DALAM kamus politik tiada musuh yang kekal dan sahabat yang abadi. Itulah yang berlaku pada dua tokoh politik negara: Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Bagi parti pembangkang bila dua tokoh ini bergabung dan melupakan kisah lampau dan hanya fokus menumbangkan Umno dan BN, maka ianya satu peluang keemasan diluar jangkaan fikiran semua orang.
Ianya adalah satu gabungan kekuatan yang ditunggu-tunggu kerana keduanya mempunyai pengaruh dan pengikut masing-masing. Satu pakatan yang ampuh dalam misi menjatuhkan kerajaan kleptokrasi dalam Pru14.
Bagi Umno ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Walau apapun tanggapan negatif Umno terhadap gabungan Mahathir - Anwar itu ia tetap merungsingkan Umno. Kesan dan impaknya tetap bergegar diakar umbi seluruh lapisan rakyat.
Episod musuh politik yang boleh bertukar menjadi sekutu bukan baru berlaku.
Dalam sejarah Umno ia pernah berlaku pada Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Musa pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno mengalahkan Ku Li sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1981 dan 1984.
Dan mereka berdua adalah seteru politik yang ketat dalam sejarah Umno kerana berebut jawatan nombor 2 dalam parti.
Namun pada tahun 1987 mereka bergabung dan berpakat menentang Dr Mahathir pula. Selepas mereka gagal mengalahkan team Dr Mahathir, maka wujud dan tertubuhlah parti serpihan Semangat 46.
Seperti Musa Hitam yang sanggup berpakat dengan musuh politiknya Ku Li kerana mahu menjatuhkan Dr Mahathir.
Begitu juga Dr Mahathir yang telah gagal berbagai cara melalui saluran parti bagi menumbangkan Najib, maka dia memilih bergabung dengan Anwar sebagai usaha terakhir.
Secara realistiknya jika Mahathir telah gagal menjatuhkan Najib dalam Umno, maka kenapa tidak bersatu dengan Anwar bagi menguatkan lagi kekuatannya bagi mencapai matlamatnya.
Pada Pru13 dulu pembangkang diketuai Anwar berjaya memperolehi undi popular dan mengurangkan majoriti BN di parlimen.
Dan pada Pru14 nanti pengaruh Anwar ditambah dengan pengaruh Dr Mahathir sudah pasti memberi impak besar dan kegoncangan pada Umno - BN menghadapi Pru14 yang mesti diadakan selewat Jun 2018.
So, siapa yang panik? Siapa yang gelisah?

Musa Hitam dan Ku Li |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan