua ini adalah kehendak dan kuasa Allah swt yang diberikan pada Tun.

Ayahanda Tun Dr Mahathir

Dalam usia lanjut itu Tun masih mampu bergerak ke sana ke mari termasuk memenuhi undangan di luar negeri.  Tun juga masih terus mampu menyumbangkan idea dan fikirannya melalui tulisan-tulisannya yang sentiasa ditunggu-tunggu para pembaca.

Apa pun persepsi orang terhadap Tun baik secara positif atau negatif , Tun tetap dilihat sebagai seorang negarawan dan politikus hebat negara ini.

Tidak seperti bekas-bekas pemimpin seangkatan dengannya yang jauh lebih muda, lebih selesa berdiam diri dan membisu dalam menyatakan pendirian secara tegas mengenai isu-isu mendepani negara.

Namun tidak Tun yang dikira sudah mempunyai kehidupan yang selesa dan mempunyai segala kemudahan sebagai seorang negarawan.

Tun terus mengaktifkan diri terlibat secara langsung bersama denyut hati rakyat. Kerana prinsip politiknya sejak usia muda beliau akan menegur secara terus terang sekiranya ada sesuatu yang tidak betul berlaku terutama melibatkan kepentingan bangsa dan negara.

Tindakan dan langkah politiknya adalah diluar kebiasaan yang tidak terfikir pihak lawan seperti keluar dari Umno dan keputusannya bersama satu barisan dengan seteru politiknya seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Bagi musuh politiknya tindakannya itu adalah tiada prinsip dan U turn.  Namun itulah pragmatisnya Tun dalam berpolitik.  Politik realistik dalam usaha menjatuhkan pihak lawan.

Tun sedang menunggang kuda

Dan kehebatan Tun bukan sahaja dalam politik malah dalam usia lanjut begitu pun beliau masih mampu menunggang kuda sesuatu aktiviti yang disukainya.

Bayangkan orang tua berusia 92 tahun masih mampu naik kuda saban minggu bagi mengisi masa lapangnya. Itulah kehebatan Tun yang memperlihatkan sebagai pemimpin hampir serba sempurna.

Namun apa pun sebagai manusia Tun juga mempunyai kekurangan dan kelemahan sebagai seorang pemimpin.

Begitu pun jasa dan sumbangannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak mudah luput dari sejarah negara sehingga generasi seterusnya.

Selamat ulang tahun ke 92 , Tun.  Semoga diberikan kesihatan dan keberkatan Allah swt.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan