Rabu, 12 Julai 2017

Bila Singapura Akan Bertindak Terhadap Jho Low?

DI Mahkamah Singapura,  Pendakwaraya telah membuat kenyataan bahawa syarikat pelaburan 1MDB telah menjadi mangsa Low Taek Jho atau Jho Low melalui transaksi penipuan dan penyelewengan atau money laundering dari  dana syarikat tersebut.

Pendakwa itu berhujah ketika mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap seorang banker yang dipenjarakan selama 54 bulan di atas kesalahan menipu, bersubahat bersabit transaksi dana yang berkaitan 1MDB dibawah undang-undang pengubahan wang haram di republik itu.

Singapura adalah satu-satunya negara di dunia yang telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap mereka yang melanggar undang-undang bersabit skandal 1MDB. Setakat ini empat bekas banker telah dipenjarakan dan beberapa bank asing dikenakan kompaun dan diarah tutup operasinya.

Dan kesemua kes tersebut mempunyai kaitan dengan aliran dana 1MDB.


Selain Singapura,  kes 1MDB masih lagi dalam proses siasatan dibeberapa buah negara seperti Amerika,  Swiss, Luxermbourg, Hong Kong dan London.

Tetapi di Malaysia 1MDB tiada kes.  PM Najib Razak dan parti Umno bersikap seperti tiada apa-apa yang berlaku.  Dan ini diperkuatkan lagi menerusi Peguam Negara,  Apandi Ali yang mengesahkan tiada salah laku dan penyelewengan dalam 1MDB.

Dalam perbicaraan di Singapura,  ada direkodkan bahawa Jho Low telah menyelewengkan berbillon wang ke dalam akaun syarikat miliknya.  Dan wang itu dibelanjakan dengan membeli barang-barang mewah seperti lukisan, kapal layar, hartanah dan sebagainya.


Jho Low juga dikatakan sebagai arkitek dalam skandal 1MDB. Mereka yang dipenjarakan di Singapura itu dikatakan bekerja dan kenalan Jho Low.

Mereka yang terbabit dan bersubahat telah pun dibicarakan dan menerima hukuman.  Kini hanya tinggal Jho Low.

Dia kini menjadi pelarian dan bersembunyi dari publisiti dan pandangan umum.

Sekiranya pihak berkuasa Singapura mula bertindak menangkap dan mengheret Jho Low ke mahkamah maka sudah pasti banyak perkara yang tersirat dan rahsia akan terdedah termasuk mereka VVIP yang terpalit sama dalam skandal ini.

Apakah Singapura akan bertindak terhadap Jho Low?

Namun di Malaysia, Jho Low seperti kebal dan kalis peluru.  Tidak pernah disentuh pihak berkuasa.

Kekebalannya seolah seperti seorang pejuang ketuanan melayu!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan